Exclusive Content:

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat tentang Vandalisme di Sarawak

Isu vandalisme di Sarawak perlu dilihat dengan memberi tumpuan kepada tahap kesedaran komuniti, punca sosial, serta inisiatif penyelesaian berasaskan bukti dan kolaborasi pelbagai pihak.

Bajet Persekutuan 2026 Perkukuh Akses Melalui Mobiliti Perkhidmatan

Tidak dinafikan, keberkesanan perkhidmatan bergerak tidak hanya bergantung kepada jumlah peruntukan atau bilangan kenderaan, tetapi kepada keupayaan untuk mengumpul data lapangan, menilai hasil jangka panjang, melatih petugas yang empati serta melibatkan komuniti secara aktif.

Akses Digital ke Pelosok Sarawak

MySRBN ialah projek jalur lebar luar bandar di bawah inisiatif SALURAN (Sarawak Linking Urban, Rural and Nation) yang dibangunkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Infografik menerangkan secara rigkas makna MySRBN

Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam usaha merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman yang selama ini terpinggir daripada kemajuan teknologi.

MySRBN menggunakan pendekatan praktikal melalui teknologi Fixed Wireless Broadband (FWB), iaitu sambungan tanpa wayar yang mampu menjangkau sehingga tiga (3) kilometer radius.

Berbeza dengan kabel gentian optik yang mahal dan sukar dipasang di kawasan bergunung-ganang atau berhutan tebal, FWB menggunakan transmisi gelombang radio dari stesen pangkalan seperti menara komunikasi atau bangunan tinggi.

Hasilnya, pengguna luar bandar kini berpeluang menikmati sambungan internet berkelajuan sehingga 30Mbps, tanpa had kuota dan dengan proses pengaktifan yang pantas, suatu kemudahan yang dahulunya hanya dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan bandar.

Liputan ini melibatkan kawasan luar bandar yang sebelum ini kurang mendapat akses kepada kemudahan internet, sekali gus membuka peluang baharu kepada komuniti pedalaman untuk terhubung dengan dunia luar.

Maklumat penuh mengenai lokasi tapak-tapak ini boleh diakses melalui laman rasmi MySRBN di https://mysrbn.sarawak.digital/about-mysrbn/

Infografik menerangkan secara ringkas kepentingan MySRBN

Projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 45,000 isi rumah di Sarawak, dengan pencapaian semasa menunjukkan sebanyak 490 tapak FWB telah diwujudkan, meliputi 19,668 premis di pelbagai kawasan luar bandar serta mencatatkan pertambahan antara 1,500 hingga 2,000 pendaftaran baharu setiap bulan.

Sebagai galakan awal, Kerajaan Sarawak telah menyediakan pemasangan peralatan secara percuma, termasuk Outdoor Unit (ODU) yang dipasang di luar rumah, Indoor Unit (IDU) yang berfungsi di dalam premis, dan penghala (router) bagi pengguna prabayar.

Setiap pengguna turut menerima 300MB data bulanan secara percuma, dan boleh menambah kuota serendah RM5 untuk 200GB.

Dengan anggaran kos bulanan sekitar RM20, akses internet kini jauh lebih mampu milik berbanding penyedia komersial yang mengenakan bayaran sehingga RM70.

Di sebalik ketenangan kampung-kampung di pedalaman Sarawak, tersimpan cerita tentang usaha, harapan dan perubahan.

Komuniti luar bandar yang dahulu bergelut dengan jurang digital kini mula menampakkan sinar harapan baharu, hasil daripada inisiatif MySRBN.

Komen masyarakat terhadap inisiatif MySRBN yang diambil dari Facebook (FB) MySRBN

Contohnya, di perkampungan Betong, semangat usahawan tempatan seperti Sila anak Langan, Ketua Biro Melaban daripada Jawatankuasa Agrokraft Borneo, tetap menyala meskipun dihimpit cabaran.

Beliau menyatakan bahawa produk kraf tangan seperti manik hasil tangan komuniti tempatan mempunyai nilai tinggi, namun kekurangan bahan berkualiti dan modal menjadi kekangan utama.

