Exclusive Content:

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.

“Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi”

Minggu Sains Negara (MSN) 2025 yang telah diadakan di Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan pada 3 hingga 5 Mei 2025 adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sains serta teknologi termasuk mereka yang kurang mendapat akses pendidikan berkualiti.

Penganjuran MSN tahun ini merupakan edisi kelapan sejak ia diperkenalkan pada 2018. Ini merupakan usaha serta komitmen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kehidupan rakyat Malaysia secara konsisten serta berterusan.

Mencuba reruai interaktif PETROSAINS sempena Minggu Sains Negara

Pelajar UiTM Cawangan Kota Samarahan tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keseronokan dunia sains apabila mengunjungi reruai interaktif PETROSAINS sempena Minggu Sains Negara.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman yang menyeronokkan, malah turut membuka ruang kepada para pelajar untuk menimba ilmu melalui pameran berasaskan teknologi dan eksplorasi saintifik yang interaktif dan mendidik.

Cubico membantu kanak-kanak memahami konsep penting seperti jujukan, gelung dan syarat

Cubico adalah satu permainan interaktif yang telah dibangunkan oleh Pustaka Negeri Sarawak untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas pengekodan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.

Melalui gabungan penceritaan, elemen permainan dan aktiviti secara langsung, Cubico membantu kanak-kanak memahami konsep penting seperti jujukan, gelung dan syarat.

Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke atas dan bertujuan memberi pendedahan awal kepada dunia pengekodan sebelum mereka melangkah ke alam sekolah rendah.

Diharapkan pendekatan seperti ini dapat menanam minat dan asas pengetahuan yang kukuh dalam bidang teknologi sejak usia muda.

Program seperti Minggu Sains Negara ini terbukti berkesan dalam menyemai minat terhadap sains dalam kalangan pelajar

Profesor Madya Dr. Aida Shafreena berpendapat, program seperti Minggu Sains Negara ini terbukti berkesan dalam menyemai minat terhadap sains dalam kalangan pelajar.

Namun begitu, usaha mendekatkan sains kepada masyarakat tidak seharusnya terhenti setakat Minggu Sains sahaja.

Sudah tiba masanya kita memikirkan pendekatan yang lebih mampan, seperti mewujudkan pusat sains yang kekal agar pelajar dan masyarakat umum dapat mengunjunginya secara berkala dan terus didedahkan kepada dunia sains yang sentiasa berkembang.

Sebagai langkah mendekatkan sains dengan masyarakat luar bandar, kita perlu membudayakan sains sebagai sebahagian daripada kehidupan harian, tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

Interaksi secara langsung dengan bahan pameran membolehkan pengunjung mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Aktiviti-aktiviti yang disediakan sempena Minggu Sains Negara di UiTM Kota Samarahan telah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada pelbagai konsep sains dan teknologi seperti tenaga, mekanikal, serta aplikasi sains dalam kehidupan seharian secara lebih praktikal dan mudah difahami.

Interaksi secara langsung dengan bahan pameran membolehkan mereka mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, sekali gus menyemai minat mendalam terhadap bidang STEM dalam kalangan generasi muda.

Mesin pencetakan 3D

Sempena Minggu Sains Negara yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mei sehingga 5 Mei 2025, Pustaka Negeri Sarawak turut menyediakan perkhidmatan pencetakan 3D yang membolehkan pengunjung mempelajari cara mengendalikan mesin tersebut serta mereka bentuk model 3D mereka sendiri menggunakan aplikasi mesra pengguna seperti Tinkercad.

Sistem pertanian moden seperti fertigasi dan hidroponik

Sains dan teknologi berperanan besar dalam membantu kawasan luar bandar menangani cabaran asas seperti ketiadaan bekalan elektrik dan air.

Sebagai contoh, penggunaan tenaga solar boleh dimanfaatkan untuk menyokong sistem pertanian moden seperti fertigasi dan hidroponik, termasuk pengoperasian pam air serta penyimpanan tenaga melalui bateri.

Pendekatan ini bukan sahaja mesra alam, malah mampu meningkatkan kecekapan dan kemandirian komuniti luar bandar dalam jangka panjang.

Latest

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.
spot_imgspot_img

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan ikan dan udang segar. Setiap kepingan yang digigit membangkitkan aroma keaslian resipi yang diturunkan zaman-berzaman. Keropok Mukah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here