Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Dialek Wujudkan Perhubungan Harmoni Masyarakat Gedong

Rangkaian Khidmat Awam Sarawak (RAKAN Sarawak) telah mengadakan program Podcast di Daerah Gedong sebagai satu medium untuk membolehkan masyarakat Gedong berkongsi cerita tentang kisah-kisah menarik yang terdapat di kawasan mereka.

Podcast bertemakan #Cerita Kampungku Sayang yang diadakan baru-baru ini telah membawa topik yang sangat menarik iaitu berkenaan dialek atau loghat yang merupakan pertuturan harian masyarakat Gedong yang dilihat agak sedikit berbeza daripada pertuturan masyarakat yang di daerah-daerah lain.

Wajah Daerah Gedong pada hari ini

Kepelbagaian dialek yang terdapat di Sarawak amat penting untuk dikenalkan kerana pada dasarnya, kelainan dalam sesuatu bahasa itulah yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa tersebut.

Dialek secara istilahnya ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa.

Pada dasarnya, dialek digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial.

Salah satu dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu Sarawak ialah dialek masyarakat Gedong yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk yang berasal dari Gedong malah mereka yang menduduki Dearah itu juga turut menuturkan dialek ini.

Mereka menggunakan dialek ini sebagai alat komunikasi dalam pergaulan seharian untuk mewujudkan sebuah perhubungan yang harmoni.

Podcast episod kedua sedang berlangsung di Rumah Rehat Sri Gedong

Sehubungan itu, podcast episod kali ini menampilkan empat orang panelis iaitu Pemanca Haji Abang Ronee bin Haji Abang Sa’adili (mengulas tentang sejarah dan kedatangan dialek di Gedong); Penghulu Adian bin Salleh (menyentuh tentang perubahan dialek dari masa ke semasa; Encik Marikan bin Kut (mengulas tentang penggunaan dialek Gedong); dan Encik Pundu bin Abai (mengulas tentang keunikan dialek di Gedong).

Daerah Gedong secara geografinya agak berdekatan dengan Bahagian Kuching dan Bahagian Serian, namun pertuturan ataupun dialek mereka agak berbeza daripada kedua-dua bahagian ini.

Menurut Pemanca Haji Abang Ronee, dialek melayu Sarawak sangat berbeza mengikut suku kaum Melayu yang berada di persisiran sungai terutama sekali dari segi bunyi dan intonasi.

Pemanca Haji Abang Ronee bin Haji Abang Sa’adili

Pada asalnya, dialek di Daerah Gedong ini datang daripada batang Saribas di mana, ramai kaum Melayu daripada Batang Saribas mula berhijrah ke kawasan ini untuk berdagang dan buktinya adalah beliau sendiri yang datang daripada keturunan Dato Godam.

Penghulu Adian bin Salleh pula menjelaskan perubahan dialek berlaku kerana pertuturan yang digunakan oleh generasi zaman dulu dan generasi sekarang sudah banyak dipengaruhi penggunaan bahasa campuran seperti Bahasa Melayu baku, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan sebagainya.

Penghulu Adian bin Salleh

Menurut beliau, perubahan dialek dari tiga generasi iaitu generasi yang lahir sebelum tahun 60-an, selepas tahun 60-an sehingga tahun 80-an dan selepas tahun 80-an ini berlaku disebabkan oleh kemajuan dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

Mengambil contoh dari aspek pendidikan, di mana masyarakat Gedong berhijrah ke bandar-bandar lain untuk menuntut ilmu, kemudian bergaul dengan bangsa lain, secara tidak langsung, dialek yang diucapkan mula berubah sehingga tanpa disedari wujudnya istilah-istilah yang baharu.

Menurut Encik Marikan bin Kut, beliau tidak menafikan sememangnya banyak perbezaan yang dapat dilihat pada dialek masyarakat Gedong dengan dialek masyarakat di daerah-daerah yang lain, malah Daerah Gedong yang terdiri daripada 12 kampung juga mempunyai dialek yang berbeza-beza,

Encik Marikan bin Kut

Contohnya, perkataan ‘molah’ dalam bahasa Melayu Sarawak disebut ‘polah’ oleh masyarakat Gedong;

Contoh kedua; sebutan ‘apa binatang ya’ (apa benda tu) dalam bahasa Melayu Sarawak apabila diucapkan oleh masyarakat Gedong akan menjadi, ‘apa tang ya’.

Contoh lain ialah; ‘ney tuju kitak’ dalam Bahasa Melayu Sarawak dan dalam dialek Gedong diucapkan seperti ini; ney tuju ka’u.…

Satu lagi contoh ayat yang biasa diucapkan menggunakan dialek masyarakat di Gedong iaitu; ‘kau tok nang dari kecik marek sampei ke besar tok entingai yang bermaksud, tidak mahu mendengar kata-kata atau nasihat orang.

Sehubungan itu, Encik Marikan menjelaskan bahawa dialek ini kadang kala bermula daripada ibu bapa kita kerana ada diantara mereka yang berasal dari kampung atau daerah yang berlainan.

Misalnya ibu beliau yang berasal dari Kampung Hulu sementara bapa beliau dari kampung Hilir mempunyai dialek yang berbeza walaupun kedua-duanya berasal dari Daerah Gedong, dan inilah antara perkara-perkara menarik yang disembangkan dalam episod kedua.

Kenyataan ini turut disokong oleh Encik Pundu bin Abai di mana bapa beliau berasal dari Betong dan berkahwin dengan ibunya yang berasal dari Gedong.

Encik Pundu bin Abai

Sudah tentu dialek atau pertuturan orang Betong dan orang Gedong banyak perbezaannya, maka apabila terjadinya pertembungan dalam pertuturan, itulah yang menyebabkan berlakunya perubahan dialek kerana pengaruh pertuturan dari daerah lain.

Kepelbagaian kaum merupakan satu perkara yang tidak asing lagi bagi penduduk di Daerah Gedong, maka sudah tentulah penduduk-penduduk di sini mempunyai pelbagai dialek yang tersendiri mengikut suku kaum mereka. Walau bagaimanapun, sebagai masyarakat yang mencintai bahasa ibunda masing-masing, wajar untuk mereka terus memelihara keaslian dialek-dialek tersebut kerana jika ia tidak dipelihara, pengetahuan generasi muda terhadap asal usul mereka akan luntur dan hilang.

Aktiviti sukan yang diadakan di pekan Gedong setiap petang
Anak-anak muda di Gedong aktif melakukan aktiviti sukan setiap petang
Pekan Gedong yang berwajah baharu

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here