Daerah Bau menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi yang unik dan memukau. Salah satunya ialah batu-batu kapur terhakis yang menghasilkan lorong sempit dan arca yang membentuk formasi seakan-akan sebuah labirin. Formasi alam semula jadi ini boleh dilawati di Paku Rock Maze Garden yang terletak berhampiran Pekan Bau.



