Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

DCC Beri Impak Besar

DCC Beri Impak Besar Kepada Golongan Usahawan dan Belia

Ekonomi digital bukanlah satu perkara baharu kerana ia sudah pun bermula sejak lebih 20 tahun yang lalu dengan penubuhan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada 1996 bagi menerajui ekonomi digital Malaysia.

Fokus MDEC adalah untuk memajukan ekonomi digital negara melalui inisiatif seperti pengembangan talian jalur lebar, pembangunan kemahiran teknologi maklumat dan sokongan kepada industri teknologi.

Dalam usaha untuk meningkatkan inovasi dan daya saing negara dalam era digital, MDEC telah menjadi pemangkin utama dalam mewujudkan ekosistem digital yang berkembang di Malaysia, menyokong pelbagai sektor seperti e-dagang, teknologi maklumat dan industri kreatif.

Memperkasakan usahawan luar bandar melalui DCC

MDEC juga berperanan dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui digitalisasi.

Dalam konteks Sarawak, mungkin kita hanya menyedari era ekonomi digital bermula apabila Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan Strategi Ekonomi Digital (2018-2022) pada penghujung tahun 2017.

Bagi memperkasakan ekonomi digital di Sarawak, pemboleh (enabler) yang amat penting adalah internet, justeru salah satu matlamat Strategi Ekonomi Digital (2018-2022) untuk merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

Dalam tempoh tiga tahun setelah Strategi Ekonomi Digital (2018-2022) dilancarkan, pada 8 Oktober 2020, Premier Sarawak telah melancarkan 42 Pusat Komuniti Digital (DCC) secara maya semasa Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.

Penubuhan 42 DCC itu dilihat sebagai medium pemerkasaan kemahiran dan kemampuan rakyat Sarawak dalam transformasi ekonomi digital.

Usaha berkenaan juga adalah sebagai langkah untuk membawa rakyat Sarawak agar tidak ketinggalan dalam dunia arus perdana.

Pelancaran DCC itu diharap akan dapat membina komuniti digital yang lestari serta dapat menguruskan operasi secara berdikari.

RAKAN Sarawak berpeluang menemu bual Ketua Seksyen Pendidikan Komuniti MPHLG, Encik Lloyd Huffman Miko untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan dan pencapaian DCC sejak ia dilancarkan pada 2020.

Ketua Seksyen Pendidikan Komuniti MPHLG, Encik Lloyd Huffman Miko

Secara umumnya, kita memahami peranan DCC adalah sebagai pusat pembelajaran yang menyediakan pelbagai latihan, program kesedaran dan penglibatan komuniti selain sebagai pusat kemahiran digital komuniti dan membina keupayaan bakat (ekonomi berasaskan kemahiran).

Matlamatnya adalah untuk memastikan Negeri Sarawak akan terus maju sebagai hub ekonomi digital di rantau ini, dan melalui projek tersebut, ia mampu meningkatkan lagi pengetahuan digital dalam kalangan komuniti setempat.

DCC juga ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan digital secara inklusif khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan dari segi infrastruktur digital dan perkhidmatan.

Antara matlamat DCC adalah untuk membina komuniti digital yang lestari

Bagi memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar melalui DCC, MPHLG akan selalu memastikan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kakitangan DCC menggerakkan fungsi dan kemudahan DCC kepada komuniti setempat.

Caranya adalah dengan menganjurkan seberapa banyak program atau aktiviti serta latihan kepada usahawan-usahawan tempatan secara khususnya.

Di samping itu juga, usahawan-usahawan terlibat akan diajar mengenai penggunaan ekonomi digital dalam media sosial serta kemahiran mempromosikan produk ke luar daripada pasaran sedia ada.

Setakat ini, pihak kementerian melalui PBT sentiasa membantu golongan usahawan di kalangan komuniti setempat melalui DCC dengan memberi ruang serta peluang kepada mereka menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada di DCC di samping memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan menghadiri program atau aktiviti yang dianjurkan di DCC.

Kewujudan DCC juga dikatakan dapat mengurangkan gejala negatif dalam kalangan belia dengan bertindak sebagai pusat untuk menimba ilmu dan mendapatkan maklumat terkini serta isu-isu semasa.

Program ‘Paving the Way Sharing Biasiswa’ anjuran Persatuan Sukarelawan Siswa Malaysia dengan jalinan kerjasama DCC Kanowit

Perkara ini amat dipersetujui kerana kewujudan DCC ini turut diterima baik dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia.

Hal ini boleh dilihat dari segi penglibatan golongan belia dalam menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak DCC itu sendiri mahupun kolaborasi dengan agensi luar.

Dengan adanya DCC ini, serba sedikit ia telah membantu golongan belia untuk mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti dan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Oleh sebab itu, aktiviti atau program yang dirancang akan menjurus kepada minat, trend semasa dan keperluan golongan belia supaya mereka terus diberi ruang dan peluang di dalam agenda pembangunan.

Contoh program atau aktiviti yang dilaksanakan bagi menarik minat golongan belia termasuklah kelas suntingan video, kelas fotografi digital, e-sport dan sebagainya.

Kerana itu, pihak MPHLG dengan kerjasama PUSTAKA sedang dalam proses menambah baik lebih banyak DCC di seluruh Sarawak secara berperingkat di mana Perpustakaan Desa (PD) sedia ada yang memenuhi kriteria akan dipilih untuk dinaik taraf menjadi DCC.

DCC sebagai pusat pembelajaran yang menyediakan pelbagai Latihan dan program kesedaran

Kemudahan ICT bagi DCC sedia ada juga akan ditambah baik secara berperingkat bagi menggantikan peralatan yang sudah rosak dan meningkatkan kemudahan sedia ada.

Bagi memastikan objektif pembangunan DCC dapat dicapai dengan efektif, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.

Pihak kerajaan dengan agenda pembangunan menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030) giat melaksanakan pelbagai inisiatif melalui projek fizikal atau bukan fizikal dan berusaha memastikan semua inisiatif tersebut dapat disampai dengan berkesan oleh agensi pelaksana.

Pihak masyarakat (komuniti) dalam pada itu harus bijak mengambil peluang untuk turut serta mengambil bahagian di dalam proses pembangunan tersebut.

Penyertaan aktif dan agresif dari pihak komuniti harus ada agar tujuan agenda pembangunan ini mendapat matlamat dan seterusnya memberi manfaat kepada kemajuan yang inklusif kepada seluruh rakyat Sarawak.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here