Exclusive Content:

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat tentang Vandalisme di Sarawak

Isu vandalisme di Sarawak perlu dilihat dengan memberi tumpuan kepada tahap kesedaran komuniti, punca sosial, serta inisiatif penyelesaian berasaskan bukti dan kolaborasi pelbagai pihak.

Bajet Persekutuan 2026 Perkukuh Akses Melalui Mobiliti Perkhidmatan

Tidak dinafikan, keberkesanan perkhidmatan bergerak tidak hanya bergantung kepada jumlah peruntukan atau bilangan kenderaan, tetapi kepada keupayaan untuk mengumpul data lapangan, menilai hasil jangka panjang, melatih petugas yang empati serta melibatkan komuniti secara aktif.

Daerah Mukah Merealisasikan Pembangunan Mampan

Pembangunan di Daerah Mukah dalam tempoh lebih 10 tahun yang lalu bukan sahaja dapat dilihat dari aspek perkembangan persekitarannya tetapi mengambil kira populasi penduduk, perubahan landskap fizikal, ekonomi, sosial serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Satu ketika dulu, penduduk di Daerah Mukah lebih banyak menanam kelapa sawit dan rumbia namun, secara perlahan-lahan ia telah mula beralih kepada sektor perindustrian dengan kewujudan syarikat Press Metal Sarawak (PMS) dan Matadeng Industrial Park di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Salah satu kebanggaan Mukah ialah Mukah Power Generation (MPG) yang merupakan jana kuasa berasaskan arang batu di Sarawak dan Balingian Power Station yang terletak di kawasan Bukut jalan menuju ke Selangau, diiktiraf sebagai terbesar di Malaysia.

Mukah kini mempunyai hab pendidikan seperti Politeknik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pusat Kajian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Kampus Mukah, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kampus Laila Taib, Sarawak Skill, dan pusat Giat Mara Mukah.

Adanya institusi-institusi pendidikan ini, Mukah akan dapat melahirkan ramai belia yang berkemahiran kerana kebanyakan bidang yang ditawarkan juga lebih menjurus kepada kemahiran.

RAKAN Sarawak telah berpeluang menemu bual Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Mukah, Encik Peleadzman Anak Ahip untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan fizikal di Daerah Mukah mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi Tellian, Balingian, Tamin dan Kakus.

Pegawai Daerah Pejabat Daerah Mukah, Encik Peleadzman Anak Ahip

Infrastruktur Asas, Utiliti dan Telekomunikasi (Digital/ICT) di Daerah Mukah Setakat 31 Mac 2024

DUN(Bil. Kampung/ Rumah PanjangBelum Dihubungi JalanJalan Raya BerturapBekalan Air Terawat Sistem Paip GridBekalan Elektrik Sistem Talian GridTelekomunikasi: Liputan Jalur Lebar (Broadband Network/ Jaringan Internet)
Telian776.5%71.4%38.9%85.7%SKMM/MCMC: Jalinan Digital Negara (JENDELA) Premis Diliputi Akses Gentian Optik (Projek – 257)   SMA (SDEC) SMART300Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN)WiFi SALURAN Via VSAT
Balingian1266.4%92.1%92.9%97.6%
Tamin3000100%
Kakus52088.2%86.3%100%
Daerah2575.1%84.1%74.3%94.6%

Secara dasarnya, Daerah Mukah merupakan nadi bagi Bahagian Mukah yang menjadi pusat pentadbiran bahagian.

Pasar Tamu Mukah

Pentadbiran Daerah Mukah adalah termasuklah Daerah Kecil Balingian dengan keluasan masing-masing ialah 1,366 KM2 (Mukah) dan 1,170 KM2 (Balingian).

Merujuk kepada Banci Penduduk 2010, jumlah penduduk di Daerah Mukah dianggarkan sebanyak 56,000 orang dengan kepadatan penduduk sebanyak 20 orang per KM2.

Jumlah penduduk Bumiputera adalah seramai 55,200 orang yang terdiri daripada 53.8 % kaum Iban dan 36% kaum Melanau.

