{"id":28633,"date":"2026-04-17T01:01:00","date_gmt":"2026-04-16T17:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?p=28633"},"modified":"2026-04-15T12:07:17","modified_gmt":"2026-04-15T04:07:17","slug":"membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/","title":{"rendered":"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Kesihatan mental ialah isu kritikal yang mempengaruhi setiap masyarakat daripada pelbagai budaya di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, cara kesihatan mental difahami, ditafsir dan dirawat kuat dipengaruhi oleh konteks budaya yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu budaya, masalah kesihatan mental dilihat sebagai kondisi perubatan, tetapi satu budaya lagi melihat kesihatan mental sebagai kelemahan, sumpahan atau hukuman.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini tidak disangkal telah menimbulkan mitos dalam budaya masyarakat tertentu yang percaya bahawa masalah kesihatan mental tidak wujud dalam kelompok mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Norma budaya, tradisi dan mitos yang berakar umbi dalam masyarakat telah menimbulkan stigma terhadap kesihatan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini bukan sahaja mempengaruhi bagaimana individu menghadapi cabaran kesihatan mental, malah juga mempengaruhi cara mereka mendapatkan bantuan dan sokongan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perspektif yang pelbagai ini penting untuk difahami bagi mencari penyelesaian cabaran kesihatan mental yang bersifat inklusif dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi masyarakat di benua Afrika misalnya, mereka percaya bahawa masalah kesihatan mental seperti kemurungan tidak berlaku dalam budaya mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepercayaan yang kuat ini telah menimbulkan tanggapan salah bahawa penyakit mental bukannya masalah masyarakat kulit hitam, sebaliknya adalah gejala yang hanya melanda masyarakat kulit putih sama ada di benua Eropah mahupun di Amerika.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kebanyakan budaya negara-negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan, wujud penekanan mendalam terhadap keharmonian sosial, menjaga kehormatan dan reputasi keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Nilai-nilai ini sering mempengaruhi bagaimana kesihatan mental difahami dan sama ada perlu dibincangkan ataupun tidak perlu dibincangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Individu yang mengalami masalah mental dianggap memberikan aib kepada keluarga dan mengecewakan ibu bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Stigma ini telah membuatkan ramai keluarga mengelak untuk mendapatkan rawatan untuk ahli keluarga yang mengalami penyakit mental kerana mahu menjaga maruah keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesakit mental dianggap lemah atau merosakkan kedudukan keluarga dalam masyarakat. Akibatnya, pesakit mental merasa terpinggir.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Korea Selatan, walaupun terdapat kadar masalah kesihatan mental yang tinggi, terutamanya tekanan dan bunuh diri, masih terdapat keengganan yang kuat dalam masyarakat untuk mendapatkan bantuan profesional.<\/p>\n\n\n\n<p>Terapi mungkin dikaitkan dengan penyakit yang teruk dan mereka yang mendapatkan terapi mungkin menghadapi pengasingan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Sungguh pun begitu, keadaan telah berubah secara perlahan-lahan, terutamanya dalam kalangan golongan muda yang lebih peka tentang naratif kesihatan mental global dan mendesak untuk diadakan dialog terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Jepun pula, terdapat kesedaran budaya yang kuat tentang kesejahteraan emosi. Namun, pada masa yang sama, tekanan masyarakat untuk bertahan secara senyap dan tidak membebankan orang lain boleh menghalang pesakit daripada bersuara untuk mendapatkan bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di negara-negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka, kesihatan mental sering dilihat melalui kaca mata keagamaan atau kerohanian.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyakit mental bukannya isu perubatan, sebaliknya sebagai krisis kerohanian, gangguan makhluk halus atau hukuman akibat perbuatan lampau.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan ini, rawatan daripada tokoh agama sering menjadi pilihan utama berbanding dengan rawatan daripada pakar psikologi dan perubatan moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Di rantau tersebut, terdapat juga naratif kekuatan dan daya tahan mendalam yang menganggap kesedihan dan kebimbangan adalah satu kelemahan, terutama bagi kaum lelaki.<\/p>\n\n\n\n<p>Kaum wanita pula merasakan tekanan stigma yang lebih tinggi kerana penyakit mental dilabel sebagai boleh memberi kesan kepada prospek perkahwinan atau menyebabkan ketegangan keluarga dalam jangka masa yang panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam budaya sebahagian besar masyarakat timur, ekspektasi yang tinggi diletakkan terhadap golongan wanita, terutama dalam perihal tanggungjawab kekeluargaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain perlu bijak mengurus diri, mereka juga perlu cekap dalam menguruskan rumah tangga dan keluarga yang selalunya dikaitkan dengan pengurusan masa dan kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat timur bukan sahaja meletakkan wanita pada kedudukan yang mulia, tetapi juga membawa norma sosial tradisional yang membentuk cara wanita berperilaku dan dipandang dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan golongan wanita sering terbeban dengan jangkaan sosial tertentu. Wanita timur juga sering dikaitkan dengan sifat keperibadian yang halus, sopan serta menjaga tutur kata dan keterampilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang wanita yang bergelut secara mental mungkin menghadapi penghakiman tentang keupayaannya menjadi seorang isteri atau ibu yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam persekitaran budaya timur yang lebih konservatif, suara wanita yang berjuang dengan masalah kesihatan mental mungkin tidak diambil serius sama sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh yang demikian, dalam hal ini, wanita yang mempunyai masalah kesihatan mental seperti gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) misalnya, berdepan stigma yang lebih rumit dan menekan.<\/p>\n\n\n\n<p>Wanita yang mengalami masalah ini dianggap gagal sekiranya tidak dapat memenuhi peranan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangkaan sosial ini menjadi satu beban kepada golongan wanita ADHD kerana mereka sukar untuk memenuhi ekspektasi masyarakat terhadap mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan oleh stigma inilah ramai yang lebih cenderung untuk mendiamkan diri dengan menyembunyikan simptom yang mereka alami.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka enggan untuk berterus terang dengan masyarakat kerana bimbang dianggap lemah dan tidak pandai mengurus diri dan keluarga, lalu mencalar reputasi keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini sudah tentu memberi kesan dalam kehidupan harian, lantas memberi cabaran kompleks yang menambahkan lagi tekanan kepada emosi.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara umumnya, situasi seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan penghidap ADHD, malah juga kepada mereka yang mengalami apa saja jenis penyakit mental tanpa mengira latar belakang budaya dan jantina.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesihatan mental sebenarnya berkait rapat dengan keupayaan seseorang menguruskan emosi dalam menjalani kehidupan secara positif yang didorong oleh produktiviti dan keseimbangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Individu yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik lazimnya lebih produktif, mudah menumpukan perhatian dan mampu mengurus tekanan hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Lain pula keadaan bagi individu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk. Mereka mudah mengalami tekanan emosi sehingga boleh mengakibatkan kemurungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahap kesihatan mental juga sering dikaitkan dengan keimanan seseorang. Dari segi bahasa, iman ialah perkataan Arab yang bermaksud percaya dan yakin.<\/p>\n\n\n\n<p>Keimanan pula merujuk keteguhan iman, ketetapan hati atau keyakinan terhadap sesuatu yang lebih besar dan kuat dalam diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, keimanan yang kuat dapat memberi sokongan kepada emosi serta ketenangan fikiran, seterusnya seseorang itu mampu menjaga kesihatan mental dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga halnya dengan kesihatan yang baik yang mana dapat menguatkan keimanan individu dengan memberikan ketenangan dan keseimbangan dalam mengharungi kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada realitinya, tidak dinafikan bahawa timbul stigma dalam masyarakat Islam di Malaysia yang menganggap seseorang yang menghadapi masalah kesihatan mental adalah disebabkan oleh iman yang lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Persepsi ini sebenarnya kurang tepat dan tidak harus diterima bulat-bulat kerana masalah kesihatan mental adalah keadaan yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental termasuklah biologi, genetik, persekitaran, trauma, stres dan ketidakseimbangan kimia di bahagian otak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian perubatan membuktikan bahawa penyakit mental berpunca daripada ketidakseimbangan unsur kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter.