Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Pendidikan Sains Kini Lebih Inklusif Melalui Minggu Sains Negara

Dalam dunia yang bergerak pantas ke arah era digital dan berteknologi tinggi, masih terdapat jurang ketara antara komuniti bandar dan luar bandar yang dapat dilihat bukan sahaja dari segi akses kepada kemudahan asas, tetapi juga dalam literasi sains dan teknologi.

Namun begitu, Minggu Sains Negara yang berlangsung selama tiga hari di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan pada 3 hingga 5 Mei 2025 telah membuktikan bahawa ilmu sains boleh merentasi sempadan geografi, budaya dan latar belakang.

Dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi,” program ini berjaya menghimpunkan institusi pendidikan, penggiat industri, pelajar dan komuniti setempat dalam satu ruang interaktif yang menjanjikan pendedahan bermakna kepada dunia sains dan inovasi.

Namun yang lebih penting, ia membuka perbincangan tentang bagaimana sains boleh menjadi alat pemerkasaan komuniti terutamanya di kawasan luar bandar.

“Apabila masyarakat luar bandar memiliki kefahaman asas sains, mereka lebih bersedia membuat keputusan yang tepat dan tidak lagi bergantung kepada andaian atau ‘rasa-rasa.’

Ini sangat penting dalam kehidupan harian mereka, terutamanya dalam pertanian dan keusahawanan kecil,” kata Profesor Madya Dr. Aida Shafreena binti Ahmad Puad, Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Gunaan, dari Kolej Universiti i-CATS ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Profesor Madya Dr. Aida Shafreena membimbing dua orang pelajar untuk memahami dunia mikroskopik sempena Minggu Sains Negara

Menurut beliau, pengetahuan asas tentang sains dalam bidang pertanian seperti mengetahui sifat tanah, keperluan cahaya dan air, serta pemahaman tentang iklim setempat boleh mengubah cara petani membuat keputusan seterusnya akan menjadikan usaha mereka lebih berkesan, menjimatkan masa dan meningkatkan hasil tanaman.

Satu lagi impak besar pendidikan sains ialah melindungi masyarakat daripada maklumat yang mengelirukan dan penipuan komersial.

Dr. Aida menegaskan bahawa masyarakat yang kurang pendedahan kepada sains sering menjadi mangsa kepada iklan dan produk yang tidak berasas.

“Biasanya yang tidak faham asas sains mudah terpedaya dengan produk-produk kesihatan atau pertanian yang kononnya ajaib, namun dengan ilmu yang betul, kita boleh menilai dan bertanya kepada diri kita sendiri adakah ia masuk akal dari sudut sains atau tidak,” jelas beliau.

Ini jelas menunjukkan bahawa literasi sains bukan sahaja penting untuk pembangunan ekonomi, tetapi juga sebagai benteng terhadap eksploitasi dan penyelewengan maklumat.

Di sudut lain pameran, Encik Mohd Yazid bin Mohd Anas Khan, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Samarahan memperlihatkan bagaimana teknologi berskala kecil seperti tenaga solar boleh memberi impak besar kepada kehidupan masyarakat luar bandar yang masih berdepan kekurangan bekalan elektrik.

Antara individu yang telah berkongsi perspektif mereka terhadap sains, pengalaman semasa pameran, dan inspirasi yang mereka dapat

Misalnya, kita boleh bangunkan sistem fertigasi menggunakan panel solar di mana sambungan grid elektrik tidak diperlukan.

Dengan pam air dan sedikit pemahaman teknikal, kita juga boleh menjalankan sistem pertanian moden di kawasan terpencil seperti tanaman hidroponik.

Ini membuktikan bahawa dengan gabungan teknologi mudah dan kefahaman sains asas, komuniti luar bandar boleh berdikari dan mengurus sumber secara lebih efisien, tanpa terlalu bergantung kepada bantuan luaran.

Sehubungan itu, pendedahan kepada sains tidak harus bermula di peringkat menengah atau universiti kerana menurut Cik Anna Natasha, Pembantu Pustakawan di Pustaka Negeri Sarawak, pendidikan sains perlu dimulakan sejak usia muda, dan dalam bentuk yang menyeronokkan.

Kerana itu, Pustaka Negeri Sarawak telah memperkenalkan cubico kids coding khas untuk kanak-kanak berusia seawal enam tahun.

Bila mereka bermain sambil belajar, mereka sebenarnya tidak sedar pun bahawa mereka sedang mempelajari konsep sains dan logik komputer.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja menanam minat awal terhadap teknologi, tetapi turut menjadikan sains lebih mesra dan kurang menakutkan terutamanya bagi pelajar dari kawasan luar bandar yang jarang terdedah kepada alat dan persekitaran makmal.

Bagi Muqrish Shah, pelajar Diploma Teknologi Binaan di UiTM, pengalaman menyertai Minggu Sains Negara telah memperluas perspektifnya tentang peranan sains dalam kehidupan harian.

Sains telah membantu Muqrish berfikir secara sistematik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih logik.

Dalam bidang Teknologi Binaan, ia bukan hanya untuk tujuan pembelajaran semata-mata, tapi ia adalah untuk kerjayanya di masa hadapan.

Kerana itu, dia percaya bahawa dengan pendedahan seperti ini, pelajar akan lebih yakin untuk meneroka bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), terutamanya dalam cabang seperti kejuruteraan, binaan dan teknologi hijau.

Walaupun impak Minggu Sains Negara nyata besar, para pakar berpandangan ia perlu dikembangkan kepada bentuk yang lebih lestari.

Pelajar UiTM Kota Samarahan tidak melepaskan peluang menimba ilmu dengan melawat pameran interaktif sempena Minggu Sains Negara

Misalnya, Dr. Aida mencadangkan agar diwujudkan Pusat Sains Mini di setiap daerah, khususnya di Sarawak yang terkenal sebagai kawasan ‘biodiversity hotspot.’

Jelas beliau, ia tidak perlu berskala besar seperti Petrosains sebaliknya adalah memadai sekiranya ada mikroskop, komputer dan ruang eksperimen asas untuk pelajar membuat pemerhatian.

Hasrat beliau ini mungkin boleh dicapai atau direalisasikan dengan adanya kerjasama diantara komuniti, sekolah dan agensi Kerajaan.

Kesimpulannya, Minggu Sains Negara di Kota Samarahan telah memberi satu mesej jelas iaitu bahawa sains bukan sekadar milik golongan elit akademik atau mereka di bandar, namun ia juga adalah hak dan keperluan semua, termasuk komuniti di pedalaman.

Dengan pendekatan yang bersifat penyelesaian, program ini membuka peluang bukan sahaja kepada ilmu, tetapi kepada harapan baharu bagi masa depan luar bandar.

Infografik menunjukkan secara ringkas impak langsung sains terhadap kehidupan seharian masyarakat luar bandar

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here