Exclusive Content:

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Unlocking Green Gold for Rural Communities Through the Bamboo New Economy

Rural Sarawak communities hold the key to bamboo prosperity, your land, knowledge, and labour can generate sustainable income, preserve cultural heritage, and protect our forests. Join the green economy revolution today; your village's future starts with one bamboo shoot.

Usahawan Tempatan Raih Peluang di Agrofest Serian 2025

Daerah Tebedu menjadi saksi kepada gelombang baharu dalam landskap pertanian Sarawak apabila Serian dipilih sebagai lokasi ketiga bagi siri Jelajah Agrofest 2025 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 Mei hingga 25 Mei ini bukan sekadar pameran, malah medan menyemai harapan dan memupuk cita-cita usahawan tani, khususnya di peringkat komuniti.

Acara ini merupakan sebahagian daripada rangkaian jelajah Agrofest peringkat bahagian, dengan acara kemuncaknya dijadualkan berlangsung di Bintulu pada 22 hingga 31 Ogos nanti.

Seiring dengan misinya, Serian Agrofest 2025 dirancang untuk memaklumkan orang ramai tentang program pembangunan agensi, mempromosikan hasil pertanian dan produk hiliran, memindahkan ilmu pertanian melalui kursus dan demonstrasi, membuka peluang perniagaan baharu, serta menarik minat golongan belia menceburi bidang pertanian.

Agrofest bukan sekadar pameran, tapi ruang cetus minat para pengunjung
Kebanyakan pengunjung teruja dapat bertanya terus tentang pelbagai aktiviti penternakan dan pertanian

Sebanyak 30 reruai agensi kerajaan dan 32 reruai usahawan serta syarikat swasta menghiasi kawasan pameran tahun ini, selain menampilkan laman ternakan yang memukau perhatian pengunjung.

Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS), Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) dan beberapa syarikat swasta yang aktif dalam sektor pertanian.

Pengunjung ambil peluang bertanya dan timba ilmu terus dari pakar pertanian

Satu inovasi utama yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak adalah pelancaran sistem e-Tani, iaitu platform digital yang membolehkan petani memohon bantuan dan mendaftar program secara atas talian.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha mendigitalkan sistem sokongan pertanian di Sarawak, sesuai dengan keperluan zaman dan memperluas akses kepada semua petani, termasuk yang tinggal di luar bandar.

Namun, di sebalik kemeriahan reruai dan taklimat teknologi, denyut sebenar Agrofest ini dirasai melalui suara dan semangat para usahawan kecil yang menggerakkan ekonomi rakyat.

Antara yang menonjol ialah kisah dua wanita cekal iaitu Puan Jill Superjill, 49, dan Puan Normala binti Obeng, 57, yang mencerminkan keindahan perjuangan keusahawanan berasaskan komuniti.

Puan Jill Superjill

Bagi Puan Jill Superjill, kejatuhan semasa pandemik COVID-19 menjadi titik kebangkitan di mana beliau mula mengenali produk berasaskan lada Sarawak jenama Nang Ori sekitar 2017.

Pada mulanya, beliau hanyalah pengguna biasa produk tersebut, namun setelah merasai keberkesanan minyak urutnya, beliau berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan hingga menarik minat ramai untuk mencuba.

Keghairahan itu membawa beliau ke arah menjadi ejen sehingga memulakan perniagaan secara dalam talian (online) sambil masih bekerja dengan sebuah syarikat swasta ketika itu.

Minat yang semakin mendalam berserta sokongan pelanggan dan bimbingan berterusan telah mendorong beliau mengambil langkah besar untuk berhenti kerja demi menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan ini bermula 2024.

Kini beliau telah menjadi Master Stokis Nang Ori yang giat mempromosikan produk lada tempatan yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah memberi kesan positif kepada kesihatan.

Produk paling laris adalah gel lada hitam yang digunakan untuk merawat sakit sendi dan lutut, dijual pada harga RM78 seunit.

Walaupun dianggap mahal oleh sesetengah pihak, permintaan kekal tinggi kerana keberkesanan produk dan testimoni pelanggan yang memberangsangkan.

