Exclusive Content:

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Unlocking Green Gold for Rural Communities Through the Bamboo New Economy

Rural Sarawak communities hold the key to bamboo prosperity, your land, knowledge, and labour can generate sustainable income, preserve cultural heritage, and protect our forests. Join the green economy revolution today; your village's future starts with one bamboo shoot.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Konsep menaikkan lantai membawa makna penting iaitu memastikan setiap keluarga, tanpa mengira latar negeri atau pendapatan, menikmati darjat hidup yang wajar.

Justeru, RMKe-13 menekankan usaha untuk menangani kos sara hidup sebagai bahagian teras dalam agenda membina kesejahteraan rakyat.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa, usaha menaikkan darjat kehidupan akan dipergiat melalui tindakan “menangani beban kos sara hidup” dan memperkukuh sistem sosial demi memastikan rakyat mencapai kehidupan wajar pada tahun-tahun mendatang.

Isu kos sara hidup bukanlah perkara baharu, namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadi semakin mendesak.

Walaupun Malaysia mencatat peningkatan pendapatan isi rumah, tekanan yang dirasai rakyat pada kehidupan harian tidak berkurang.

Data RMKe-13 menunjukkan pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat daripada RM7,901 pada tahun 2019 kepada RM9,155 pada tahun 2024.

Namun dalam tempoh yang sama, kadar kemiskinan mutlak masih berada pada 5.8%, hampir sama seperti tahun 2019 yang mencatat paras 5.6%.

Sumber: Buku Utama RMKe-13 (2026-2030)

Ini memberi gambaran jelas bahawa peningkatan pendapatan belum cukup untuk mengimbangi kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak.

Konsep beban kos sara hidup itu sendiri menggambarkan keadaan di mana perbelanjaan asas seperti makanan, pengangkutan, utiliti, pendidikan dan perumahan meningkat pada kadar yang tidak sejajar dengan kenaikan gaji.

Kesannya ialah rakyat, khususnya golongan B40 dan M40, mendapati ruang kewangan mereka semakin mengecil bahkan, tidak kurang yang merasakan mereka mungkin tidak jatuh miskin, tetapi berada dalam ketegangan kewangan yang berterusan.

Ramai berada dalam kelompok “golongan hampir miskin”, di mana satu kejutan kecil kewangan seperti kenaikan harga minyak atau kecemasan kesihatan sudah cukup menggugat kestabilan hidup, namun hakikatnya, isu kos sara hidup ini tidak mempengaruhi semua negeri dengan cara yang sama.

Sarawak, misalnya berdepan cabaran unik walaupun antara penyumbang terbesar kepada KDNK negara, namun pendapatan rakyat Sarawak tidak setara dengan negeri-negeri maju di Semenanjung.

Data RMKe-13 menunjukkan pendapatan isi rumah penengah di Sarawak pada tahun 2024 hanyalah RM5,440, jauh lebih rendah berbanding Selangor (RM11,089) dan Kuala Lumpur (RM10,758).

Jurang ini menimbulkan implikasi besar di mana rakyat Sarawak lebih rentan terhadap kenaikan harga asas, terutama apabila kos logistik dan pengangkutan di negeri yang geografi luas itu sudah pun tinggi sejak dahulu.

Kehidupan di kawasan luar bandar Sarawak menambah lagi cabaran apabila masih terdapat komuniti yang belum menikmati bekalan air bersih atau liputan internet stabil, menyebabkan mereka bergantung kepada alternatif yang lebih mahal seperti generator, tong air komersial atau data mudah alih.

RMKe-13 mengiktiraf hal ini dan menekankan bahawa penyediaan utiliti asas seperti jalur lebar, bekalan air dan elektrik di luar bandar akan terus diperluas agar rakyat tidak lagi terpaksa membayar kos tambahan akibat ketiadaan kemudahan asas.

Tuntutan menangani kos hidup memerlukan pendekatan sistemik, dan di sinilah RMKe-13 memberikan rangka penyelesaian yang lebih menyeluruh misalnya dalam aspek perumahan, di mana dokumen tersebut mengangkat reformasi sebagai keutamaan.

Penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat kepada Program Residensi Rakyat (PRR) bukan sekadar penjenamaan, tetapi usaha menyediakan rumah yang lebih berkualiti, berdaya huni dan bersepadu.

RMKe-13 juga melaporkan bahawa sehingga Disember 2024, sebanyak RM17.86 bilion pembiayaan telah diluluskan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk membantu 76,664 peminjam, memberikan lebih ramai rakyat peluang memiliki rumah walaupun tanpa slip gaji tetap.

