Exclusive Content:

Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya

Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Dalam berdepan cabaran perubahan iklim yang menjejaskan alam sekitar dan sumber semula jadi, teknologi hijau menjadi semakin penting dalam menangani isu ini.

Teknologi hijau adalah jawapan kepada usaha untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kehidupan manusia yang juga dirujuk sebagai teknologi bersih dan mampan.

Daripada sektor tenaga, pengangkutan dan pertanian, inisiatif teknologi hijau berpotensi besar memacu pembangunan yang pada masa sama tidak menjejaskan sumber alam semula jadi.

Melangkah ke masa depan yang lebih lestari, Sarawak muncul sebagai negeri yang menerajui teknologi hijau dalam menjana pertumbuhan ekonomi rendah karbon.

Namun, kejayaan agenda hijau ini tidak akan lengkap tanpa penglibatan aktif masyarakat, terutamanya komuniti luar bandar yang sering menjadi penerima manfaat utama serta pelaksana di peringkat akar umbi.

Pelancaran Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 menjadi peneraju utama dalam usaha ini yang menggariskan beberapa langkah strategik bagi menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar, dengan penekanan khusus terhadap inklusiviti komuniti.

Komuniti Luar Bandar sebagai Rakan Strategik dalam Peralihan Tenaga

Matlamat utama pelan tindakan tersebut berkisar pada pertumbuhan ekonomi hijau, kelestarian alam sekitar dan komuniti yang berdaya tahan dan inklusif.

Pembangunan sektor tenaga hijau adalah fokus utama dalam peralihan tenaga Sarawak yang berperanan sebagai pemacu ekonomi baharu yang rendah karbon, memelihara kepelbagaian bio serta dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui akses kepada tenaga bersih dan jaminan makanan.

Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat luar bandar bukan sekadar sebagai penerima pasif, tetapi sebagai rakan strategik yang memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan dan pemeliharaan projek teknologi hijau.

Dalam peralihan tenaga, Sarawak menetapkan sasaran untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030.

Usaha ini termasuk meningkatkan kapasiti hidro dan solar serta memperluas elektrifikasi alternatif luar bandar melalui Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Setakat ini, Sarawak telah mencapai 62 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui, sekali gus membuktikan komitmen negeri ini dalam pembangunan tenaga lestari.

Tenaga hidro adalah tunjang kepada strategi pembangunan tenaga boleh diperbaharui Sarawak dengan kapasiti kini terjana lebih 3,500 MW hasil gabungan daripada empangan Bakun yang berkapasiti 2,400 megawatt (MW), Murum 944 MW dan Batang Ai 108 MW.

Selain itu, projek empangan Baleh dengan kapasiti 1,285 MW dijangka siap pada tahun ini, menjadikan Sarawak bakal memiliki kapasiti tenaga hidro melebihi 4,800 MW.

Langkah strategik ini juga meletakkan Sarawak bukan sahaja pengeluar tenaga hidroelektrik terbesar di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.

Namun, di sebalik angka-angka megah ini, terdapat naratif penting mengenai bagaimana komuniti tempatan dilibatkan secara bermakna.

Sarawak Energy Berhad (SEB) sebagai peneraju utama dalam inisiatif ini bukan sahaja membangunkan infrastruktur, tetapi juga memastikan komuniti sekitar projek dilatih dan diberdayakan.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan SARES, komuniti setempat dilibatkan secara langsung dalam pembekalan bahan binaan, pengambilan tenaga buruh kasual, dan perkhidmatan pengangkutan semasa fasa pembinaan projek.

Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan pelaksanaan projek, malah meningkatkan pendapatan penduduk tempatan secara langsung.

SARES: Model Penglibatan Komuniti yang Berkesan

Lebih menarik, SARES menawarkan latihan dalam operasi dan penyelenggaraan sistem solar sebelum projek siap, dengan matlamat membangunkan kemahiran tempatan untuk menguruskan operasi harian stesen SARES.

Setelah sistem diserahkan kepada komuniti luar bandar, penduduk kampung dilatih untuk menjalankan tugas seperti membersihkan panel solar, menjaga ladang solar, menangani isu bekalan elektrik sementara, dan melaporkan kerosakan sistem kepada Sarawak Energy.

Model “pemilikan komuniti” ini memastikan kelestarian jangka panjang projek kerana komuniti mempunyai rasa tanggungjawab dan pemilikan terhadap aset yang mereka gunakan.

Sejak dilaksanakan selama sedekad, SARES telah menerangi lebih 2,700 buah rumah dari 140 kampung di pelbagai daerah di Sarawak, memanfaatkan penduduk luar bandar yang sebelum ini hidup tanpa akses elektrik yang stabil.

Menariknya, setiap pemasangan unit solar luar grid ini berupaya mengurangkan pelepasan karbon yang dianggarkan 1.5 hingga 2.0 tan CO2 setahun.

Ini bermakna, selain manfaat sosial dan ekonomi, terdapat impak positif terhadap alam sekitar yang disumbangkan secara langsung oleh penglibatan komuniti dalam inisiatif hijau.

Di peringkat penggunaan domestik, peralihan tenaga hijau Sarawak turut diperkukuhkan melalui pelaksanaan projek pemasangan sistem solar atas bumbung dengan peruntukan sebanyak RM11.24 juta.

Inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan peralihan tenaga bersih dalam kalangan rakyat melalui penggunaan teknologi hijau.

Program yang dinamakan Skim Net Energy Metering (NEM) mencerminkan komitmen kerajaan dalam agenda lestari supaya menjadi amalan kebiasaan di peringkat pengguna.

Pelaksanaannya juga merupakan satu bentuk pelaburan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat mampu memasang sistem solar di rumah kediaman.

Skim tersebut yang dikendalikan oleh SEB menyediakan subsidi khusus bagi sistem solar domestik dengan kos pemasangan berkapasiti 4 kWp yang dianggarkan sekitar RM15,000 hingga RM20,000.

Baru-baru ini, skim subsidi NEM diperkemas dengan insentif kewangan sehingga RM12,000 untuk pemilik rumah yang memasang sistem solar atas bumbung di bawah kategori Tarif Domestik, bermula 2026.

Inisiatif ini secara tidak langsung turut memastikan rakyat dapat menikmati manfaat teknologi hijau yang selama ini diterajui oleh pemain industri, sambil menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam agenda tenaga bersih.

Kredit Karbon: Peluang Ekonomi Baharu untuk Komuniti Luar Bandar

Projek pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) adalah satu lagi komponen penting dalam hala tuju teknologi hijau Sarawak.

Melalui kajian karbon di kawasan tadahan empangan, Sarawak menjangkakan penghasilan kira-kira 250,000 kredit karbon.

Namun, nilai sebenar inisiatif ini terletak pada peluang yang dibuka kepada komuniti luar bandar untuk terlibat secara ekonomi dalam agenda kelestarian.

Inisiatif kredit karbon Sarawak telah membuka peluang kepada komuniti luar bandar, termasuk pemilik tanah Adat Native Customary Rights (NCR), untuk memohon permit kajian karbon hutan dan lesen karbon hutan, tertakluk kepada pematuhan ordinan dan peraturan yang berkaitan.

Ini bermakna, masyarakat adat dan penduduk kampung bukan sahaja dilindungi hak tanah adat mereka, malah diberdayakan untuk menjadi pemain aktif dalam ekonomi karbon global.

Untuk memastikan penyertaan yang bermakna, pemaju projek diwajibkan menawarkan pelbagai program latihan dan pembinaan kapasiti bagi menyokong komuniti dalam menguruskan projek karbon dan usaha penanaman semula hutan.

Program latihan ini merangkumi teknik penanaman semula hutan, pengurusan tapak semaian, pemantauan dan rondaan kawasan projek, pengurusan sumber hutan mampan, serta latihan inventori biomassa.

Melalui program ini, komuniti dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam pengurusan projek karbon, sekali gus mengukuhkan penglibatan mereka dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Pendekatan ini bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan baharu untuk komuniti, tetapi juga memberi peluang penyertaan komuniti, khususnya di luar bandar dalam program konservasi dan ekopelancongan berasaskan teknologi hijau.

Dengan model ini, Sarawak menunjukkan bahawa agenda hijau boleh berjalan seiring dengan pemerkasaan sosio-ekonomi komuniti tempatan.

Mobiliti Hijau: Menghubungkan Komuniti, Mengurangkan Emisi

Di bawah inisiatif mobiliti rendah karbon, Sarawak sedang membangunkan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dengan memperkenalkan sistem Transit Aliran Autonomi (ART).

ART ialah sistem pengangkutan emisi sifar yang dijana oleh tenaga hidrogen, menawarkan mod pengangkutan awam yang selamat, selesa dan mesra alam.

Projek ini adalah inisiatif transformatif yang bertujuan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif serta menangani beberapa isu kritikal seperti mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Walaupun KUTS memberi tumpuan kepada kawasan bandar, impaknya turut dirasai oleh komuniti luar bandar melalui peningkatan aksesibiliti dan peluang ekonomi.

Dengan mengintegrasikan teknologi moden yang mesra alam, projek KUTS bukan sahaja meningkatkan rangkaian hubungan mobiliti bandar, tetapi juga menyokong matlamat komuniti rendah karbon.

Malah, cadangan untuk menubuhkan hab hidrogen terdesentralisasi di kawasan luar bandar boleh memperkasa komuniti tempatan dan menyokong aplikasi luar grid.

Ini membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk terlibat dalam rantaian nilai ekonomi hidrogen, daripada pengeluaran hingga penggunaan akhir.

Pertanian Pintar: Transformasi Ekonomi Desa Melalui Teknologi

Dalam sektor pertanian, Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) giat mengadaptasi teknologi pintar bagi meningkatkan produktiviti sambil mengurangkan impak ekologi.

Kemudahan Precision and Discipline Agriculture Facility yang dikendalikan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) misalnya telah menunjukkan kejayaan besar dengan penjimatan separuh tenaga kerja, pengurangan enam puluh peratus penggunaan air serta penurunan tiga puluh peratus pembaziran baja sejak 2023.

Namun, kejayaan sebenar inisiatif ini terletak pada bagaimana teknologi ini diadaptasi dan diterima oleh petani luar bandar.

Di Annah Rais, Padawan, projek perintis fertigasi yang dilancarkan oleh Persatuan Pertanian Negeri Mambong memanfaatkan Internet of Things (IoT) untuk mengautomasi sistem pengairan dan pembajaan, memantau keadaan tanah dan cuaca, serta meningkatkan kualiti dan hasil tanaman.

Di Gedong, AgriHub@Gedong yang dipelopori oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) mengintegrasikan alat mekanisasi seperti Kubota Combined Harvester dan Rice Transplanter dengan matlamat meningkatkan hasil padi dan mengurangkan tenaga kerja manual.

Di TKPM Rampangi, petani seperti Edison Chang dan Yuan Amat menguruskan ribuan tanaman dari jarak jauh menggunakan aplikasi mudah alih.

Setup rumah hijau mereka menampilkan sistem fertigasi pintar, sensor tanaman dan cuaca, serta CCTV masa nyata – semua sebahagian daripada penyelesaian pertanian pintar yang dibangunkan oleh Positive Mind Sdn Bhd dengan sokongan daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Keputusan awal di semua tapak perintis adalah menggalakkan: di Annah Rais, sistem fertigasi pintar dijangka menghasilkan tanaman dalam masa enam minggu – jauh lebih cepat berbanding kaedah konvensional; di Rampangi, petani digital melaporkan produktiviti lebih tinggi, kualiti tanaman yang lebih baik, serta penjimatan ketara dalam penggunaan air, baja dan tenaga kerja.

Lebih penting, teknologi ini menjadikan pertanian menarik kepada generasi muda.

“Kami telah melihat lebih ramai belia menunjukkan minat, terutamanya apabila mereka sedar mereka boleh menguruskan ladang dari jarak jauh dan masih mengejar aktiviti lain,” kata Noresa Donald Matu, Pengurus Projek di TKPM Rampangi.

Institut Pertanian Sarawak (IPS) juga mempergiatkan usaha melatih agropreneur mahir digital, dengan lebih 2,000 graduan setakat ini.

Kunci kejayaan inisiatif ini adalah pembinaan kapasiti: Persatuan Pertanian Negeri Mambong mengadakan sesi latihan dan webinar berkala, memastikan petani boleh mengendalikan sistem dengan pengetahuan teknikal minimum.

Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM1 bilion untuk memodenkan sektor pertanian, dengan RM50 juta diperuntukkan pada 2024 sahaja untuk infrastruktur dan penyelidikan pertanian pintar.

Kompleks SARTECH di Semenggoh dan Tarat juga sedang dibangunkan untuk berfungsi sebagai hab inovasi.

Pelaburan ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti, malah membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti luar bandar melalui penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan peningkatan pendapatan petani.

Pengurusan Sisa Mampan: Komuniti sebagai Penggerak Ekonomi Kitaran Semula

Matlamat teknologi hijau Sarawak juga berkisar tentang pengurusan sisa secara mampan dengan tumpuan terarah pada pengurusan sisa sawit, biomassa kayu dan sisa makanan sebagai sumber tenaga dan bahan mentah industri.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil dan tapak pelupusan sisa buangan.

Di peringkat komuniti, program pengurusan sisa berasaskan komuniti sedang digalakkan, di mana penduduk kampung dilatih untuk mengasingkan sisa organik untuk kompos atau penukaran kepada biogas.

Model ini bukan sahaja mengurangkan beban tapak pelupusan, malah menghasilkan produk bernilai seperti baja organik yang boleh dijual atau digunakan untuk pertanian tempatan.