Produk lain seperti serbuk lada putih dan serbuk lada hitam turut mendapat permintaan kerana keasliannya tanpa campuran bahan lain.

Perniagaan beliau turut memberi manfaat ekonomi kepada pekebun lada tempatan, kerana bahan mentah diperoleh terus daripada kampung secara tidak langsung, menjadikan usahawan seperti Puan Jill dan pengasas produk Nang Ori sebahagian daripada rantaian ekonomi rakyat.

Beliau banyak dibantu oleh agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Lada Sarawak (MPB), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), serta Komoditi dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD).

Bantuan yang diberikan terutama dalam aspek latihan keusahawanan dan pemasaran digital, di mana menurut beliau, media sosial kini menjadi “kedai” terpenting dalam dunia keusahawanan.

Walaupun ada masanya perniagaan merosot, beliau mengatasi cabaran dengan membina komuniti sesama usahawan sebagai sistem sokongan emosi dan motivasi.

“Bina hubungan bukan sahaja sebagai rakan perniagaan tetapi sebagai satu keluarga,” katanya, mengungkap satu nilai penting dalam perjalanan usahawan.

Berbeza pula kisahnya bagi Puan Normala binti Obeng yang berasal dari Petra Jaya yang telah memulakan perniagaan landskap, baja dan tanah campuran lebih 35 tahun lalu, berbekalkan minat mendalam terhadap dunia tanaman.

Puan Normala binti Obeng

Segala modal dikumpulkan  sendiri tanpa bantuan Kerajaan, bermula dengan RM2,000 dan kini mengekalkan kos operasi sekitar RM800 sebulan, dengan keuntungan bersih lebih RM2,000 sebulan.

Kedai beliau, iaitu N.N Green terletak di Samariang Aman, menjual anak-anak pokok bunga dan buah, serta baja yang dibeli secara pukal untuk dijual semula dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

Ketekunan beliau nyata terserlah melalui konsistensi yang tidak pernah luntur dalam menghadiri pelbagai ekspo.

Antara detik paling manis dalam perjalanan beliau sepanjang bergelar usahawan ialah semasa Agrofest 2023 di Kuching, di mana segala hasil jualannya habis terjual dalam masa 10 hari, menghasilkan pendapatan lebih RM18,000.

Walau usia kian meningkat, semangatnya untuk memajukan perniagaan tidak pernah luntur dan kini, perjuangannya diteruskan bersama dengan anak lelakinya, Nazmi Maizzan bin Narawi, yang turut membantu mengembangkan legasi keluarga ini.

Beliau berharap agar ada agensi yang sudi menyalurkan dana atau geran bagi mengembangkan perniagaan yang bukan sahaja menyuburkan pokok, malah menghidupkan ekonomi tempatan.

Kisah-kisah seperti inilah yang menjadikan Serian Agrofest lebih daripada sekadar acara tahunan, sebaliknya ia menjadi platform inklusif yang merapatkan jurang antara kerajaan, sektor swasta, petani tradisional, dan usahawan baharu.

Lebih penting, ia memberi peluang kepada masyarakat luar bandar dan usahawan wanita untuk bersinar, bukan hanya menjual produk tetapi membina impak.

Dengan adanya sistem sokongan seperti e-Tani, latihan keusahawanan, jaringan perniagaan dan pemerkasaan digital, program seperti Agrofest harus diteruskan dan diperluaskan ke setiap pelosok negeri kerana dari sinilah lahirnya benih harapan yang akan menyuburkan masa depan pertanian Sarawak.

Pelbagai produk dipamerkan, bukti kemajuan sektor agro tempatan

Latest

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Masyarakat luar bandar digalakkan merebut peluang teknologi hijau seperti solar, pertanian pintar dan kredit karbon. Inisiatif ini membuka pendapatan baharu, kemahiran moden dan kehidupan lebih sejahtera. Jangan lepaskan kesempatan menjadi agen perubahan kelestarian demi masa depan generasi cerah akan datang.
spot_imgspot_img

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here