<\/p>\n\n\n\n<p>Neurotransmitter berfungsi membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak. Sekiranya terjejas, unsur kimia ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan dan salah satu daripadanya adalah gejala penyakit mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, kesihatan mental yang merosot bukanlah menunjukkan kelemahan iman atau ketidakpercayaan seseorang terhadap agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, masalah kesihatan mental merupakan penyakit yang memerlukan rawatan yang sesuai, sokongan dan pemahaman orang-orang terdekat dan masyarakat secara keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwaan dan tanggapan salah masyarakat pelbagai budaya terhadap penyakit mental sebenarnya lebih mencerminkan salah tafsir budaya berbanding dengan realiti klinikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian dalam bidang psikiatri dan antropologi perubatan menunjukkan bahawa kemurungan wujud merentas semua budaya, tetapi yang menimbulkan falasi adalah cara kemurungan itu diluahkan dan dikenali sangat berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kajian kesihatan mental merentas budaya, konsep seperti \u201csomatisasi dan istilah distres\u201d dijadikan asas penting untuk memahami variasi ekspresi kemurungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Somatisasi merujuk proses apabila tekanan emosi diterjemahkan kepada simptom fizikal manakala istilah distres pula adalah cara khusus sesuatu budaya meluahkan penderitaan psikologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Arthur Kleinman, kegagalan memahami konteks budaya boleh membawa kepada \u201cfalasi kategori,\u201d iaitu kesilapan mengaplikasikan kategori diagnostik barat secara langsung kepada budaya lain tanpa mengambil kira perbezaan makna dan ekspresi.<\/p>\n\n\n\n<p>Budaya sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana individu mentafsir dan meluahkan pengalaman kesihatan termasuk memilih simptom mana yang dianggap sah untuk dikongsi dalam konteks sosial dan klinikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kebanyakan kes, gangguan emosi seperti kesedihan, rasa putus asa dan kemurungan tidak memberi gambaran langsung, tetapi sebaliknya muncul dalam bentuk simptom fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Gejala yang berkait dengan tekanan emosi ini dinamakan gejala somatik, iaitu simptom fizikal yang dirasai tetapi tiada diagnosis yang jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara klinikal, badan terasa sakit tetapi keputusan ujian pemeriksaan menunjukkan kondisi kesihatan yang normal.<\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya, gejala ini datang berulang tanpa sebab yang jelas lebih daripada enam (6) bulan (Public Health Malaysia).<\/p>\n\n\n\n<p>Antara simptom somatik adalah sakit badan yang tidak berkesudahan, terutama di bahagian belakang dan tengkuk, rasa sesak nafas, dada terasa sempit, kelesuan yang berpanjangan walaupun cukup rehat, gangguan tidur dan sukar untuk fokus ketika melakukan kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Dapatan perubatan ini sama sekali telah membongkar dan menghapuskan mitos yang mengatakan tiada penyakit mental dalam budaya masyarakat tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, menerima kepelbagaian budaya sambil menyesuaikan strategi rawatan yang tidak menyentuh sensitiviti dan nilai-nilai tradisional adalah kunci dalam mengintegrasikan kaedah moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah advokasi ini dapat memastikan supaya akses penjagaan kesihatan mental boleh dicapai dan diterima oleh semua orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara strategi yang boleh diguna pakai adalah dengan melibatkan pemimpin komuniti seperti tokoh kerohanian yang boleh membantu menormalisasikan perbincangan tentang kesihatan mental serta menggabungkan amalan tradisional dengan terapi moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pemahaman mengenai budaya masyarakat tradisional perlu dipupuk kepada pengamal perubatan mental moden agar memudahkan kaedah rawatan yang tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum selain menghormati budaya dan adat resam.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28632\" srcset=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-3-19-2026.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kaedah rawatan moden tanpa menyinggung sensitiviti budaya dilihat sebagai langkah advokasi bersepadu bagi memastikan semua orang mendapat akses penjagaan kesihatan mental &#8211; Foto Freepik<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Intervensi berasaskan komuniti juga merupakan salah satu terapi yang dilihat berkesan, terutama dalam masyarakat <em>\u201ccollectivist\u201d<\/em> yang mana suara kumpulan lebih didengari berbanding dengan suara individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, langkah advokasi yang disesuaikan dengan budaya bukan bermakna mengubah nilai budaya, sebaliknya sebagai satu bentuk penghormatan yang pada masa sama memperkenalkan idea dan kaedah baharu yang boleh diguna pakai sejajar dengan tradisi masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, mitos kesihatan mental wujud merentasi budaya berbeza disebabkan oleh pengaruh mendalam kepercayaan dan norma budaya tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut dipengaruhi oleh norma sosial, tradisi serta pandangan sesetengah kepercayaan dan anutan tentang cara tingkah laku, tekanan dan bagaimana penderitaan itu ditafsir.