{"id":28765,"date":"2026-07-12T13:07:36","date_gmt":"2026-07-12T05:07:36","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?p=28765"},"modified":"2026-07-07T13:09:52","modified_gmt":"2026-07-07T05:09:52","slug":"salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/","title":{"rendered":"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Bayangkan seorang rakan yang sentiasa ceria di tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia tidak pernah gagal mengukir senyuman, masih aktif bergaul dan sering menjadi individu yang menceriakan suasana.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapa menyangka bahawa di sebalik ketawa dan gurauan yang ditunjukkan setiap hari, dia sebenarnya sedang bergelut dengan tekanan emosi yang amat berat.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila berita tentang dirinya tersebar suatu hari nanti, ramai mungkin akan berkata, &#8220;Saya langsung tak nampak tanda-tandanya&#8221; atau &#8220;Dia nampak baik-baik sahaja.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi seperti ini bukanlah sesuatu yang asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam banyak keadaan, masyarakat sering terkejut apabila mengetahui seseorang yang kelihatan normal sebenarnya sedang berdepan kesakitan emosi yang mendalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, reaksi tersebut sering berpunca daripada pelbagai salah faham yang telah lama berakar dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mitos seperti &#8220;mereka tidak pernah menunjukkan tanda&#8221;, &#8220;bertanya akan memberi idea&#8221; atau &#8220;mereka hanya mahukan perhatian&#8221; masih lagi dipercayai oleh ramai orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan kepercayaan-kepercayaan inilah yang kadangkala menjadi penghalang kepada sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh individu yang sedang bergelut.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami realiti sebenar di sebalik mitos-mitos ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pengetahuan yang tepat serta penggunaan bahasa yang lebih selamat dan berempati, kita bukan sahaja dapat mengurangkan stigma dalam masyarakat, malah berupaya menjadi sebahagian daripada sistem sokongan yang membantu seseorang melalui saat paling sukar dalam hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"900\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-2-1-5-2026.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28764\" srcset=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-2-1-5-2026.jpg 900w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-2-1-5-2026-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-2-1-5-2026-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-2-1-5-2026-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-2-1-5-2026-696x464.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Hulurkan tangan sebelum terlambat \nKredit Gambar : Magnific\n<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Mitos 1: &#8220;Ia berlaku tiba-tiba dan tiada tanda langsung&#8221;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang percaya bahawa krisis emosi yang membawa kepada keinginan menamatkan nyawa berlaku tanpa sebarang amaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Gambaran ini jauh daripada benar.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan infografik yang pernah dimuat naik oleh MEDTweetMY, kebanyakan individu yang berada dalam krisis sebenarnya memberikan isyarat sebelum bertindak sama ada melalui percakapan, perubahan tingkah laku, atau perubahan emosi yang ketara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanda-tanda ini termasuklah menarik diri daripada keluarga dan rakan-rakan, kehilangan minat terhadap aktiviti yang pernah digemari, gangguan pola tidur, atau kerap mengungkapkan rasa putus asa dan kekosongan hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Muhammad Hanif bin Abd Latif, Pakar Psikiatri dari Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz, menegaskan bahawa kebanyakan kes ada meninggalkan tanda-tanda awal sama ada dalam bentuk perubahan percakapan, tingkah laku, mahupun cara berinteraksi dengan orang sekeliling.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalahnya, kata beliau, ialah kita sebagai masyarakat sering kali tidak peka dan kurang berempati apabila tanda-tanda itu muncul.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita percaya bahawa &#8220;tiada tanda boleh dikesan&#8221;, kita secara tidak sedar melumpuhkan kepekaan diri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Peluang untuk menawarkan sokongan atau sekadar bertanya dengan penuh ambil berat terlepas begitu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mitos 2: &#8220;Kalau tanya, nanti kita yang bagi idea&#8221;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ini antara mitos yang paling meluas dan paling berbahaya sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang memilih untuk berdiam diri, bimbang bahawa bertanya tentang keinginan seseorang untuk menyakiti diri atau mengakhiri hidupnya akan &#8220;menanam idea&#8221; itu dalam fikiran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, pandangan ini tidak disokong oleh sebarang bukti saintifik atau klinikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, bertanya dengan cara yang tenang, penuh hormat, dan tanpa menghakimi boleh membuka ruang penting bagi seseorang untuk meluahkan bebanan yang selama ini ditanggung seorang diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai individu yang berada dalam kesusahan emosi mendalam sebenarnya berasa lega apabila ada orang yang sudi mendengar dan mengambil berat.