Exclusive Content:

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Unlocking Green Gold for Rural Communities Through the Bamboo New Economy

Rural Sarawak communities hold the key to bamboo prosperity, your land, knowledge, and labour can generate sustainable income, preserve cultural heritage, and protect our forests. Join the green economy revolution today; your village's future starts with one bamboo shoot.

Pemuliharaan Seni Anyaman Tradisional Bidayuh

Masyarakat Bidayuh yang turut dikenali sebagai “Land Dayak” adalah antara etnik peribumi di Sarawak yang membawa bersama mereka warisan sejarah, budaya dan seni yang begitu kaya.

Seni dan kraf merupakan nadi kebudayaan mereka yang terkenal dengan ukiran halus pada buluh, pembuatan tembikar tradisional, dan yang paling menonjol ialah seni anyaman rotan yang diwarisi turun-temurun.

Seni anyaman tradisional merupakan warisan yang mencerminkan identiti dan kehidupan harian masyarakat Bidayuh.

Di sebalik keindahan corak dan ketelitian kerja tangan, tersirat nilai budaya yang telah diwariskan sejak turun-temurun.

Antara hasil anyaman yang terkenal seperti ragak, bakur atau prasang yang merupakan sejenis bakul pelbagai saiz yang diperbuat daripada rotan.

Hasil kraf ini melambangkan kecekapan tangan dan kreativiti masyarakat Bidayuh dalam menyesuaikan sumber semula jadi menjadi barangan yang amat berguna.

Satu lagi hasil anyaman yang istimewa ialah Lumbok iaitu sejenis bakul rotan berwarna hitam dan putih, sering digunakan oleh komuniti Bidayuh di Serian.

Bakul pelbagai saiz ang dikenali sebagai “ragak”, “bakur” atau “prasang” yang diperbuat daripada rotan Gambar:https://www.facebook.com/mary.sijan

Lumbok dikenali dengan reka bentuknya yang ringkas namun kukuh dan pada hari ini, ia telah melalui fasa pemodenan apabila diwarnakan menggunakan pigmen kimia bagi menghasilkan corak dan warna yang lebih ceria.

Hasil anyaman seterusnya ialah juah atau jumuak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Bidayuh di mana juah digunakan untuk menyimpan biji padi atau barang kecil manakala jumuak bersaiz lebih besar sesuai untuk menyimpan barang berat seperti kayu api atau hasil tanaman.

B”Juah” atau “jumuak” memainkan peranan penting dalam kehidupan tradisional dimana ia digunakan untuk menuai padi atau menyimpan barang seperti sayur-sayuran an buah-buahan

Kesemua hasil kraf tangan ini bukan sekadar peralatan harian, tetapi lambang identiti dan ketahanan budaya masyarakat Bidayuh dalam mengadaptasi seni anyaman kepada keperluan zaman.

Memelihara dan memartabatkannya adalah satu bentuk penghormatan terhadap warisan nenek moyang.

Namun, dalam arus kemodenan dan globalisasi, dikhuatiri seni ini akan semakin pudar kerana ramai generasi muda Bidayuh tidak lagi mempelajari seni ini, apatah lagi menjadikannya sumber pendapatan.

Perubahan guna tanah, aktiviti pembalakan tidak lestari, dan kemerosotan minat generasi muda telah menyumbang kepada penyusutan aktiviti menganyam dalam kalangan komuniti Bidayuh.

Rotan dan buluh yang merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan produk-produk kraf anyaman semakin sukar diperolehi ditambah pula dengan kos bahan meningkat, tetapi nilai jual kraf buatan tangan kerap tidak setimpal.

Malah, ramai belia kampung berhijrah ke bandar dan melihat seni kraf ini tidak menguntungkan dari segi ekonomi sehingga menyebabkan seni ini semakin jarang dipelajari atau diwarisi secara aktif.

Namun begitu,di sebalik cabaran, muncul sinar harapan dari usahawan desa, institusi latihan, hingga gerakan komuniti yang bersama-sama menenun semula harapan terhadap warisan Bidayuh ini.

Seorang usahawan Mikro, Puan Mary anak Sijan dari Kampung Pichin, Serian ialah antara individu yang tidak gentar mempertahankan seni anyaman ini.

Walaupun bekerja sepenuh masa di Kampung Budaya Sarawak, beliau masih aktif menghasilkan kraf dari buluh dan rotan, seperti tikar dan perabot kecil.