Populasi Penduduk Mengikut Komposisi Kaum di Daerah Mukah

BIL.KAUM201020202023
1Melanau17,54316,94617,350
2Iban11, 91013,02013,280
3Melayu2,8513,1603,300
4Bumiputera Lain1,380983990
5Bidayuh324377380
6Cina3,5333,1403,250
7India502810
8Lain-Lain Warganegara9783100
9Bukan Warganegara Malaysia3,7934,5384,200
 JUMLAH41,48142,27542,860

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 2010, 2020 dan Anggaran 2022

Mengikut catatan sejarah, Pentadbiran Daerah Mukah telah bermula seawal tahun 1911 yang ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah yang bernama Henry Herbert Kortright. 

Pentadbiran Daerah Mukah pada waktu tersebut terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Ketiga di mana Pusat Pentadbiran kerajaan Kolonial British di Daerah Mukah ketika itu terletak di Bangunan Fort Burdett II yang dibina sekitar tahun 1910-1911. 

Apabila Perang Dunia Kedua meletus sekitar tahun 1939 hingga 1945, Bangunan Fort Burdett II telah musnah terbakar.

Pada tahun 1954 Fort Burdett II telah dibangunkan kembali di tapak yang lain bagi menggantikan Fort Burdett II yang telah musnah dan bermula pada 27 September 2003, pentadbiran Bahagian Mukah telah dipusatkan di Menara Pehin Setia Raja.

Persempadanan semula Bahagian dan Daerah di negeri Sarawak yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2002 meletakkan Daerah Mukah berada di bawah pentadbiran Bahagian Mukah. 

Sebahagian daripada kawasan selatan Daerah Mukah dan Daerah Kecil Balingian telah dibahagikan kepada daerah baru Selangau. 

Sekolah Kebangsaan Kg Tellian, Mukah

Kawasan asal Daerah Mukah ialah seluas 5,020 km persegi manakala keluasan baru selepas persempadanan semula seluas 2,536 km persegi.  Daerah kecil Balingian pula dikurangkan saiz dari 3,032 km persegi kepada 1,170 km persegi.

Statistik Kampung (Melanau dan Cina) di Daerah Mukah Setakat 31 Mac 2024

Kawasan DUNBil. KampungBil. Rumah (TK)Bil. Keluarga (KIR)Jum. Penduduk (IR)
Telian13 + 21,873 + 832,080 + 3718,689 + 515
Balingian30 + 22,271 + 1003, 181 + 14012, 240 + 550
Tamin0000
Kakus0000
JUMLAH43 + 44,144 + 1835, 261 + 51120,929 + 1, 065

Statistik Rumah Panjang (Iban) di Daerah Mukah Setakat 31 Mac 2024

Kawasan DUNBil. Rumah PanjangBil. PintuBil. Keluarga (KIR)Jum. Penduduk (IR)
Telian629841,4916,107
Balingian941, 2261,8236,894
Tamin36586352
Kakus517391,1654,399
JUMLAH2103,0144,56517,752
Antara projek pembangunan yang telah dilaksanakan di kampung Tellian, Mukah

Latest

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

Youth Empowerment

Saloma, Wanita Bidayuh Peneraju Pelancongan Lestari

Saloma’s Villagestay bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, tetapi sebuah model keusahawanan lestari yang menggabungkan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Ia adalah kisah tentang seorang wanita yang berani pulang ke akar, mengangkat komuniti sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa apabila wanita memimpin dengan hati dan nilai, perubahan yang tercipta bukan sahaja menguntungkan, tetapi membina masa depan yang lebih bermakna.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

Youth Empowerment

Saloma, Wanita Bidayuh Peneraju Pelancongan Lestari

Saloma’s Villagestay bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, tetapi sebuah model keusahawanan lestari yang menggabungkan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Ia adalah kisah tentang seorang wanita yang berani pulang ke akar, mengangkat komuniti sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa apabila wanita memimpin dengan hati dan nilai, perubahan yang tercipta bukan sahaja menguntungkan, tetapi membina masa depan yang lebih bermakna.

IKMa pada Usia 70 Tahun: Asas Gerakan Koperasi Malaysia dan Pemangkin Kemakmuran Komuniti Sarawak

Tahun ini menandakan satu peristiwa penting dalam landskap sosioekonomi Malaysia: ulang tahun ke-70 Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
spot_imgspot_img

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here