Exclusive Content:

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Sarawak’s Inclusive Growth Lifts Every Community Toward Dignity

Sarawak is moving beyond GDP to measure poverty multidimensionally, tailoring urban and rural solutions. By integrating federal and state resources, expanding social protection, and upgrading infrastructure, the state aims to convert macroeconomic wealth into shared, dignified prosperity for all Sarawakians.

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Inspirasi Kejayaan Wanita Kayan Ubah Kehidupan

Keadaan perhubungan akses jaringan jalan yang sukar antara Long Lama (pekan terdekat) dengan Long Bedian, tidak pernah mematahkan semangat seorang wanita Kayan, Lahai Ngau di Long Bedian meneruskan minat dan impiannya mengembangkan perusahaan pembuatan beg berasaskan rotan di Long Bedian.

Lahai Ngau, 59, mula-mula menceburkan diri dalam pembuatan produk beg berasaskan rotan sejak 30 tahun yang lalu di rumah panjangnya di Long Bedian.

Pengusaha Lahai Handicraft, Puan Lahai Ngau

Jelas Lahai, dulu beliau ada juga membuat beg berasaskan rotan tetapi tidak macam ini sebab pembuatan dulu paling asas iaitu tidak digam dan dipasang aksesori serta dijahit.

Ditanya kenapa timbul berminat dalam bidang pembuatan produk berasaskan rotannya, jelasnya beliau pada mulanya minat menjahit.

Beliau kerap mengikuti program kraf tangan dengan berkursus, sebab minat mendalamnya dalam bidang ini.

Jelasnya, beliau dulu ada mengambil upah membuat dan menjahit baju.

Lahai kini dibantu dua (2) orang pekerja iaitu seorang anaknya dan seorang lagi penduduk tempatan di sini (yang bekerja setengah hari).

Kebiasaan kerja menjahit akan dilakukannya sendiri manakala kerja menggam dan meletakkan aksesori pula dilakukan oleh pekerjanya.

Dari segi permintaan dan platform pemasaran pula, katanya beliau ada dua (2) orang agen iaitu seorang di Miri dan seorang di Betong yang mengambil produk kraf tangan daripadanya di sini.

Menariknya, dia tidak perlu bersusah payah mempromosikan produknya sebab semua maklumat dan tempahan boleh dibuat secara dalam talian dan melalui media sosial seperti facebook.

Kaedah pemasaran di media sosial, instagram bagi memudahkan pelanggan memilih produk dan menempah serta seterusnya membeli secara dalam talian

Bukan itu sahaja, ada yang menghantar mesej whatapp untuk bertanya dan membuat tempahan selain orang perseorangan yang sanggup datang dari  Miri ke Long Bedian.

Kebanyakan produk ini jelasnya beliau hantar kepada anaknya yang tinggal di Miri dan di sinilah ia telah membuka pasaran lebih luas kerana produk ini mudah untuk dihantar melalui pos berdaftar.

Dari segi kategori pula, Lahai tidak menghadkan kepada rekaan beg yang sudah siap (daripadanya), sebab dia turut menyesuaikan mengikut kehendak pelanggannya (yang inginkan rekaan sendiri dan memerlukan saiz-saiz tertentu).

Melalui platform dalam talian dan penghantaran melalui pos,  produknya kini sudah sampai di pasaran Kuala Lumpur dan Sabah.

Platform secara dalam talian turut memudahkannya untuk merancang produk yang bakal dihasilkan kerana berdasarkan tempahan beliau akan cuba memenuhi permintaan pelanggan.

Puan Lahai menunjukkan bagaimana jahitan kemas serta penggunaan bahan boleh mempengaruhi kualiti sesuatu produk beg yang dihasilkannya

Selain orang perseorangan yang membuat tempahan, Lahai juga ada menerima permintaan untuk menempatkan produknya di muzium selain menerima permintaan untuk produknya dijadikan hadiah organisasi kerajaan, acara khas  dan hadiah majlis perkahwinan.

Mengenai inspirasi, dari mana datangnya ilham tersebut, jelas Lahai semua itu datang dari dalam hatinya sendiri sebab beliau tidak pernah mengambil kursus rekaan, dan ia lebih kepada pengalamannya sendiri membuat banyak produk ini.

Ketika ditanya apa produk yang paling disukai pelanggannya, kata Lahai sukar untuknya menjawab sebab cita rasa yang berbeza yang kini mempunyai sekurang-kurang 5,000 pengikut dalam FB  dan kebiasaannya mereka bukan membeli hanya satu tetapi akan menempah produk seterusnya.

Dari segi harga pula, produknya paling murah adalah dompet berharga RM15 dan menjangkau sehingga RM300 (yang besar). Harga yang ini sudah pasti berdasarkan ketelitian, rekaan dan kerumitan penghasilan produk tersebut, warna, saiz, bahan (material).

Beg berasaskan rotan yang terdiri daripada pelbagai corak, warna dan fabrik sentiasa mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggannya

Pelanggannya juga sering memberikan maklum balas yang positif ke atas produk kraf tangannya. Jelasnya, pelanggan beliau berpuas hati sebab produk beg rotan yang dihasilkan tahan lama untuk digunakan sebab terdapat lapisan gam (mengelakkan cepat koyak) dalam beg, kemudian dipasang kain bagi menutup luar di dalam beg.

Selain itu, dipasang kulit dan kain selain aksesori tambahan seperti zip dan pemegang beg. Pelanggan ada yang menggayakan beg tersebut untuk majlis makan malam dan majlis keraian di acara khas.

Mengenai perancangan masa depan, Lahai ingin perusahaan ini terus maju berkembang sehingga sampai ke peringkat antarabangsa.  

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk beg berasaskan rotan ini bolehlah melayari Lahai Handicraft (facebook) atau melalui whatapps (0194825193)

Puan Lahai Ngau ditemu bual di kedainya baru-baru ini

Latest

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan...

Memelihara Keindahan Warisan Keringkam

Keringkam ialah warisan seni sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Keindahan...

Newsletter

spot_img

Don't miss

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan...

Memelihara Keindahan Warisan Keringkam

Keringkam ialah warisan seni sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Keindahan...

Sarawak’s Inclusive Growth Lifts Every Community Toward Dignity

Sarawak is moving beyond GDP to measure poverty multidimensionally, tailoring urban and rural solutions. By integrating federal and state resources, expanding social protection, and upgrading infrastructure, the state aims to convert macroeconomic wealth into shared, dignified prosperity for all Sarawakians.
spot_imgspot_img

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang mendiami kawasan tanah tinggi utara Sarawak, khususnya di Limbang dan Lawas. Hidangan ringkas ini diperbuat daripada...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan penting bagi penduduk luar bandar Sarawak, terutama di Bahagian Kapit. Sebelum siapnya jalan yang menghubungkan Sibu,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here