Sejak tahun 1990-an, beliau membimbing enam pembekal kraf dari kampungnya untuk membantu mereka menjana pendapatan.

Pada 2018, beliau telah menerima bantuan peralatan bernilai RM5,000 daripada program Pembangunan Usahawan Mikro (Kebajikan) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), telah membolehkan beliau mempertingkatkan keupayaan dan menambah hasil.

Di Bau, seorang usahawan Bidayuh yang dikenali sebagai Puan Jelina Fresia, giat memasarkan tikar rotan tradisional yang dikenali sebagai “kasah” serta pelbagai hasil kraf tangan buatan penduduk kampungnya.

Produk seperti tikar rotan ini pernah menjadi tular sekitar 2007 kerana ketahanannya dan kini menjadi barangan bernilai tinggi sebagai hiasan dalaman rumah moden.

Usaha komersialisasi juga menyaksikan hasil rotan kini digunakan dalam elemen fesyen seperti beg, aksesori, dan lampu hiasan yang mendapat tempat dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Beliau yang juga merupakan pemilik Nang Dee Resources berkata, keunikan tikar rotan bukan sahaja terletak pada ketahanannya dan sifatnya yang mesra alam, tetapi juga pada kehalusan seni anyamannya. https://youtu.be/Kgw8C7eGd3k

Ia bukan sekadar alas lantai, malah telah diangkat menjadi elemen hiasan moden serta simbol warisan tempatan yang berharga.

Salah satu hasil kraf tradisionalnya yang turut mencuri perhatian ialah bubu Bidayuh yang merupakan alat tradisional menangkap ikan kini diberi nafas baharu sebagai dekorasi kontemporari.

Bubu yang merupakan alat tradisional menangkap ikan kini diberi nafas baharu sebagai dekorasi kontemporari Gambar:https://www.instagram.com/bolisangon/p/DJGM2glTXKI/

Produk bubu yang dulunya digunakan untuk menangkap ikan, kini menjadi lampu hiasan, pasu dan perhiasan rumah.

Bubu ini hadir dalam pelbagai saiz dan fungsi menarik seperti:

  • Saiz kecil dijadikan hiasan gantung di dalam kereta
  • Saiz sederhana sebagai penutup lampu atau elemen dekorasi rumah
  • Saiz besar pula boleh mencapai harga RM150 ke atas

Untuk menyiapkan sebuah bubu bersaiz besar, ia mengambil masa antara satu hingga dua bulan kerana perlu melalui beberapa proses bermula dengan pencarian rotan di hutan, memilih bahan terbaik, membelah dan memprosesnya, sebelum ia dapat dianyam menjadi bentuk akhir.

Justeru, kraf tangan rotan ini bukan sekadar warisan budaya, tetapi sumber ekonomi penting bagi penduduk luar bandar dan kebanyakan produk ini dihasilkan oleh suri rumah yang mahir dalam seni anyaman turun-temurun.

Dalam keadaan ekonomi mencabar, usaha ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan isi rumah, malah memelihara identiti masyarakat Bidayuh yang unik.

Di Sarawak, Majlis Kraf Sarawak atau Sarawak Craft Council (SCC) merupakan sebuah organisasi penting yang memainkan peranan utama dalam memelihara, mempromosikan dan memasarkan hasil kraf tangan tradisional masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Ditubuhkan sejak tahun 1957, objektif utama organisasi ini adalah untuk memastikan kelangsungan pengeluaran kraf tangan daripada 25 kumpulan etnik yang menetap di negeri ini.

Kraf tangan Sarawak merupakan warisan turun-temurun yang mencerminkan keunikan, kreativiti dan identiti budaya setiap etnik, antaranya kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu.

SCC bertindak sebagai perantara yang membantu komuniti kraf, khususnya di kawasan luar bandar, untuk memasarkan hasil tangan mereka kepada khalayak yang lebih luas termasuk pelancong dan pembeli dari dalam serta luar negara.

Organisasi ini turut menerima sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak dalam menggalakkan pertumbuhan industri kraf tempatan.

Selain menjadi pemangkin kepada usaha pelestarian budaya, SCC juga memberi sumbangan besar terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar, dengan membuka peluang pendapatan tambahan melalui penghasilan kraf tangan.

Dalam ucapan penggulungan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Mesyuarat Pertama Pagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke-19 pada 27 Mei 2025 (Selasa);

Beliau menegaskan bahawa SCC akan terus memperkukuhkan pembangunan industri kraf tempatan dengan matlamat untuk memperluas pasaran produk kraf Sarawak di peringkat tempatan, domestik dan antarabangsa.

Fokus utama SCC adalah kepada aktiviti jualan dan promosi bagi memperkembangkan pasaran Kraf Sarawak.

Penyertaan usahawan kraf Sarawak dalam pelbagai aktiviti berkaitan kraf telah membantu meningkatkan jualan, memperluas keterlihatan dan menambah bahagian pasaran produk tempatan.

Sepanjang suku pertama tahun 2025, produk Kraf Sarawak telah dipamerkan dan diketengahkan dalam pelbagai acara di Kuching, Sri Aman dan Kuala Lumpur.

Di bawah Inisiatif Pembangunan Industri SCC, seramai 53 pengusaha kraf baharu telah didaftarkan, menjadikan jumlah keseluruhan pengusaha kraf berdaftar kini seramai 1,300 orang.

Bagi menggalakkan penglibatan komuniti, SCC turut melaksanakan Program Pembangunan Komuniti Kraf di Sri Aman, Kapit, Bintulu, Limbang dan Lawas.

Sementara itu, bagi suku pertama tahun 2025, Kraftangan Malaysia melaporkan jumlah jualan kraf di Sarawak mencecah RM6.3 juta.

Secara keseluruhannya, SCC bukan sekadar menjadi pemelihara seni warisan, malah berfungsi sebagai pemacu pembangunan komuniti melalui pemerkasaan ekonomi kreatif yang berasaskan budaya tempatan.

Usaha berterusan ini sangat penting dalam memastikan kraf tangan tradisional terus hidup, dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Kajian oleh penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga menunjukkan bahawa pendidikan kraf warisan yang melibatkan generasi muda secara langsung membantu meningkatkan kebanggaan budaya dan keterlibatan komuniti.

Selain itu, kajian oleh Jalil et al. (2024) dari UNIMAS menekankan bahawa seni memainkan peranan penting dalam memupuk rasa identiti dan kebanggaan dalam kalangan komuniti.

Melalui penglibatan dalam seni dan kraf tradisional, individu dapat menghubungkan diri mereka dengan warisan budaya, yang seterusnya meningkatkan rasa bangga terhadap identiti budaya mereka dan mendorong keterlibatan aktif dalam komuniti.

Kedua-dua kajian ini menyokong kenyataan bahawa pendidikan kraf warisan yang melibatkan generasi muda secara langsung membantu meningkatkan kebanggaan budaya dan keterlibatan komuniti.

Untuk memelihara dan memajukan seni anyaman tradisional Bidayuh, beberapa langkah penyelesaian jangka panjang dicadangkan seperti :

  • Pembangunan pusat bahan mentah lestari dengan membangunkan ladang komuniti rotan dan buluh dengan sokongan Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memastikan bekalan berterusan;
  • Memasukkan kraf tangan tradisional sebagai modul kokurikulum untuk pelajar sekolah di kawasan majoriti Bidayuh;
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada suri rumah dan belia untuk memulakan perniagaan kraf;
  • Mendaftarkan motif tradisi sebagai harta intelek untuk mengelakkan eksploitasi oleh pihak luar; dan Menganjurkan pameran tetap atau festival kraf secara bergilir-gilir di kawasan Bidayuh bagi memperluas pasaran dan pelancongan.

Sekilas pandang terhadap kraf tangan Bidayuh membawa kita kepada kesimpulan bahawa seni warisan ini bukan hanya tentang bentuk dan fungsi.

Ia adalah kesinambungan sejarah satu kaum yang terus kekal dalam arus moden pada hari ini justeru, usaha memulihara dan memartabatkannya harus diteruskan agar generasi akan datang tidak sekadar melihatnya sebagai hiasan, tetapi sebagai warisan yang hidup dan bernyawa.

Jika semua pihak termasuk usahawan, komuniti, agensi dan belia terus berganding bahu, warisan ini bukan sahaja akan hidup, malah berkembang dan dihargai dunia.

Rujukan:

Latest

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Masyarakat luar bandar digalakkan merebut peluang teknologi hijau seperti solar, pertanian pintar dan kredit karbon. Inisiatif ini membuka pendapatan baharu, kemahiran moden dan kehidupan lebih sejahtera. Jangan lepaskan kesempatan menjadi agen perubahan kelestarian demi masa depan generasi cerah akan datang.
spot_imgspot_img

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here