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan infografik MEDTweetMY, bertanya tentang bunuh diri dengan cara yang betul sebenarnya memberikan peluang kepada individu itu untuk mendapatkan bantuan bukan sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbualan yang jujur dan penuh empati boleh menjadi titik tolak kepada pemulihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita memilih untuk diam kerana takut, individu yang memerlukan bantuan terus memendam perasaan dan bergelut sendirian.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mitos 3: &#8220;Dia cuma nak perhatian&#8221;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila seseorang mengungkapkan kata-kata seperti &#8220;Saya rasa semua orang lebih baik tanpa saya&#8221; atau &#8220;Saya dah penat dengan semuanya&#8221;, ada yang terus melabelnya sebagai drama atau mencari perhatian semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan ini bukan sahaja silap bahkan ia boleh membawa akibat yang fatal.<\/p>\n\n\n\n<p>Adnan Omar, pakar psikologi klinikal dan pakar bidang kajian bunuh diri, menjelaskan dalam sebuah hantaran Medical Mythbusters Malaysia di Facebook bahawa mereka yang bercakap tentang bunuh diri sebenarnya sedang menanggung kesakitan dan kemurungan yang luar biasa beratnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan bahawa 80 peratus daripada mereka yang mengambil tindakan pernah menyatakan niat mereka secara spesifik terlebih dahulu, manakala 20 peratus lagi menyatakannya secara samar-samar melalui luahan rasa putus asa dan tiada harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak semua orang akan bercakap secara terus terang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata-kata yang kedengaran seperti luahan biasa mungkin membawa makna yang jauh lebih mendalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila luahan itu dipandang remeh atau dilabel sebagai &#8220;perangai&#8221;, individu tersebut akan berasa tidak didengari dan kemungkinan besar memilih untuk tidak bercakap lagi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mitos 4: &#8220;Dia nampak baik-baik sahaja, mustahil dia bermasalah&#8221;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kita sering mengukur kesihatan mental seseorang berdasarkan penampilan luaran. Jika seseorang itu masih tersenyum, masih pergi kerja, masih bergurau \u2014 kita anggap segala-galanya baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Realiti tidak semudah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai individu yang sedang menanggung tekanan emosi yang berat mampu menjalani kehidupan seharian seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka hadir ke mesyuarat, menghadiri kelas, berkumpul bersama rakan-rakan semua itu sambil memendam kesakitan yang tidak kelihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan orang lain. Ada yang takut dihakimi jika menunjukkan kelemahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mitos ini menyebabkan masyarakat cenderung mengabaikan individu yang &#8220;kelihatan okay&#8221;, sedangkan mereka mungkin sedang melalui perjuangan yang tidak diketahui sesiapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ingat: penampilan luaran seseorang bukan cerminan keadaan dalaman mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mitos 5: &#8220;Kalau dia sudah ceria, bermakna dia dah sembuh&#8221;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila seseorang yang sebelum ini kelihatan sangat tertekan tiba-tiba kelihatan lebih tenang dan ceria, ada yang terus beranggapan bahawa mereka sudah pulih sepenuhnya. Sokongan pun dikurangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemantauan dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini boleh menjadi kesilapan yang sangat berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Adnan Omar menjelaskan bahawa seseorang yang pernah ada keinginan atau cubaan yang serius perlu mendapatkan terapi dan rawatan berterusan sekurang-kurangnya tiga bulan selepas episod tersebut. Ini kerana mereka mungkin masih mengalami kecelaruan psikologi yang memerlukan tempoh pemulihan yang lebih panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemulihan kesihatan mental bukanlah proses yang bergerak secara lurus. Ada ketikanya seseorang masih bergelut walaupun kelihatan lebih baik dari luar. Sokongan yang konsisten bukan sekadar semasa krisis adalah kunci kepada pemulihan yang bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mitos 6: &#8220;Kes begini tidak boleh dicegah&#8221;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang beranggapan bahawa tragedi sebegini tidak dapat dielakkan bahawa apabila seseorang sudah membuat keputusan, tiada apa yang boleh dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan infografik MEDTweetMY, walaupun tidak semua kejadian dapat dijangkakan, kebanyakan kes boleh dicegah sekiranya bantuan diberikan lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Muhammad Hanif turut menegaskan bahawa usaha pencegahan bukan hanya tanggungjawab pakar atau profesional kesihatan mental semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua daripada kita sebagai ahli keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja, jiran memainkan peranan penting dalam mengurangkan dan mencegah kejadian ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Adnan Omar juga menambah perspektif yang penting: setiap individu yang berada dalam krisis sebenarnya mahu hidup mereka hanya tidak tahu bagaimana untuk terus bertahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keinginan membunuh diri bukan kemahuan untuk mati; ia adalah tangisan yang tidak tahu bagaimana untuk disuarakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, peranan utama kita sebagai masyarakat ialah mempunyai empati yang tinggi dan menjaga cara percakapan kita tentang isu ini penting.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahasa yang menyalahkan, menghukum, atau bersifat sensasi boleh meningkatkan stigma dan menyebabkan individu yang memerlukan bantuan berasa takut untuk tampil.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada mengatakan seseorang &#8220;memilih jalan mudah&#8221; atau &#8220;mementingkan diri sendiri&#8221;, kita boleh menyatakan bahawa individu tersebut sedang mengalami kesakitan emosi yang sangat berat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ungkapan ini membantu masyarakat memahami bahawa tekanan emosi yang serius bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dengan sekadar &#8220;berfikiran positif.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam laporan media mahupun perbualan harian, penceritaan yang dramatik dan terlalu terperinci boleh memberi kesan negatif kepada mereka yang sedang bergelut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, perbincangan yang menumpukan kepada sokongan sosial, bantuan profesional dan pemulihan menyebarkan mesej yang lebih bertanggungjawab dan membina.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita mungkin tidak mempunyai semua jawapan dan kita juga bukan semua pakar psikiatri atau kaunselor.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kita boleh memilih untuk mendengar tanpa menghakimi, mengambil serius luahan orang di sekeliling kita, dan menggunakan bahasa yang lebih berempati.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadangkala, tindakan paling bermakna bukan memberikan nasihat tetapi sekadar hadir, dan menunjukkan bahawa seseorang itu tidak keseorangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan membetulkan mitos yang telah lama berakar dan mengamalkan bahasa yang lebih selamat, kita bersama-sama boleh membina ruang yang lebih terbuka, lebih penyokong, dan lebih berempati.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam dunia yang semakin mencabar, kesediaan untuk mendengar mungkin menjadi hadiah paling berharga yang boleh kita berikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda atau orang yang anda sayangi sedang memerlukan sokongan kesihatan mental, bantuan sentiasa tersedia untuk anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Hubungi Talian Kasih 15999 (24 jam) atau Befrienders Kuala Lumpur di 03-7627 2929.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mereka di Sarawak, Befrienders Kuching boleh dihubungi di 082-242800.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda tidak bersendirian kerana setiap talian ini sedia mendengar dan membantu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Rujukan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Adnan Omar, Pakar Psikologi Klinikal &amp; Pakar Kajian Bunuh Diri \u2014 Medical Mythbusters Malaysia \u2013<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\nhttps:\/\/www.facebook.com\/MedicalMythbustersMalaysia\/posts\/mitos-tentang-bunuh-diriakhir-akhir-ini-kes-bunuh-diri-semakin-lama-semakin-kera\/1582880378469121\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Dr. Muhammad Hanif bin Abd Latif, Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz &#8211; https:\/\/www.facebook.com\/HCTM.UKM\/videos\/bunuh-diri-bukan-isu-remeh-mitos-tentangnya-boleh-membawa-kesan-besar-jadi-tengo\/1142281234507914\/<\/p>\n\n\n\n<p>Infografik MEDTweetMY &#8211; https:\/\/www.facebook.com\/MedTweetMy\/posts\/berikut-adalah-mitos-dan-fakta-mengenai-bunuh-dirijangan-sesekali-mengabaikan-se\/1026267912873221\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Salah faham tentang bunuh diri masih meluas dalam masyarakat dan enam mitos utama dibetulkan oleh pakar kesihatan mental tempatan bagi mendorong tindakan yang lebih peka, berempati dan bertanggungjawab.<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":28763,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[8,412,662],"tags":[741,851,806],"class_list":{"0":"post-28765","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-education","8":"category-featured","9":"category-rencana","10":"tag-kesihatan-mental","11":"tag-krisis-emosi","12":"tag-stigma"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v25.6 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan - RAKAN CommUnity<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan - RAKAN CommUnity\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Salah faham tentang bunuh diri masih meluas dalam masyarakat dan enam mitos utama dibetulkan oleh pakar kesihatan mental tempatan bagi mendorong tindakan yang lebih peka, berempati dan bertanggungjawab.