{"id":2201,"date":"2025-11-11T11:15:00","date_gmt":"2025-11-11T03:15:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?p=2201"},"modified":"2025-11-11T11:23:18","modified_gmt":"2025-11-11T03:23:18","slug":"komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/","title":{"rendered":"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Bahagian Mukah yang menjadi pusat industri rumbia di Sarawak kini menyaksikan satu transformasi menarik dalam landskap ekonominya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik deretan pokok rumbia yang melatari kawasan pesisir tengah negeri Sarawak, muncul kisah komuniti yang berjaya mengubah sumber alam tradisional menjadi asas kepada ekonomi baharu yang lestari dan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p>Kisah ini bermula daripada warisan yang telah lama berakar dalam kehidupan masyarakat Melanau, apabila ulat mulong yang dulunya dianggap sebagai makanan eksotik tradisional kini menjadi lambang inovasi ekonomi moden yang berpaksikan konsep kitaran dan kelestarian.<\/p>\n\n\n\n<p>Mukah terkenal sebagai kawasan utama pengeluaran rumbia di Sarawak dengan lebih 45,000 hektar kawasan tanaman diusahakan oleh pekebun kecil dan estet.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"849\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-4-1-65-2025.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2199\" srcset=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-4-1-65-2025.jpg 849w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-4-1-65-2025-300x212.jpg 300w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-4-1-65-2025-768x543.jpg 768w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-4-1-65-2025-150x106.jpg 150w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-4-1-65-2025-696x492.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 849px) 100vw, 849px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Tradisi mengangkut keratan batang rumbia secara hanyutan sungai menjadi nadi ekonomi desa di Mukah<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Rumbia yang suatu ketika dahulu hanya menghasilkan tepung sagu, tabaloi, dan sebagainya kini melahirkan satu industri baharu melalui penternakan ulat mulong.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada sisa rumbia yang sebelum ini dianggap tidak bernilai, lahirlah sumber rezeki baharu yang menghubungkan manusia dan alam dalam satu ekosistem yang harmoni.<\/p>\n\n\n\n<p>Perintis kepada usaha ini ialah <strong>Januarius bin Tomek<\/strong>, seorang anak jati Mukah yang sejak kecil sudah mengenali kehidupan di sekitar hutan rumbia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mewarisi pengetahuan penternakan ulat mulong daripada ayahnya, seorang penternak tradisional yang menjalankan aktiviti ini secara kecil-kecilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas sekian lama terhenti, Januarius menghidupkan semula amalan tersebut pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menjadikannya lebih sistematik, saintifik dan berdaya komersial.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2021, beliau menubuhkan syarikat Desa Inspirasi Resources (D-INSPIRASI) bersama rakan-rakan sekampungnya iaitu <strong>Petrus Emmanuel Tran bin Pulusagi<\/strong> yang menguruskan aspek pemasaran, <strong>Albert bin Ulom<\/strong>, <strong>James bin Sigu<\/strong> dan <strong>Hariman Mehmud<\/strong> yang mengendalikan operasi.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"849\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-5-1-65-2025.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2200\" srcset=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-5-1-65-2025.jpg 849w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-5-1-65-2025-300x212.jpg 300w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-5-1-65-2025-768x543.jpg 768w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-5-1-65-2025-150x106.jpg 150w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-5-1-65-2025-696x492.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 849px) 100vw, 849px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengasas D-INSPIRASI, Januarius bin Tomek (kiri) dan Petrus Emmanuel Tran bin Pulusagi (kanan) Ketika ditemu bual RAKAN Sarawak<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>D-INSPIRASI bukan sekadar sebuah perniagaan, tetapi satu misi untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui inovasi yang menghargai alam semula jadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan semangat kerjasama dan kepercayaan terhadap nilai warisan, pasukan ini memperkenalkan kaedah penternakan baharu yang dinamakan kaedah besen.<\/p>\n\n\n\n<p>Teknik ini menggunakan hampas rumbia sebagai medium utama pembiakan dan makanan ulat mulong, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada habitat liar.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mengusahakan 100 besen, mereka membeli 25 kerat batang rumbia daripada penduduk kampung pada harga RM15 sekarat.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan ini, setiap dua batang rumbia mampu menghasilkan sehingga 15-kilogram (kg) ulat mulong melalui 50-unit besen, berbanding hanya 2kg melalui kaedah tradisional.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan harga jualan ulat mulong sekitar RM60 sekilo, projek ini membuktikan potensi keuntungan yang signifikan bagi komuniti tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan hasil ini membuktikan keberkesanan inovasi tersebut serta membuka peluang besar bagi menjadikan penternakan ulat mulong sebagai industri baharu yang menjanjikan keuntungan dan kelestarian.<\/p>\n\n\n\n<p>Kitaran ekonomi semula jadi yang terbentuk amat menarik di mana pokok rumbia ditebang secara terkawal, hampasnya digunakan semula, dan kumbang kelapa yang menjadi agen pembiakan dikitar semula dalam setiap kitaran bagi memastikan kesinambungan populasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Prosesnya teliti serta memerlukan disiplin tinggi kerana kumbang amat sensitif terhadap gangguan dan dalam tempoh antara tiga puluh hingga empat puluh lima hari, ulat mula matang dan boleh dituai.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap besen mampu menghasilkan sehingga 400-gram ulat, bersamaan lebih 70 ekor dalam masa kurang daripada dua bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menarik, proses ini turut memberi manfaat ekonomi kepada penduduk kampung yang terlibat secara langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menjual kumbang kepada penternak dengan harga RM1 sepasang dan boleh memperoleh pendapatan sehingga tiga RM3,000 dalam tempoh tiga minggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, pengusaha seperti Albert memperoleh keuntungan bersih sekitar RM4,000 sebulan hasil jualan 100kg ulat mulong.