Dalam ekosistem kos sara hidup, perumahan merupakan antara komponen terbesar belanja bulanan isi rumah.

Oleh itu, strategi lain seperti memperkenalkan teknologi IBS dan penggunaan BIM secara besar-besaran termasuk di Sabah dan Sarawak, merupakan usaha mengurangkan kos pembinaan jangka panjang dan mempercepat masa menyiapkan projek.

Teknologi lebih efisien seperti ini memberi potensi menurunkan harga rumah dan menambah bekalan pada masa hadapan.

Selain perumahan, RMKe-13 turut memberi fokus besar pada pengangkutan dan tenaga di mana keduanya merupakan komponen penting yang mempengaruhi kos hidup.

Pelbagai inisiatif bersasar akan dipergiat untuk mengurangkan kos pengangkutan, termasuk menambah laluan dan kekerapan bas serta tren, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian yang mahal untuk diselenggara.

Dalam aspek tenaga, Skim Masa Penggunaan dan insentif kecekapan tenaga diteruskan untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara lebih cekap supaya bil elektrik rakyat dapat dikurangkan.

Namun apa yang lebih mendasari keseluruhan agenda kos sara hidup ialah isu pendapatan di mana RMKe-13 menekankan penyelarasan gaji secara menyeluruh, termasuk semakan berkala gaji minimum, penetapan gaji permulaan siswazah, serta pelaksanaan penuh Dasar Gaji Progresif.

Sektor swasta turut didorong menawarkan gaji wajar minimum agar pampasan kepada pekerja meningkat seiring kos hidup.

Kerajaan juga komited memperkukuh Sistem Saraan Perkhidmatan Awam supaya gaji penjawat awam mencapai tahap gaji wajar dan mampu menyara kehidupan dalam era ekonomi baharu.

Peningkatan pendapatan ini bukan sekadar bertujuan memenuhi tuntutan ekonomi semasa, tetapi juga untuk mencapai sasaran jangka panjang, iaitu menaikkan agihan pampasan pekerja kepada 40% daripada KDNK menjelang 2030.

Ini penting untuk memastikan kekayaan negara tidak hanya terkumpul pada puncak piramid ekonomi, tetapi mengalir kepada rakyat pekerja.

Tidak ketinggalan, bantuan tunai seperti STR dan SARA akan diteruskan sebagai intervensi segera untuk menangani tekanan kos sara hidup, bersama skim kebajikan kanak-kanak, warga emas dan OKU.

Bantuan tunai seperti STR dan SARA akan diteruskan sebagai intervensi segera untuk menangani tekanan kos sara hidup

Pendekatan bersasar ini menambah ketepatan agihan kerajaan supaya bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Sarawak turut diberikan perhatian khusus dalam RMKe-13 melalui strategi membangunkan sosioekonomi Bumiputera Sarawak.

Ini termasuk pemerkasaan bakat, meningkatkan infrastruktur, menyediakan premis perniagaan serta memperluas akses pembiayaan untuk memacu ekonomi setempat.

Bantuan seperti ini penting bagi memastikan komuniti luar bandar Sarawak dapat menikmati peningkatan pendapatan yang sejajar dengan pembangunan ekonomi negeri yang pesat.

Dari menaikkan gaji, menambah baik perumahan, memodenkan pengangkutan, memperluas utiliti asas hingga memperkukuh pendidikan, semua elemen ini saling berkait dan diperlukan untuk membina kehidupan wajar untuk rakyat Malaysia, terutama komuniti di Sarawak yang sekian lama berdepan cabaran struktural.

Dengan pelaksanaan yang telus, strategi menaikkan lantai dalam RMKe-13 berpotensi besar mengurangkan tekanan kos hidup rakyat.

Ia bukan saja menjamin kelangsungan hidup, tetapi juga memberi harapan bahawa rakyat boleh bergerak maju, bukan sekadar bertahan.

Malaysia dan Sarawak, jika berjaya menzahirkan agenda ini, akan melangkah dengan lebih kukuh menuju masa depan yang lebih saksama dan sejahtera.

Latest

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Masyarakat luar bandar digalakkan merebut peluang teknologi hijau seperti solar, pertanian pintar dan kredit karbon. Inisiatif ini membuka pendapatan baharu, kemahiran moden dan kehidupan lebih sejahtera. Jangan lepaskan kesempatan menjadi agen perubahan kelestarian demi masa depan generasi cerah akan datang.
spot_imgspot_img

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here