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"RAKAN CommUnity\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-07-12T05:07:36+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"899\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"600\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"RSComm16Unity\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@RAKANSarawak\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"RSComm16Unity\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\"},\"author\":{\"name\":\"RSComm16Unity\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/8a7f142530edb9831061b8297eec2e9a\"},\"headline\":\"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan\",\"datePublished\":\"2026-07-12T05:07:36+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\"},\"wordCount\":1369,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg\",\"keywords\":[\"Kesihatan Mental\",\"Krisis Emosi\",\"Stigma\"],\"articleSection\":[\"Education\",\"Featured\",\"Rencana\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\",\"name\":\"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan - RAKAN CommUnity\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg\",\"datePublished\":\"2026-07-12T05:07:36+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg\",\"width\":899,\"height\":600,\"caption\":\"Kadangkala, kehadiran kita sudah cukup Kredit Gambar : Magnific\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\",\"name\":\"RAKAN CommUnity\",\"description\":\"Sarawak community achievement and development in various aspects and highlight more on Sustainable Community\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization\",\"name\":\"RAKAN CommUnity\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png\",\"width\":437,\"height\":142,\"caption\":\"RAKAN CommUnity\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909\",\"https:\/\/x.com\/RAKANSarawak\",\"https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCc7HoFs8z39AihAGa6Ge5Ig\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/8a7f142530edb9831061b8297eec2e9a\",\"name\":\"RSComm16Unity\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6c182092fa1f9f984567a5c6dfdea856?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6c182092fa1f9f984567a5c6dfdea856?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"RSComm16Unity\"},\"url\":\"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/author\/rscomm16unity\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan - RAKAN CommUnity","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan - RAKAN CommUnity","og_description":"Salah faham tentang bunuh diri masih meluas dalam masyarakat dan enam mitos utama dibetulkan oleh pakar kesihatan mental tempatan bagi mendorong tindakan yang lebih peka, berempati dan bertanggungjawab.","og_url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/","og_site_name":"RAKAN CommUnity","article_publisher":"http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909","article_published_time":"2026-07-12T05:07:36+00:00","og_image":[{"width":899,"height":600,"url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"RSComm16Unity","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@RAKANSarawak","twitter_site":"@RAKANSarawak","twitter_misc":{"Written by":"RSComm16Unity","Est. reading time":"7 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/"},"author":{"name":"RSComm16Unity","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/8a7f142530edb9831061b8297eec2e9a"},"headline":"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan","datePublished":"2026-07-12T05:07:36+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/"},"wordCount":1369,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg","keywords":["Kesihatan Mental","Krisis Emosi","Stigma"],"articleSection":["Education","Featured","Rencana"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/","name":"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan - RAKAN CommUnity","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg","datePublished":"2026-07-12T05:07:36+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#primaryimage","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg","contentUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/RSC-16-1-1-5-2026.jpg","width":899,"height":600,"caption":"Kadangkala, kehadiran kita sudah cukup Kredit Gambar : Magnific"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/salah-faham-tentang-bunuh-diri-yang-perlu-diperbetulkan\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#website","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/","name":"RAKAN CommUnity","description":"Sarawak community achievement and development in various aspects and highlight more on Sustainable Community","publisher":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#organization","name":"RAKAN CommUnity","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png","contentUrl":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/retina-ngo2.png","width":437,"height":142,"caption":"RAKAN CommUnity"},"image":{"@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["http:\/\/www.facebook.com\/pages\/Rakan-Sarawak\/175198032513909","https:\/\/x.com\/RAKANSarawak","https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCc7HoFs8z39AihAGa6Ge5Ig"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/8a7f142530edb9831061b8297eec2e9a","name":"RSComm16Unity","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6c182092fa1f9f984567a5c6dfdea856?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6c182092fa1f9f984567a5c6dfdea856?s=96&d=mm&r=g","caption":"RSComm16Unity"},"url":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/author\/rscomm16unity\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28765","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28765"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28765\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28766,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28765\/revisions\/28766"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28765"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28765"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.rakancommunity.com\/web\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28765"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}