<\/p>\n\n\n\n<p>Mitos kesihatan mental bukan hanya wujud dalam budaya masyarakat tradisional, malah juga berlaku dalam budaya masyarakat konservatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini berlaku disebabkan kurangnya literasi berkenaan kesihatan mental yang kebiasaannya diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini seterusnya membawa kepada stigma, ketakutan terhadap perkara yang tidak diketahui dan tafsiran isu psikologi sebagai kelemahan rohani atau moral dan bukannya kondisi perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa mengira latar belakang budaya, stigma timbul disebabkan kurangnya pemahaman, sikap tidak ambil peduli, prejudis terhadap penyakit mental dan penerimaan maklumat tidak tepat tentang penyakit mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Ends\/Fuad\/260414<\/p>\n\n\n\n<p>Rujukan:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li><a href=\"https:\/\/reference-global.com\/article\/10.56508\/mhgcj.v5i2.126\">https:\/\/reference-global.com\/article\/10.56508\/mhgcj.v5i2.126<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/pmc.ncbi.nlm.nih.gov\/articles\/PMC10725213\/#:~:text=Background:,including%20developing%20anti%2Dstigma%20interventions\">https:\/\/pmc.ncbi.nlm.nih.gov\/articles\/PMC10725213\/#:~:text=Background:,including%20developing%20anti%2Dstigma%20interventions<\/a>.<\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/pmc.ncbi.nlm.nih.gov\/articles\/PMC3074701\/#:~:text=The%20concept%20of%20somatisation%20presented,dualism%20characteristic%20of%20Western%20medicine\">https:\/\/pmc.ncbi.nlm.nih.gov\/articles\/PMC3074701\/#:~:text=The%20concept%20of%20somatisation%20presented,dualism%20characteristic%20of%20Western%20medicine<\/a>.<\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/www.linkedin.com\/pulse\/mental-health-across-cultures-addressing-diversity-ghazwa-al-sawaf-bseif\/\">https:\/\/www.linkedin.com\/pulse\/mental-health-across-cultures-addressing-diversity-ghazwa-al-sawaf-bseif\/<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/www.who.int\/europe\/news\/item\/26-06-2024-the-overwhelming-case-for-ending-stigma-and-discrimination-in-mental-health\">https:\/\/www.who.int\/europe\/news\/item\/26-06-2024-the-overwhelming-case-for-ending-stigma-and-discrimination-in-mental-health<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/www.psychiatry.org\/patients-families\/stigma-and-discrimination\">https:\/\/www.psychiatry.org\/patients-families\/stigma-and-discrimination<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/mindainklusif.my\/adhd-dalam-wanita-stigma-sebagai-wanita-dalam-budaya-timur\/\">https:\/\/mindainklusif.my\/adhd-dalam-wanita-stigma-sebagai-wanita-dalam-budaya-timur\/<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/medium.com\/@lighthousepsychiatry\/understanding-mental-health-stigmas-in-different-cultures-f977f3bef54d\">https:\/\/medium.com\/@lighthousepsychiatry\/understanding-mental-health-stigmas-in-different-cultures-f977f3bef54d<\/a><\/li>\n<\/ol>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":28631,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[8,412],"tags":[741,630,775],"class_list":{"0":"post-28633","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-education","8":"category-featured","9":"tag-kesihatan-mental","10":"tag-perubatan","11":"tag-stigma-budaya"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v25.6 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya - RAKAN CommUnity<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya - RAKAN CommUnity\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN CommUnity\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-04-16T17:01:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1600\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1067\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"RSComm03Unity\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"RSComm03Unity\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"8 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\"},\"author\":{\"name\":\"RSComm03Unity\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/0df46b432fa187be4ca122d7c76d73c6\"},\"headline\":\"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya\",\"datePublished\":\"2026-04-16T17:01:00+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\"},\"wordCount\":1719,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg\",\"keywords\":[\"Kesihatan