Suatu masa dahulu, TVET sering menerima persepsi negatif seperti pilihan yang sesuai untuk pelajar lemah akademik dan kerjaya berpendapatan rendah.
Tidak kurang juga yang menganggap bahawa kerjaya dalam bidang ini tidak menjamin masa depan.
Namun, realiti yang berlaku hari ini ternyata berbeza berikutan perubahan landskap ekonomi global yang digerakkan oleh teknologi dan kejuruteraan.
Negara-negara maju telah membuktikan TVET sebagai gerbang kerjaya yang menawarkan gaji lumayan serta peluang luas dalam keusahawanan.
TVET telah melahirkan ramai tenaga profesional berkemahiran tinggi dan menjadi pemacu utama ekonomi moden.