<\/p>\n\n\n\n<p>Restoran dan rumah asap tempatan pula menikmati bekalan tetap pada harga yang stabil, manakala pelanggan dari seluruh Sarawak semakin menjadikan ulat mulong sebagai makanan eksotik bernilai tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil yang memberangsangkan telah mendorong D-INSPIRASI menyasarkan pengeluaran satu tan ulat mulong setiap bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh enam bulan pertama antara April hingga November 2024, mereka berjaya menuai 800kg ulat, dan jumlah ini meningkat kepada 1.4 tan pada tahun berikutnya selaras dengan peningkatan permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, pelanggan mereka datang dari Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, malah permintaan turut diterima dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>D-INSPIRASI turut memperluas potensi perniagaan melalui penghasilan produk berasaskan ulat mulong seperti Sambal Si\u2019et, Frozen Si\u2019et dan Salai Si\u2019et.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"849\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-3-1-65-2025.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2198\" srcset=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-3-1-65-2025.jpg 849w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-3-1-65-2025-300x212.jpg 300w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-3-1-65-2025-768x543.jpg 768w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-3-1-65-2025-150x106.jpg 150w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-3-1-65-2025-696x492.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 849px) 100vw, 849px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sambal si\u2019et segar yang menggabungkan ulat sagu dan cita rasa tempatan<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Sambal Si\u2019et ialah hidangan tradisional Mukah yang menggabungkan rasa pedas manis sambal dengan kelembutan ulat sagu.<\/p>\n\n\n\n<p>Frozen Si\u2019et pula mengekalkan kesegaran dan nutrisi ulat yang dibersihkan serta dibekukan, manakala Salai Si\u2019et memberi aroma unik hasil proses pengasapan semula jadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Produk-produk ini bukan sekadar makanan tetapi satu bentuk kesinambungan budaya yang diolah dengan sentuhan moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Januarius dan pasukannya turut menjalin kerjasama strategik dengan CRAUN Research Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada Julai 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kerjasama ini, penyelidikan saintifik dijalankan untuk meneliti pembiakan terkawal kumbang kelapa agar populasi tidak terjejas dan penternakan dapat dijalankan sepanjang tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini memperkukuh lagi asas saintifik industri kecil mereka serta memastikan kelestarian jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan D-INSPIRASI tidak hanya terletak pada keuntungan, tetapi pada nilai sosial dan budaya yang dibawa bersamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Model penternakan ini telah memperkasa komuniti luar bandar dengan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan baharu, malah ia juga memperkukuh identiti masyarakat Melanau yang sekian lama hidup seiring dengan alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Penternakan ulat mulong kini menjadi bukti bahawa pengetahuan tradisional apabila digabungkan dengan inovasi moden mampu melahirkan penyelesaian lestari terhadap cabaran ekonomi masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mukah kini bukan sahaja terkenal sebagai pengeksport tepung sagu terbesar di dunia tetapi juga sebagai pusat inspirasi bagi pembangunan ekonomi hijau berasaskan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui langkah-langkah kecil yang diambil oleh D-INSPIRASI dan rakan sekampung mereka, warisan alam yang suatu ketika dahulu dianggap biasa kini menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah bukti bahawa apabila manusia menghormati alam, memanfaatkan sumber dengan bijak dan bekerja secara bersama, perubahan besar dapat lahir daripada usaha yang kecil.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"849\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-1-1-65-2025.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2196\" srcset=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-1-1-65-2025.jpg 849w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-1-1-65-2025-300x212.jpg 300w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-1-1-65-2025-768x543.jpg 768w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-1-1-65-2025-150x106.jpg 150w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-1-1-65-2025-696x492.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 849px) 100vw, 849px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dapatkan maklumat lanjut mengenai D-INSPIRASI dan produk mereka di https:\/\/d-inspirasi.info\/hubungi-kami<\/figcaption><\/figure><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Daripada hutan rumbia yang menjadi nadi Mukah, lahirlah sebuah inspirasi perniagaan komuniti yang membuktikan bahawa warisan alam mampu menjadi teras kepada ekonomi moden yang lestari.<br \/>\nMelalui inisiatif penternakan ulat mulong dan inovasi produk tempatan, D-INSPIRASI (Desa Inspirasi Resources) muncul sebagai contoh nyata bagaimana langkah kecil mampu mengubah cara kita berniaga dan berfikir tentang kelestarian.<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":2197,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[583,582,581,434,19],"class_list":{"0":"post-2201","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-entrepreneurship","8":"tag-craun","9":"tag-d-inspirasi","10":"tag-inkubator","11":"tag-mukah","12":"tag-usahawan"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v25.6 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong - RAKAN CommUnity<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong - RAKAN CommUnity\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Daripada hutan rumbia yang menjadi nadi Mukah, lahirlah sebuah inspirasi perniagaan komuniti yang membuktikan bahawa warisan alam mampu menjadi teras kepada ekonomi moden yang lestari. Melalui inisiatif penternakan ulat mulong dan inovasi produk tempatan, D-INSPIRASI (Desa Inspirasi Resources) muncul sebagai contoh nyata bagaimana langkah kecil mampu mengubah cara kita berniaga dan berfikir tentang kelestarian.