Pembangunan Insan: Melahirkan Pakar Tempatan untuk Masa Depan Hijau

Untuk memenuhi keperluan sektor tenaga dan teknologi hijau negeri, pelbagai program pembangunan insan giat dilaksanakan bagi melahirkan sekurang-kurangnya 10,000 pakar dan juruteknologi menjelang 2030.

Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESTY) yang berperanan penting dalam merealisasikan hasrat ini menekankan kemasukan pelajar tempatan mengikuti bidang TVET.

Usaha ini selari dengan Pelan Peralihan Tenaga Sarawak (SETR) dan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Program latihan vokasional dan teknikal kini lebih diarahkan kepada keperluan industri hijau tempatan, dengan kerjasama erat antara institusi latihan, industri dan komuniti.

Pelajar dari kawasan luar bandar diberi keutamaan dalam program biasiswa dan penempatan latihan industri, memastikan bahawa manfaat pembangunan teknologi hijau sampai kepada mereka yang paling memerlukannya.

Pendekatan “latihan di tempat” juga digalakkan, di mana komuniti dilatih secara langsung di tapak projek, membolehkan mereka memperoleh kemahiran praktikal sambil menyumbang kepada pelaksanaan projek.

Kelestarian Sejati Bermula dari Akar Umbi

Secara keseluruhannya, hala tuju teknologi hijau Sarawak bukan sekadar strategi pembangunan, sebaliknya satu komitmen terhadap masa depan yang lebih bersih, inklusif dan berdaya tahan.

Menerusi pelbagai inisiatif model pembangunan hijau, Sarawak sedang meletakkan dirinya sebagai peneraju serantau dalam ekonomi rendah karbon yang berdaya tahan.

Namun, kejayaan sejati agenda ini bergantung kepada sejauh mana komuniti luar bandar dilibatkan secara bermakna – bukan sebagai penerima pasif, tetapi sebagai rakan pelaksanaan, pemegang kepentingan dan penjaga kelestarian.

Langkah strategik ini bukan sahaja menjamin kelestarian alam sekitar, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu yang mampan untuk generasi akan datang.

Dengan model penglibatan komuniti yang terbukti berkesan melalui SARES, inisiatif kredit karbon, pertanian pintar dan program pembangunan insan, Sarawak menunjukkan bahawa peralihan hijau boleh menjadi inklusif, adil dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Apabila komuniti luar bandar diberdayakan dengan kemahiran, akses dan peluang, mereka bukan sahaja menjadi penerima manfaat teknologi hijau, tetapi juga menjadi agen perubahan yang memacu agenda kelestarian ke hadapan.

Masa depan Sarawak yang hijau dan lestari tidak dibina di dewan mesyuarat atau makmal penyelidikan sahaja, tetapi di kampung-kampung pedalaman, di ladang-ladang komuniti, dan di tangan penduduk yang setiap hari membuat pilihan untuk hidup lebih harmoni dengan alam.

Dengan terus memperkasa penglibatan masyarakat, terutamanya komuniti luar bandar, Sarawak tidak hanya mencapai sasaran teknikal peralihan tenaga, tetapi juga membina warisan kelestarian yang akan dinikmati oleh generasi akan datang.

Rujukan

1. Sarawak Energy. (2026). Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme (SARES). Diambil daripada https://www.sarawakenergy.com/sarawak-alternative-rural-electrification-scheme-sares

2. The Borneo Post. (2025, November 21). Sarawak advances clean energy transition through public-private collaboration. Diambil daripada https://www.theborneopost.com/2025/11/21/sarawak-advances-clean-energy-transition-through-public-private-collaboration/

3. Bernama. (2025, November 28). Sarawak Expands Carbon Credit Efforts, Offers Rural Communities Economic Opportunities. Diambil daripada https://www.bernama.com/en/news.php?id=2496505

4. Rakan Community. (2025). Transforming Rural Farming Through Smart Technology. Diambil daripada https://www.rakancommunity.com/web/transforming-rural-farming-through-smart-technology/

5. Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESTY). Laman Rasmi. Diambil daripada https://meesty.sarawak.gov.my/web/home/index/

Latest

Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya

Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya

Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.
spot_imgspot_img

Membongkar Mitos Dan Stigma Kesihatan Mental Merentasi Budaya

Kesihatan mental ialah isu kritikal seluruh dunia, tetapi budaya mempengaruhi tafsiran dan rawatannya. Mitos seperti masalah mental tidak wujud dalam kelompok tertentu menimbulkan stigma. Ini menghalang individu daripada mendapatkan sokongan. Memahami perspektif pelbagai sangat penting untuk penyelesaian inklusif yang berkesan.

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here