Lebih menekan lagi, ketiadaan sambungan internet stabil telah menyekat potensi pemasaran produk secara dalam talian. https://www.facebook.com/my.srbn/videos/475011805604951

Namun, kehadiran MySRBN mula merubah landskap kehidupan apabila akses internet yang lebih stabil membuka ruang luas kepada pendigitalan perniagaan serta memperkasa potensi ekonomi tempatan.

Bagi Sila, ia bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mutlak untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Beliau mengimpikan agar lebih ramai usahawan tempatan dapat mencontohi kejayaan Puan Dorothy dari Kapit, yang berjaya memasarkan pakaian tradisional Buriek ke pasaran antarabangsa seperti London.

Walau bagaimanapun, tidak semua kawasan menikmati kemajuan sepenuhnya, seperti yang dibangkitkan oleh Anthony Unggang dari Balai Ringin yang meluahkan kekecewaannya apabila kawasan pasar di sana masih bergantung kepada rangkaian 4G. https://www.facebook.com/my.srbn

Menjelang tahun 2025, beliau berharap pihak berwajib dapat menaiktaraf liputan kepada 5G agar masyarakat di sana turut merasai manfaat penuh MySRBN.

Sementara itu, di Kampung Semukoi A, Nathan Sait melahirkan rasa syukur atas sambungan MySRBN yang kini membolehkan talian internet lebih stabil, sekali gus memudahkan pelbagai urusan harian penduduk. https://www.facebook.com/my.srbn

Di Rumah Panjang Bunyau Semanju Berenggang Asal pula, Bunyau Kudang yang mewakili komuniti setempat menzahirkan penghargaan atas usaha SDEC yang hadir untuk mendaftarkan sambungan internet secara terus kepada penduduk. https://www.facebook.com/my.srbn

Namun, di Kampung Mujat, Serian, penduduk masih diliputi rasa kecewa apabila menara telekomunikasi yang telah siap sejak tempoh PKP masih belum dilengkapi dengan peralatan komunikasi, seperti yang diluahkan oleh Ligun Sebastian.

Ketiadaan liputan menyebabkan penduduk kerap tertinggal maklumat penting dan lambat bertindak dalam urusan yang memerlukan maklum balas segera. https://www.facebook.com/my.srbn

MySRBN bukan sekadar infrastruktur kabel dan isyarat, sebaliknya merupakan jambatan harapan yang merentas sempadan geografi dan sosial.

Infografik menerangkan secara ringkas tentang manfaat MySRBN kepada rakyat Sarawak

Daripada usahawan wanita di Kapit yang berjaya menembusi pasaran global, kepada komuniti rumah panjang yang baru menerima sambungan, hinggalah mereka yang masih sabar menanti giliran, semuanya berkongsi satu impian bersama agar tidak terus tercicir dalam arus pemodenan digital.

Di sebalik setiap menara MySRBN yang kini berdiri megah di tengah kampung, tersirat kisah kerjasama erat antara pelbagai pihak, bermula daripada dasar kerajaan hingga ke tangan anak muda tempatan.

SDEC bertindak sebagai penyelaras utama, manakala Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak menetapkan hala tuju dasar.

Peranan penting turut dimainkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam penyediaan spektrum dan lesen.

Kerjasama awam–swasta (Public-Private Partnership) antara SDEC, Measat, Sacofa, Telekom Malaysia dan penyedia syarikat telekomunikasi lain melalui mekanisme Multi-Operator Core Network (MOCN) telah mempercepat pembangunan infrastruktur, serta mengurangkan kos pelaksanaan.

MySRBN turut berdepan dengan cabaran seperti bekalan elektrik tidak konsisten, bentuk muka bumi yang mencabar, dan tahap literasi digital yang rendah terutamanya dalam kalangan warga emas.

Oleh itu, program latihan komuniti, inisiatif NADI, dan sokongan teknikal terus dipertingkatkan agar penduduk bukan sahaja menjadi pengguna, tetapi juga peneraju dalam dunia digital.

Pendekatan berskala mikro yang menumpukan kepada komuniti sasaran terbukti lebih efektif berbanding projek berskala besar yang memerlukan pelaburan dan masa yang tinggi.

