Exclusive Content:

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Unlocking Green Gold for Rural Communities Through the Bamboo New Economy

Rural Sarawak communities hold the key to bamboo prosperity, your land, knowledge, and labour can generate sustainable income, preserve cultural heritage, and protect our forests. Join the green economy revolution today; your village's future starts with one bamboo shoot.

Usahawan Informal Semakin Meningkat Sejak Pandemik COVID-19

Perniagaan Dari Rumah :

Usahawan Informal Semakin Meningkat

Perniagaan dari rumah atau Home-based business (HBB) merupakan perniagaan mikro yang dijalankan secara dalam talian atau secara fizikal di mana ianya dimiliki atau dioperasikan oleh individu dari rumah sebagai usaha untuk menambah pendapatan peribadi, keluarga dan sebagainya.

Satu ketika dulu, perniagaan dari rumah hanya terdiri daripada perniagaan pengambilan upah menjaga anak, perniagaan membuat kek dan kuih muih, perniagaan berasaskan pendidikan seperti menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak, taska dan sebagainya.

Selari dengan peredaran masa, perniagaan dari rumah semakin berkembang dengan wujudnya perniagaan seperti dropshipping, e-dagang, pemasaran, penciptaan kandungan, perundingan, perakaunan dan lain-lain.

Perniagaan dropship turut dikategorikan sebagai salah satu bentuk perniagaan yang dijalankan dari rumah

Tambahan pula, dengan adanya sambungan internet yang stabil, masa dan alatan atau peralatan yang sesuai, sesiapa sahaja boleh melibatkan diri dalam perniagaan dari rumah ini.

Tidak dinafikan, menjalankan perniagaan dari rumah boleh menjadi pengalaman yang bermanfaat serta berfungsi sebagai langkah untuk menjana pendapatan sampingan.

Secara dasarnya, perniagaan dari rumah ini telah wujud sejak sekian lama, namun ia dilihat semakin berkembang sejak pandemik COVID-19 di mana rakyat terpaksa berniaga dari rumah untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat kehilangan punca pendapatan, dan trend berkenaan masih berterusan sehingga hari ini.

Oleh itu, bagi menyokong trend serta ekosistem perniagaan dari rumah atau usahawan informal yang semakin meningkat ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah membangunkan Garis Panduan Kawal Selia Perniagaan dari Rumah.

Garis panduan ini adalah bagi menyokong inisiatif Pelan Pemformalan Usahawan Informal yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai usaha Kerajaan untuk menggalakkan usahawan mendaftarkan perniagaan mereka secara rasmi.

Grafik di atas menunjukkan sistem perniagaan dropship

Inisiatif ini sangat baik kerana ia dilihat akan memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari aspek penambahan pendapatan melalui kutipan fi lesen, mengenal pasti perniagaan-perniagaan yang berpotensi untuk diketengahkan menjadi industri serta mewujudkan perancangan bandar yang lebih harmoni serta mampan.

Bagi usahawan dari rumah pula, ia bukan sahaja akan dapat meningkatkan punca pendapatan mereka, malah mereka juga berpeluang untuk memperoleh sokongan pembangunan perniagaan serta kebajikan sosial yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan seperti pembiayaan perniagaan, penglibatan dalam program-program Kerajaan, kursus dan latihan.

Garis panduan ini menyenaraikan hampir 50 aktiviti perniagaan yang dibenarkan dan 21 aktiviti perniagaan yang dilarang untuk beroperasi dari rumah.

Garis panduan ini turut menyentuh aspek keselamatan serta kawalan yang akan menjadi punca kepada agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PBT dalam melaksanakan penguatkuasaan.

Hal ini sangat penting supaya perniagaan dari rumah dapat beroperasi dengan baik tanpa menimbulkan ancaman keselamatan serta kacau ganggu terhadap penduduk setempat.

Garis Panduan ini juga disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada semua PBT di seluruh negara bagi membantu pengusaha atau pemilik perniagaan dari rumah berhubung tatacara permohonan lesen perniagaan dari rumah dan ia juga merupakan salah satu kaedah pengumpulan data usahawan

Selain itu, garis panduan ini turut menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan mengikut undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan serta tidak menimbulkan kacau ganggu dan ancaman keselamatan kepada penduduk berhampiran.

Garis panduan ini juga diwujudkan bagi menyokong agenda Kerajaan bagi menggalakkan pendaftaran perniagaan yang sah dalam kalangan usahawan informal negara ini agar perniagaan yang dijalankan lebih terkawal dan selamat terutama perniagaan yang melibatkan penyediaan makanan.

Pengusaha produk berasaskan rempah menjalankan perniagaan dari rumah menggunakan platform e-Dagang atau menjual secara dalam talian
Puan Fatimah dan Puan Nur Faizzah menjalankan perniagaan kuih muih dari rumah dengan penerimaan pelanggan pada tahap minimum

Terdapat beberapa ciri asas perniagaan dari rumah iaitu;

  1. Perniagaan secara dalam talian (online business) yang dijalankan melalui saluran dalam talian bagi tujuan perniagaan dan pemasaran
  2. Perniagaan secara fizikal yang dijalankan dengan penerimaan pelanggan pada tahap minimum dan terhad tertakluk kepada ketetapan PBT masing-masing.
  3. Perniagaan mestilah didaftarkan dengan mana-mana agensi Kerajaan yang berkaitan.
  4. Perniagaan haruslah berskala kecil, tertakluk kepada pertimbangan PBT masing-masing dan secara asasnya haruslah tidak menimbulkan sebarang masalah kesihatan persekitaran, gangguan trafik, ancaman keselamatan, kacau ganggu awam atau seumpamanya kepada jiran dan penduduk setempat.
  5. Premis perniagaan haruslah kelihatan seperti rumah kediaman serta didiami oleh peniaga dan bukan kelihatan seperti premis perniagaan.
  6. Penggunaan ruang luas lantai perniagaan maksimumkan yang dibenarkan adalah sebanyak 25% daripada luas binaan (bangunan utama) secara setempat ATAU satu ruang yang penggunaan keluasannya tertakluk kepada ketetapan PBT masing-masing.
  7. Pemohon perlu mendapatkan surat sokongan berniaga daripada jiran (kiri dan kanan premis kediaman) jika berkaitan; atau/dan

Pemohon perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) jika berkaitan; dan

Pemohon juga perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pemilik premis bagi menjalankan perniagaan dari rumah sekiranya premis yang digunakan adalah premis sewaan.

Aktiviti perniagaan yang dibenarkan untuk perniagaan dari rumah adalah seperti;

  • Aktiviti yang dinyatakan boleh ditambah atau dikeluarkan daripada senarai tertakluk kepada pertimbangan Kerajaan dari semasa ke semasa; dan
  • Pengoperasian aktiviti yang dinyatakan boleh ditentukan mengikut kategori perumahan (bertambah/strata) tertakluk kepada PBT masing-masing.

Latest

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Masyarakat luar bandar digalakkan merebut peluang teknologi hijau seperti solar, pertanian pintar dan kredit karbon. Inisiatif ini membuka pendapatan baharu, kemahiran moden dan kehidupan lebih sejahtera. Jangan lepaskan kesempatan menjadi agen perubahan kelestarian demi masa depan generasi cerah akan datang.
spot_imgspot_img

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here