Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Agroekologi Pertanian Bandar

Teknologi 3R Batas Tinggi (Raised Bed) Jadikan Pertanian Bandar Lebih Produktif dan Mesra Alam

Agroekologi pertanian bandar adalah satu pendekatan untuk mempromosikan amalan pertanian yang lestari dan mampan di kawasan bandar.

Agroekologi pertanian bandar mengutamakan penggunaan sumber daya secara bijak, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar, serta membangun hubungan yang harmoni antara manusia, tumbuhan, dan haiwan.

Dalam konteks agroekologi pertanian bandar, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian, antaranya adalah:

  1. Keselarasan dengan alam sekitar iaitu penggunaan teknik pertanian yang tidak merosakkan alam sekitar dan memelihara kepelbagaian biologi;
  2. Pengurangan bahan kimia dengan meminimumkan penggunaan baja kimia dan racun perosak untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia;
  3. Penggunaan sumber daya secara efisien dengan memanfaatkan sumber daya seperti air dan tanah secara bijak dan efisien;
  4. Peningkatan kesedaran komuniti dengan meningkatkan kesedaran penduduk bandar tentang kepentingan pertanian lestari dan kesan positifnya terhadap alam sekitar dan kesejahteraan manusia; dan
  5. Pembangunan bandar lestari dengan membangun bandar yang menggalakkan pertanian bandar sebagai sebahagian daripada kehidupan harian penduduk bandar.

Dengan mengamalkan prinsip-prinsip agroekologi pertanian bandar, konsep ini dilihat dapat mencipta persekitaran bandar yang lebih lestari, sihat, dan mampan dalam jangka masa panjang.

Salah satu teknik penanaman untuk kelestarian alam sekitar adalah teknik 3R (Reuse, Recycle, Rejuvenate) Batas Tinggi Raised Bed (RB) dan Kebun Kekunci Grid (KKG).

Konsep 3R Batas Tinggi (Raised Bed) merupakan kebun bandar alaf baharu Sumber gambar: https://www.dammannsgardenco.com/blog/diy-series-raised-garden-beds)

RB merujuk kepada struktur berbentuk katil atau tempat tanam yang diletakkan di atas tanah dan lebih tinggi dari permukaan tanah biasa.

Ia biasanya terdiri daripada dinding kayu, bata, atau bahan lain yang membentuk kotak yang diisi dengan tanah untuk menanam tanaman.

RB bertujuan untuk meningkatkan kualiti penanaman, memudahkan penjagaan, dan mengoptimumkan saliran serta pemupukan, dan konsep RB ini banyak digunakan oleh penggemar kebun di kawasan bandar untuk menanam sayuran dan bunga.

Secara dasarnya, konsep 3R RB ini merupakan satu pendekatan untuk mengitar, mengecas dan menggunakan semula tanah lama untuk mewujudkan tanah baharu yang subur dan bernutrien.

Lapisan pada batas tinggi (raised bed)

Ia juga merupakan teknik suburkan tanah dan media tanaman terpakai untuk digunakan semula bagi mengembalikan kesuburan tanah, kekal longgar berongga dan beroksigen.

Dinding RB berfungsi sebagai kawalan untuk merawat, mengitar dan meremajakan semula tanah serta medium tanaman yang lain supaya boleh digunakan semula untuk tujuan penanaman.

Dalam RB, antara jenis-jenis tanah yang perlu disuburkan adalah seperti tanah lama, tanah dalam pot, tanah keras, tanah yang sudah tiada nutrien, tanah bris, tanah gambut, tanah bekas lombong, tanah liat dan berat.

Tanah-tanah ini boleh dipulihkan kembali dengan kaedah jemur atau siraman air panas atau menggunakan rendaman 3-6% hidrogen peroksida untuk matikan patogen, mamatod dan kulat furasium.

Gambar menerangkan secara ringkas jenis-jenis tanah yang perlu disuburkan

Selain kaedah di atas, kita boleh membeli gipsum yang ada di kedai-kedai pertanian kerana ia bertindak sebagai pemecah tanah liat mampat (clay breaker) untuk memperbaiki struktur tanah liat dan menjadikan tanah lebih gembur dan tidak padat.

Bahan-bahan dalam RB adalah seperti kapur dolomit, kompos tersedia, sekam padi, kokopit, habuk kayu, sisa dapur, sisa tanaman, sisa rumah atau pejabat pengaktif bio, baja organik dari najis haiwan, daun, lalang, kering dan kotak atau kadbod.

Peranan bahan organik atau bahan terbiodegradasi (biodegradable) adalah untuk menentukan keupayaan tanah bagi menyokong pertumbuhan dan hasil tanaman.

Selain itu, ia juga berperanan untuk meningkatkan kesuburan tanah, memperbaiki stuktur tanah, meningkatkan keupayaan tanah untuk menahan air, meningkatkan liang tanah dan memperbaiki media pembangunan mikrob tanah.

Batang, ranting kayu dan daun kering untuk lapisan bawah dalam RB menjadi makanan untuk mikroorganisma tanah seperti cacing, bak, alga, sianobakteria (cyanobacteria), nematod dan protozoa.

Lapisan paling bawah dalam RB boleh terdiri sama ada daripada kotak, kertas, shredded paper, ranting, batang kayu reput, daun kering, rumput dan lalang kering, daun dan rumput hijau, tanah lama, tanah baharu, baja organik dan dolomit tanaman.

Gambar menerangkan secara ringkas kandungan yang terdapat dalam batas tinggi (raised bed)

Percampuran bahan terbiodegradasi, media tanaman lama, baja organik, pengaktif bio dan dolomit pada RB dapat meningkatkan kesuburan tanah dengan meningkatkan kapasiti agregat (kebolehan menyatu); Meningkatkan ketersediaan nutrien; dan Meningkatkan aktiviti mikrobiologi tanah; Meningkatkan ketersediaan makronutrien NPK dan nutrien mikro yang mencukupi.

Antara kebaikan aktiviti pertanian bandar berkonsepkan 3R RB ini ialah terhasilnya baja organik semula jadi di mana sisa tanaman dan sisa makanan ditambah ke dalam jaring kompos sepanjang masa untuk menyediakan nutrien bagi pertumbuhan dan pembesaran tanaman.

Kandungan nutrien yang lengkap dalam kompos menjadikannya baja organik yang sangat baik untuk meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan tumbuhan.

Konsep 3R RB juga menjimatkan ruang dan memaksimumkan pengeluaran di mana jaring kompos diletakkan ruang yang sama dengan ruang untuk menanam.

Kebaikan seterusnya ialah, ia dapat mengekalkan kandungan air kerana sisa tanaman berfungsi sebagai span untuk menahan kelembapan, membebaskan air hujan ke dalam tanah membolehkan pekebun menjimatkan kos air dengan mengurangkan kekerapan penyiraman.

Konsep 3R RB juga mempunyai kos yang efektif kerana ia menukar sisa tanaman menjadi bahan berguna sebagai media tanaman dan secara tidak langsung, ia boleh menjimatkan kos.

Dahan, daun dan ranting menjadi sisa organik, seterusnya terurai dan keluar melalui lubang jaring dan secara dasarnya, sisa ini menjadi baja organik yang boleh memperkayakan tanah dan menyediakan nutrisi untuk tumbesaran.

Antara kebaikan yang lain ialah dari segi penambahbaikan tanah kerana ia mewujudkan biosfera yang terdiri daripada mikroorganisma, kulat dan serangga yang menyamai landskap semula jadi hutan yang kaya dengan nutrien dan mikroorganisma kerana tanah berudara secara semula jadi.

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here