Tambahan pula, subsidi kerajaan dalam bentuk peralatan dan data telah berjaya merangsang penyertaan aktif masyarakat luar bandar, sekali gus mempercepatkan proses transformasi digital mereka.

Kesimpulannya, MySRBN bukan sekadar menyediakan akses internet, tetapi turut membawa transformasi kehidupan luar bandar serta membuka jalan kepada pendidikan global, peluang ekonomi digital, perkhidmatan kesihatan dalam talian, dan dunia hiburan moden.

Dengan pelaburan mencecah RM93 juta pada 2024 dan RM397 juta keseluruhan, Sarawak membuktikan bahawa tiada komuniti harus tertinggal dalam era digital.

Inisiatif ini menunjukkan bahawa dengan strategi tepat, teknologi sesuai, dan dukungan masyarakat, impian Sarawak sebagai negeri digital model Malaysia semakin hampir menjadi realiti.

Sumber rujukan:

  1. https://mysrbn.sarawak.digital/ms/mengenai-srbn/
  2. https://www.tvsarawak.my/2024/07/03/kerjasama-sdec-dan-sacofa-dalam-meningkatkan-jaringan-telekomunikasi-di-sarawak/
  3. https://sdec.com.my/web/2024/07/11/minister-announces-enhanced-mysrbn-service-for-rural-community/
  4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-perkenal-mysrbn-home-prepaid-plan-untuk-kawasan-luar-bandar-476960
  5. https://www.theborneopost.com/2025/02/20/sdec-strengthens-sarawaks-digital-connectivity-through-public-private-partnerships/
  6. https://www.tvsarawak.my/2024/11/11/sarawak-allocates-rm397-million-for-rural-digital-connectivity-expansion/

Latest

Pembudayaan Integriti Memakmurkan Negara

Integriti dan tadbir urus tidak boleh dipisahkan kerana tadbir urus tanpa integriti akan melahirkan sistem yang kelihatan teratur tetapi rapuh.

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Ekonomi Kitaran Mengurangkan Sisa Menambah Nilai

Pendekatan ekonomi kitaran di Sarawak berpotensi mengurangkan sisa, menambah nilai bahan, dan memperkukuh pembangunan hijau.

Program Pemadanan Perniagaan Laluan Kejayaan Usahawan Desa Sarawak

Program pemadanan perniagaan di Sarawak menghubungkan usahawan desa dengan pasaran, pembiayaan dan bimbingan strategik, membina rantaian nilai inklusif serta memperkasa ekonomi luar bandar secara mampan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pembudayaan Integriti Memakmurkan Negara

Integriti dan tadbir urus tidak boleh dipisahkan kerana tadbir urus tanpa integriti akan melahirkan sistem yang kelihatan teratur tetapi rapuh.

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Ekonomi Kitaran Mengurangkan Sisa Menambah Nilai

Pendekatan ekonomi kitaran di Sarawak berpotensi mengurangkan sisa, menambah nilai bahan, dan memperkukuh pembangunan hijau.

Program Pemadanan Perniagaan Laluan Kejayaan Usahawan Desa Sarawak

Program pemadanan perniagaan di Sarawak menghubungkan usahawan desa dengan pasaran, pembiayaan dan bimbingan strategik, membina rantaian nilai inklusif serta memperkasa ekonomi luar bandar secara mampan.

PKS Nadi Ekonomi Sarawak

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan nadi penting ekonomi Sarawak, merangkumi lebih 97% daripada jumlah keseluruhan syarikat berdaftar dan menyumbang secara signifikan kepada peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi negeri.
spot_imgspot_img

Pembudayaan Integriti Memakmurkan Negara

Integriti dan tadbir urus tidak boleh dipisahkan kerana tadbir urus tanpa integriti akan melahirkan sistem yang kelihatan teratur tetapi rapuh.

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Ekonomi Kitaran Mengurangkan Sisa Menambah Nilai

Pendekatan ekonomi kitaran di Sarawak berpotensi mengurangkan sisa, menambah nilai bahan, dan memperkukuh pembangunan hijau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here