Mental\",\"Perubatan\",\"Stigma Budaya\"],\"articleSection\":[\"Education\",\"Featured\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\",\"name\":\"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya - RAKAN CommUnity\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg\",\"datePublished\":\"2026-04-16T17:01:00+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg\",\"width\":1600,\"height\":1067,\"caption\":\"Mitos kesihatan mental timbul dalam budaya masyarakat tradisional dan konservatif disebabkan oleh kurangnya pemahaman tentang kesihatan mental yang seterusnya menimbulkan stigma - Foto Freepik\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\",\"name\":\"RAKAN CommUnity\",\"description\":\"Sarawak community achievement and development in various aspects and highlight more on Sustainable Community\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\",\"name\":\"RAKAN CommUnity\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png\",\"width\":437,\"height\":142,\"caption\":\"RAKAN CommUnity\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\",\"https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCc7HoFs8z39AihAGa6Ge5Ig\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/0df46b432fa187be4ca122d7c76d73c6\",\"name\":\"RSComm03Unity\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a2a1f6f64c77ea1892be3afb880ebe69?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a2a1f6f64c77ea1892be3afb880ebe69?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"RSComm03Unity\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/author\/rscomm03unity\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya - RAKAN CommUnity","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya - RAKAN CommUnity","og_description":"Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.","og_url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/","og_site_name":"RAKAN CommUnity","article_publisher":"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909","article_published_time":"2026-04-16T17:01:00+00:00","og_image":[{"width":1600,"height":1067,"url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"RSComm03Unity","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"RSComm03Unity","Est. reading time":"8 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/"},"author":{"name":"RSComm03Unity","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/0df46b432fa187be4ca122d7c76d73c6"},"headline":"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya","datePublished":"2026-04-16T17:01:00+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/"},"wordCount":1719,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg","keywords":["Kesihatan Mental","Perubatan","Stigma Budaya"],"articleSection":["Education","Featured"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/","name":"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya - RAKAN CommUnity","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg","datePublished":"2026-04-16T17:01:00+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/RSC-3-2-19-2026.jpg","width":1600,"height":1067,"caption":"Mitos kesihatan mental timbul dalam budaya masyarakat tradisional dan konservatif disebabkan oleh kurangnya pemahaman tentang kesihatan mental yang seterusnya menimbulkan stigma - Foto Freepik"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/membongkar-mitos-dan-stigma-kesihatan-mental-merentasi-budaya\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/","name":"RAKAN CommUnity","description":"Sarawak community achievement and development in various aspects and highlight more on Sustainable Community","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization","name":"RAKAN CommUnity","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png","width":437,"height":142,"caption":"RAKAN CommUnity"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak","https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCc7HoFs8z39AihAGa6Ge5Ig"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/0df46b432fa187be4ca122d7c76d73c6","name":"RSComm03Unity","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a2a1f6f64c77ea1892be3afb880ebe69?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/a2a1f6f64c77ea1892be3afb880ebe69?s=96&d=mm&r=g","caption":"RSComm03Unity"},"url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/author\/rscomm03unity\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28633"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28634,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28633\/revisions\/28634"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28631"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}