Pejabat KKDW Sarawak telah melaksanakan dua PROSPEK iaitu yang pertama adalah PROSPEK Matu yang melibatkan enam (6) buah kampung iaitu Kampung Tinak, Kampung Tengah, Kampung Baru, Kampung Padang, Kampung Masjid dan Kampung Kebuaw yang memanfaatkan 3,050 orang.
Niche Product PROSPEK Matu ialah Pemprosesan Produk Hasil Laut dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) adalah agensi pelaksana yang telah dilantik oleh pejabat KKDW Sarawak.
Siling projek PROSPEK Matu adalah berjumlah RM9 juta di mana peruntukan yang telah diterima pada 2020 sebanyak RM300 ribu; RM1 juta pada 2021; RM2.5 juta pada 2022; dan RM1.8 juta pada 2023.
Antara projek-projek yang telah selesai termasuklah Pusat pemprosesan hasil laut (sesar unjur dan obor-obor); Pembinaan rumah sejuk beku; Naik taraf pusat produk pertukangan berasaskan besi; Naik taraf rumah salai (obor-obor); Baik pulih dan bina baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT); Penyediaan tapak bagi aktiviti tanaman jagung; dan Naik taraf jalan ke pantai Bruan Matu.
PROSPEK Lawas juga turut melibatkan enam (6) buah kampung iaitu Kampung Trusan Tengah, Kampung Serampang, Kampung Kuala Banwan, Kampung Long Tuan, Kampung Jalan Sebulu dan Kampung Sundar yang memberi manfaat kepada 1,100 orang.
Niche Product bagi PROSPEK Lawas ialah ternakan kerbau dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) adalah agensi pelaksana yang telah dilantik oleh pejabat KKDW Sarawak.
Siling projek bagi PROSPEK Lawas adalah sebanyak RM9 juta namun peruntukan yang telah diterima hanya pada tahun 2022 sebanyak RM300,000 dan RM1 juta pada tahun 2023.
Status semasa bagi PROSPEK Lawas ialah, penyediaan spesifikasi teknikal bagi Cadangan projek (niche) telah dimuktamadkan oleh bahagian teknikal LKTS selepas mengambil alih peranan daripada JKR daerah.
Projek-projek (niche) yang sedang dalam peringkat pra pelaksanaan ialah projek rintis ternakan kerbau; Tanaman jagung manis (berkelompok); dan Tanaman rock melon.
Dalam perkembangan lain, dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengumpulan data awal bagi PROSPEK baharu di Sarawak yang melibatkan PROSPEK Kampung Sungai Mata, Samarahan dan PROSPEK Betong kini sedang giat dilaksanakan.
Sebanyak lima (5) kampung telah dicadangkan untuk terlibat dalam PROSPEK Kampung Sungai Mata iaitu Kampung Sungai Mata Lama, Kampung Sungai Mata Atas, Kampung Naie Baru, Kampung Naie Lama dan Kampung Semawang yang akan memberi manfaat kepada 3,000 orang.
Niche product bagi PROSPEK Kampung Sungai Mata, Samarahan ialah tanaman nanas dan buat masa ini, kerja pengumpulan data awal sedang dalam pelaksanaan dan kos projek yang telah diluluskan adalah sebanyak RM6 juta.
Bagi PROSPEK Betong pula, kawasan yang telah dicadangkan ialah 40 buah Rumah Panjang Kawasan Paku, 32 rumah Panjang di kawasan Rimbas dan 22 buah rumah Panjang di kawasan Kubal Rayal.
Niche product bagi PROSPEK Betong adalah tanaman fertigasi halia dan ternakan ayam kampung di mana pelantikan agensi pelaksana kajian sedang dilaksanakan oleh pihak LKTS.
Secara dasarnya, objektif pelaksanaan PROSPEK antaranya adalah untuk mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan, meningkatkan kualiti prasarana asas, meningkatkan pendapatan peserta, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Radius pelaksanaan PROSPEK adalah di beberapa buah kampung yang dipilih dan berdekatan antara satu sama lain atau dalam satu kawasan.
Terdapat tiga (3) kriteria pemilihan untuk menyertai PROSPEK iaitu;
PROSPEK dibahagiakan kepada tiga (3) komponen iaitu yang pertama ialah Ekonomi yang terdiri daripada Usahawan IKS, Niche/Signature Product dan tanah terbiar atau sedia ada; Kedua ialah Perumahan yang terdiri daripada Bina Baharu dan Baik Pulih; dan
Ketiga ialah Kemudahan Asas yang terdiri daripada Jalan Perhubungan Dalam Kampung, Lampu Jalan Dalam Kampung dan Projek Kemudahan Sosial Asas.
Kumpulan sasar untuk peserta PROSPEK ialah mereka yang tersenarai dalam E-Kasih, Golongan B40, Usahawan IKS dan penduduk kampung.
Terdapat lima kaedah pemilihan PROSPEK iaitu;