Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Perkasa Komuniti Tani Untuk Berdaya Maju

Perkasa Komuniti Tani Untuk Lebih Produktif dan Berdaya Maju

M-FICORD merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam meneraju pembangunan pertanian dan ekonomi luar bandar di Sarawak.

Kementerian ini menyasarkan Sarawak akan mencapai sektor pertanian dan ekonomi luar bandar yang maju menjelang 2030.

Bagi mencapai matlamat ini, fokus kementerian tertumpu untuk mentransformasi dan melestarikan sektor pertanian dan ekonomi luar bandar di Sarawak melalui pemodenan dan pengkomersilan.

Kerana itu, komuniti tani tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar perlu dibekalkan dengan pengetahuan mendalam tentang projek pertanian yang diusahakan agar mereka lebih gigih, berdisiplin dan tekun dalam melaksanakan projek.

Langkah membangunkan sektor pertanian secara komprehensif berupaya membantu Sarawak mencapai agenda antaranya termasuklah meningkatkan pendapatan luar bandar serta merapatkan jurang pendapatan dan kekayaan antara negeri di Malaysia.

Pada masa kini, kaedah pertanian moden seperti fertigasi dan hidroponik semakin popular di kalangan penduduk sebagai sumber pendapatan utama malahan ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Sehubungan itu, implementasi teknologi pertanian moden seperti teknologi maklumat, Internet Kebendaan (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) juga semakin mendapat momentum di Sarawak.

Melalui kaedah pertanian pintar, petani kini boleh menabur baja, melakukan siraman dan sebagainya menggunakan telefon pintar

Hal ini kerana, penggunaan teknologi ini dalam pertanian boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran, mencapai hasil yang lebih tinggi, memastikan keselamatan makanan dan juga mampu menarik generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti pertanian.

Di Mukah misalnya telah wujud beberapa kumpulan yang mengusahakan kebun fertigasi cili sejak beberapa tahun yang lalu.

Fertigasi adalah teknik penanaman moden yang terbukti telah memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan

Projek tersebut telah mendorong kumpulan ini menubuhkan Persatuan Pengusaha Tanaman Fertigasi dan Hidroponik Bahagian Mukah untuk mengumpulkan pekebun-pekebun fertigasi dan hidroponik ini supaya mereka dapat membantu antara satu sama lain dan memperkasakan pertanian moden ini.

Pada masa yang sama, kita turut menyaksikan bahawa sektor pertanian terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dengan melaksana dan mendukung pelbagai program yang berteraskan tumpuan utama bagi melahirkan lebih banyak komuniti tani yang produktif dan berdaya maju.

Misalnya Program Jangkauan Komuniti Pertanian atau Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2020 bertujuan untuk membangunkan modal insan masyarakat luar bandar khususnya dalam bidang pertanian moden.

Program AgriCOP ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) dengan menyasarkan sehingga 500 orang peserta bagi satu masa, bergantung kepada jumlah peruntukan dan kawasan.

Melalui program ini, para peserta didedahkan secara langsung mengenai teknologi pertanian terkini melalui syarahan, pameran, model dan plot demonstrasi pertanian bagi meningkatkan pengeluaran kualiti hasil dan mempelbagaikan produk-produk pertanian yang diusahakan para peserta.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh DOA bagi memastikan program ini mencapai sasaran ialah;

  1. Mengenal pasti aktiviti pertanian yang dirancang atau sedang dilaksanakan di sesebuah

     kawasan sasar;

  • Modul program AgriCOP disediakan mengikut kesesuaian dan keperluan kumpulan sasar;
  • Pemindahan pengetahuan dan teknologi adalah melalui latihan amali ataupun hands-on; dan
  • Menjalankan kajian pasca latihan bagi mendapatkan maklum balas keberkesanan latihan.

Selain AgriCOP, Program Pengembangan Pertanian juga adalah antara projek berimpak tinggi yang diperkenalkan sebagai mekanisme untuk membantu komuniti tani baik berskala kecil mahupun sederhana.

Kerajaan Sarawak menerusi M-FICORD telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah dengan membangunkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) untuk hasil-hasil pertanian, Taman Pertanian (Agro-Park) serta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Kaedah tanaman hidroponik menghasilkan produk pertanian segar dan selamat untuk pengguna dan kelestarian alam sekitar

Projek CPPC ini sangat penting bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh komuniti tani dari aspek pemasaran lambakan hasil pertanian sehingga menyebabkan mereka sukar mengembangkan projek pertanian dalam skala besar.

CPPC adalah pusat pengumpulan yang lengkap dengan infrastruktur dan teknologi moden untuk menjalankan aktiviti pemprosesan hiliran dan pembungkusan bagi menghasilkan produk menepati piawaian pasaran terutama pasaran eksport.

CPPC yang dikendalikan oleh syarikat swasta yang mempunyai pengalaman dan akses pasaran sedia ada, sudah pasti akan memberi impak besar kepada komuniti tani terutama dalam menjana pendapatan serta menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam pengeluaran hasil pertanian.

Melalui konsep ini, CPPC turut menjalankan aktiviti pengumpulan pembelian hasil tani di dalam kawasan setempat yang menepati jenis tanaman spesifikasi dan jumlah yang dipersetujui.

Langkah ini selari dengan matlamat Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih makanan menjelang 2030 dan meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga tani kepada RM6,000 sebulan.

Jabatan Pertanian akan membantu para petani dengan cara menyediakan skim atau projek pertanian termasuk membekalkan bahan tanaman serta input berkualiti dan juga menyediakan kemudahan infrastruktur ladang kepada petani bagi memudahkan mereka membawa hasil pertanian ke CPPC.

Kerajaan menerusi M-FICORD dan Jabatan Pertanian sentiasa komited untuk mencari pelbagai kaedah yang baharu dan berinovatif untuk dilaksanakan bagi memperkasakan komuniti tani.

Antaranya, menggiat dan menggalakkan pertanian bercorak komersial, tersusun, penggunaan tanah yang intensif, pengurusan yang cekap, amalan agronomi yang betul dan penggunaan teknologi yang lebih canggih dan moden.

Langkah-langkah ini berfungsi untuk mengurangkan penggunaan baja sintetik dan racun perosak, mengurangkan kemerosotan tanah, dan menambah proses penjujukan karbon dioksida dalam tanah.

Kawasan rata membolehkan larutan baja ke setiap polybag pada kadar kuantiti yang sekata

Komuniti tani juga didorong untuk membangunkan sektor agro pelancongan (agrotourism) iaitu aktiviti pelancongan berkaitan sektor pertanian berasaskan tanaman, ternakan, perikanan dan sistem tagang, industri asas tani dan kraf tangan yang berpotensi untuk ditawarkan di Sarawak.

Agro pelancongan juga dapat dipakejkan bersama eko pelancongan yang akan memberi nilai tambah kepada produk eko pelancongan dan meningkatkan pemasaran produk pertanian.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here