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN CommUnity\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-11-11T03:15:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-11-11T03:23:18+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"900\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"600\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"RSComm07Unity\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"RSComm07Unity\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"6 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\"},\"author\":{\"name\":\"RSComm07Unity\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/29cd89d2e9dc2fbeeb7f2a62349bdd94\"},\"headline\":\"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong\",\"datePublished\":\"2025-11-11T03:15:00+00:00\",\"dateModified\":\"2025-11-11T03:23:18+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\"},\"wordCount\":937,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg\",\"keywords\":[\"CRAUN\",\"d-inspirasi\",\"Inkubator\",\"Mukah\",\"Usahawan\"],\"articleSection\":[\"Entrepreneurship\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\",\"name\":\"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong - RAKAN CommUnity\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg\",\"datePublished\":\"2025-11-11T03:15:00+00:00\",\"dateModified\":\"2025-11-11T03:23:18+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg\",\"width\":900,\"height\":600,\"caption\":\"Ulat mulong segar dikomersialkan secara lestari oleh D-INSPIRASI\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\",\"name\":\"RAKAN CommUnity\",\"description\":\"Sarawak community achievement and development in various aspects and highlight more on Sustainable Community\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\",\"name\":\"RAKAN CommUnity\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png\",\"width\":437,\"height\":142,\"caption\":\"RAKAN CommUnity\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\",\"https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCc7HoFs8z39AihAGa6Ge5Ig\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/29cd89d2e9dc2fbeeb7f2a62349bdd94\",\"name\":\"RSComm07Unity\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/ecaf21f69cea0abf85cae547e7c95de2?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/ecaf21f69cea0abf85cae547e7c95de2?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"RSComm07Unity\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/author\/rscomm07unity\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong - RAKAN CommUnity","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong - RAKAN CommUnity","og_description":"Daripada hutan rumbia yang menjadi nadi Mukah, lahirlah sebuah inspirasi perniagaan komuniti yang membuktikan bahawa warisan alam mampu menjadi teras kepada ekonomi moden yang lestari. Melalui inisiatif penternakan ulat mulong dan inovasi produk tempatan, D-INSPIRASI (Desa Inspirasi Resources) muncul sebagai contoh nyata bagaimana langkah kecil mampu mengubah cara kita berniaga dan berfikir tentang kelestarian.","og_url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/","og_site_name":"RAKAN CommUnity","article_publisher":"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909","article_published_time":"2025-11-11T03:15:00+00:00","article_modified_time":"2025-11-11T03:23:18+00:00","og_image":[{"width":900,"height":600,"url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"RSComm07Unity","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"RSComm07Unity","Est. reading time":"6 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/"},"author":{"name":"RSComm07Unity","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/29cd89d2e9dc2fbeeb7f2a62349bdd94"},"headline":"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong","datePublished":"2025-11-11T03:15:00+00:00","dateModified":"2025-11-11T03:23:18+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/"},"wordCount":937,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg","keywords":["CRAUN","d-inspirasi","Inkubator","Mukah","Usahawan"],"articleSection":["Entrepreneurship"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/","name":"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong - RAKAN CommUnity","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg","datePublished":"2025-11-11T03:15:00+00:00","dateModified":"2025-11-11T03:23:18+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/RSC-7-2-1-65-2025.jpg","width":900,"height":600,"caption":"Ulat mulong segar dikomersialkan secara lestari oleh D-INSPIRASI"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/komuniti-niaga-mukah-menggerakkan-ekonomi-desa-dengan-ulat-mulong\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/","name":"RAKAN CommUnity","description":"Sarawak community achievement and development in various aspects and highlight more on Sustainable Community","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization","name":"RAKAN CommUnity","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png","width":437,"height":142,"caption":"RAKAN CommUnity"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak","https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCc7HoFs8z39AihAGa6Ge5Ig"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/29cd89d2e9dc2fbeeb7f2a62349bdd94","name":"RSComm07Unity","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/ecaf21f69cea0abf85cae547e7c95de2?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/ecaf21f69cea0abf85cae547e7c95de2?s=96&d=mm&r=g","caption":"RSComm07Unity"},"url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/author\/rscomm07unity\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2201","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2201"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2201\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2202,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2201\/revisions\/2202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2197"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2201"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2201"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2201"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}