In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.
Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.
Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.
Program Teater Imersif dan Gamifikasi bertemakan Misi Tumbina Sains, Alam dan Minda telah dilaksanakan dengan jayanya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bintulu pada 19 April 2026.
Program ini merupakan salah satu aktiviti sampingan utama kepada bengkel “Unmask the Mind to Thrive and Flourish”, yang bertujuan memperkasa kesejahteraan emosi dan pembangunan minda pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang kreatif serta berasaskan pengalaman.
Bengkel “Unmask the Mind to Thrive and Flourish” ini dianjurkan oleh Faradale Media-M, dengan tajaan oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu serta sokongan oleh Big Farmasi Bintulu.
Program inovatif ini melibatkan seramai 30 orang pelajar, terdiri daripada 15 orang pelajar Tingkatan 1 dan 15 orang pelajar Tingkatan 2 dari MRSM Bintulu.
Fasilitator memberikan penerangan yang jelas dan terperinci mengenai konsep teater imersif dan gamifikasi yang akan dilaksanakan oleh para peserta, iaitu Saintis Muda. Penerangan ini bertujuan memastikan setiap peserta memahami aliran aktiviti serta peranan mereka dalam menyelesaikan cabaran secara kreatif, interaktif dan berperingkat
Sebelum memulakan misi, “Kepala Daun” telah menyerahkan sampul misi yang mengandungi pelbagai cabaran kepada Pasukan Saintis Muda, yang perlu digunakan untuk menyelesaikan tugasan secara berperingkat
Para Saintis Muda diminta menyiasat kemerosotan Ekosistem Tumbina, di mana populasi ikan telah menurun secara drastik kepada hanya 500 ekor, sekali gus mencetuskan krisis alam sekitar yang memerlukan tindakan segera
Pasukan Saintis Muda menyahut cabaran dengan mencipta satu penyelesaian yang boleh dilaksanakan di Taman Tumbina
Sepanjang program berlangsung selama lebih kurang satu jam, pelajar melalui pelbagai aktiviti berasaskan gamifikasi seperti menganalisis graf populasi ikan, menyusun rantaian makanan, mengenal pasti punca pencemaran serta mencipta penyelesaian berasaskan STEM
Pasukan Saintis Muda membentangkan hasil penyelesaian cabaran mereka dengan penuh yakin dan kreatif
Pembentangan cabaran oleh Pasukan Saintis Muda menyerlahkan idea inovatif dan pemikiran kritis mereka
Pasukan Saintis Muda berkongsi hasil usaha mereka dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan melalui sesi pembentangan
Fasilitator memberikan perhatian penuh sambil mendengar dengan teliti pembentangan daripada Pasukan Saintis Muda yang berkongsi idea dan hasil penyelesaian cabaran mereka dengan yakin dan kreatif
Secara keseluruhannya, Teater Imersif dan Gamifikasi “Misi Tumbina (Sains, Alam & Minda)” telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan alam sekitar, malah turut membentuk nilai tanggungjawab, ketahanan emosi serta kemahiran abad ke-21.
Sebagai aktiviti sokongan kepada bengkel “Unmask the Mind to Thrive and Flourish”, pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini terbukti memberi impak yang bermakna.
Gabungan elemen sains, psikologi dan drama turut membantu pelajar memahami hubungan antara alam, pemikiran dan emosi secara lebih menyeluruh.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan sebagai model pembelajaran inovatif yang mampu melahirkan generasi muda berilmu, berkesedaran emosi tinggi serta bertanggungjawab terhadap kelestarian alam dan kesejahteraan diri.
In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.
Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.
Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.
Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities