Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

JKKK Pemacu Komuniti, Penjana Solusi Dalam Menyemarakkan Pembangunan Desa

Pembangunan desa tidak hanya bergantung kepada dasar kerajaan semata-mata, tetapi turut bergantung pada keupayaan komuniti akar umbi untuk melaksanakan perubahan.

Di Sarawak, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi tulang belakang kepada usaha tersebut bukan sahaja sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, tetapi juga sebagai pemacu kepada kemajuan sosial, ekonomi dan keselamatan setempat.

Melalui pelbagai inisiatif, JKKK telah membuktikan bahawa kepimpinan berasaskan komuniti mampu melahirkan kampung yang progresif dan berdaya tahan.

Kebergantungan dan Cabaran Tadbir Urus

Walaupun JKKK memainkan peranan penting, cabaran yang dihadapi tidak kecil.

Antara isu yang sering dibangkitkan termasuk kekangan dana, pengurusan kewangan yang lemah, serta tahap kemahiran kepimpinan yang tidak seragam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil menegaskan bahawa tadbir urus kampung hanya dapat berjalan dengan baik apabila ketua kaum dan ahli JKKK memiliki kemahiran asas dalam pengurusan kewangan.

Tanpa ketelusan dan kecekapan, integriti komuniti boleh terjejas dan kemajuan akan terbantut.

Selain itu, ada kampung yang berdepan cabaran komunikasi antara agensi kerajaan dan penduduk, menyebabkan projek pembangunan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Di Sibu, misalnya, penduduk Kampung Usahajaya Baru menzahirkan keperluan bagi mewujudkan lebih banyak jawatan ketua kaum agar segala urusan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

Cabaran-cabaran ini menggambarkan realiti bahawa keberkesanan JKKK tidak hanya bergantung kepada struktur organisasi, tetapi juga kepada kepimpinan, perancangan strategik, dan kerjasama pelbagai pihak.

Jurang Kapasiti dan Penglibatan Komuniti

Antara punca utama cabaran ini ialah kekurangan latihan berstruktur bagi pemimpin komuniti serta kurangnya penglibatan aktif penduduk dalam proses membuat keputusan.

Sebahagian JKKK masih beroperasi dengan pendekatan konvensional, tanpa menggunakan data atau teknologi untuk merancang pembangunan.

Tambahan pula, sikap pasif sesetengah penduduk terhadap tanggungjawab bersama turut menyukarkan pelaksanaan inisiatif tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar MDLBS, Kaunselor Kevin Lau, menegaskan pentingnya kerjasama antara penduduk dan JKKK dalam menjaga kebersihan serta kemudahan awam.

Program gotong-royong anjuran JKKK Bukit Igu di Sibu menjadi contoh bagaimana tindakan kolektif boleh membentuk perubahan positif terhadap persekitaran dan keselamatan setempat.

Pemerkasaan Melalui Kerjasama dan Inovasi

1. Kepimpinan Berwibawa dan Tadbir Urus Cekap

Di Kanowit, keberkesanan JKKK Rumah Sandai menjadi bukti bagaimana kepimpinan yang cekap dan bersepadu mampu memacu kemajuan kampung. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana, menekankan bahawa kecemerlangan JKKK hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat antara Tuai Rumah, ahli jawatankuasa dan seluruh komuniti.

JKKK Rumah Sandai berjaya merancang aktiviti tahunan dan pembangunan sosioekonomi dengan bantuan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM8,000, di samping sokongan Mid Rajang Regional Development Agency (MiRRDA).

Kerjasama ini menunjukkan bagaimana sinergi antara agensi kerajaan dan komuniti boleh mempercepatkan pembangunan contohnya, pelaksanaan projek penanaman kelapa sawit yang membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Keberkesanan tadbir urus sebegini turut memperkukuh akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, seiring dengan saranan Datuk Dr Jerip Susil agar JKKK melaksanakan pengurusan yang telus dan profesional.

2. Pemerkasaan Melalui Program SejaTi MADANI

Di Kota Samarahan, pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) memberi dimensi baharu kepada konsep pembangunan luar bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, menjelaskan bahawa program ini memberi kuasa secara langsung kepada JKKK dan komuniti untuk merancang projek pembangunan mikro mengikut keperluan setempat.

Dengan peruntukan RM1 bilion pada tahun 2024, komuniti boleh memohon geran sehingga RM100,000 bagi melaksanakan projek seperti pelancongan komuniti, pertanian, kraf tangan dan perusahaan wanita.

Malah, projek ini bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi turut memperkukuh semangat berdikari dan tanggungjawab bersama.

Contohnya, JKKK di Kampung Tanah Putih berjaya menjana pendapatan dengan menyewakan kemudahan yang dinaik taraf seperti sistem audio, penghawa dingin dan dewan serba guna.

Inisiatif sebegini membuktikan bahawa pendekatan pembangunan yang berasaskan komuniti mampu mencipta sumber ekonomi baharu tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

3. JKKK Sebagai Barisan Pertahanan Sosial dan Keselamatan

Peranan JKKK kini turut melangkaui aspek pembangunan fizikal. Di Limbang, JKKK menjadi barisan pertahanan hadapan dalam melindungi penduduk daripada kegiatan penipuan dan sindiket antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menegaskan bahawa JKKK perlu sentiasa berwaspada terhadap pergerakan dan tingkah laku remaja di kampung masing-masing untuk mencegah aktiviti jenayah dan pengaruh luar.

Pendekatan ini memperlihatkan perluasan peranan JKKK dalam menjaga keselamatan sosial bukan sahaja melalui rondaan atau pemantauan, tetapi juga melalui pendidikan dan kesedaran komuniti.

Di samping itu, aktiviti keagamaan dan sosial yang dianjurkan oleh JKKK juga berfungsi sebagai wadah memperkukuh perpaduan serta nilai spiritual dalam kalangan penduduk kampung.

Komuniti Lebih Berdaya, Pembangunan Lebih Inklusif

Hasil daripada pelbagai inisiatif ini dapat dilihat dalam peningkatan taraf hidup, infrastruktur dan perpaduan sosial di kampung-kampung luar bandar Sarawak.

Projek-projek kecil seperti pembinaan parit di Kampung Slabi Sangkam, yang diluluskan dengan kos RM120,000, menunjukkan komitmen kerajaan dan JKKK dalam memastikan kesejahteraan rakyat di akar umbi.

Di sisi lain, program gotong-royong JKKK Bukit Igu bukan sahaja meningkatkan kebersihan dan keselamatan lalu lintas, tetapi juga memupuk semangat kekitaan dan tanggungjawab sosial. Ini menggambarkan kejayaan JKKK dalam membentuk budaya komuniti yang aktif dan peduli terhadap persekitaran mereka.

Masa Depan JKKK- Dari Pentadbiran ke Pemerkasaan

Melihat kepada kejayaan pelbagai JKKK di seluruh Sarawak, jelas bahawa pembangunann desa bukan sekadar soal fizikal, tetapi juga tentang membina manusia dan komuniti yang berdaya saing.

Untuk memastikan kelestarian ini, JKKK perlu terus  diperkasakan dengan latihan kepimpinan, kemahiran pengurusan data, dan akses kepada dana pembangunan.

Di samping itu, penglibatan belia serta kerjasama dengan institusi pendidikan seperti UNIMAS dapat memperluas idea dan tenaga baharu dalam memajukan desa.

Seperti yang ditekankan oleh Datuk Rubih Wang, setiap projek harus memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

Dengan semangat gotong-royong, tadbir urus telus, dan keprihatinan terhadap isu keselamatan serta kebersihan, JKKK mampu menjadi nadi utama kepada pembangunan desa Sarawak yang makmur, harmoni dan lestari.

Rujukan

JKKK Acts As Frontline Defence From Scams, Criminal Activities | Sarawak Tribune. (2025, May 11). New Sarawak Tribune. https://www.sarawaktribune.com/jkkk-acts-as-frontline-defence-from-scams-criminal-activities/

JKKK berperanan penting sampaikan dasar kerajaan ke peringkat akar umbi. (2023, September 4). Utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2023/09/04/jkkk-berperanan-penting-sampaikan-dasar-kerajaan-ke-peringkat-akar-umb

Kepimpinan Cekap Penting Urus, Tadbir Kampung. (2025, February 23). https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/13549/UKAS?utm

News – Laman Web Jabatan Premier Sarawak. (2025a). Sarawak.gov.my. https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/8495/UKAS?utm

News – Laman Web Jabatan Premier Sarawak. (2025b). Sarawak.gov.my. https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/19774/UKAS

News – Laman Web Jabatan Premier Sarawak. (2025c). Sarawak.gov.my. https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/16623/UKAS

News – Pentadbiran Bahagian Sibu. (2018). Sarawak.gov.my. https://sibu.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/2377?

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here