Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Galak Kreativiti, Inovasi dan Kecemerlangan Dalam Perpustakaan

Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak diperkenalkan untuk memastikan penyediaan perkhidmatan, produk dan kemudahan perpustakaan awam memenuhi keperluan pengguna; menyediakan komuniti untuk pendidikan, penyediaan maklumat dan kehidupan masyarakat.

Antara lain, anugerah ini adalah sebagai komitmen dan sokongan kerajaan bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan awam yang berkesan di negeri Sarawak.

Pada tahu ini (2022), Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak telah menjadi milik Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Perpustakaan Awam lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak

Pada tahun 2020, PABDA telah memenangi Anugerah Perpustakaan Sebagai Pusat Komuniti dan mereka telah memanfaatkan kedudukan ini dengan menjalankan program yang lebih strategik dan berimpak tinggi.

Anak-anak yang kurang celik membaca dan lost generation adalah dua akibat besar dari pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, PABDA telah berjaya menjadi agensi rakan kolaborasi penting bersama pakar kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa yang terlibat sebagai kumpulan penyelesai masalah.

Bangunan Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Usaha ini dilakukan dengan penganjuran program pembacaan, pembelajaran, promosi perkhidmatan dan penyediaan kemudahan yang lebih baik.

Perpustakaan Awam Sarikei (PAS) pula telah memenangi Anugerah Perpustakaan Sebagai Rakan Strategik apabila berjaya menjadikan PAS sebagai Galeri Wau bagi Kegusa, Kelab Gudi Sarikei.

Perpustakaan Awam Sarikei memenangi Anugerah Perpustakaan Sebagai Rakan Strategik

Koleksi wau yang dipamerkan di PAS adalah hasil ciptaan ahli-ahli Kegusa yang inginkan ruang untuk hasil kerja mereka dijaga dan dipamerkan kepada umum dengan baik.

Kegusa memerlukan ruang pameran dan PAS pula memperoleh artifak budaya tempatan yang amat berharga yang perlu dikekalkan secara langsung, ia menjadikan ruang PAS lebih terserlah dan cantik bahkan hubungan diantara PAS dan Kegusa telah menjadi satu hubungan yang amat strategik.

Bangunan Perpustakaan Awam Sarikei

Sementara itu, Perpustakaan Awam Marudi (PAM) telah memenangi Anugerah Perpustakaan Sebagai Pusat Komuniti.

Peranan PAM sebagai pusat komuniti amat terserlah kerana PAM memahami prinsip dan memahami dengan tepat konsep penyampaian dan persekitaran pengguna yang jauh di pedalaman (reachness and remoteness) dan ia direalisasikan dengan Program Jangkauan Ilmu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti secara fizikal dan maya.

Perpustakaan Desa Kampung Ulu Maludam (PDKUM) tampil sebagai pemenang Anugerah Perpustakaan Sebagai Aset Penting Masyarakat

PAM juga menyemarakkan konsep Rakan Ilmu dengan sejumlah 63 program yang melibatkan seramai 1,356 peserta.

Impak utama program-program ini adalah peningkatan dan keterbukaan ilmu oleh masyarakat, terutama sekali ketika Malaysia berperang dengan penyebaran berita palsu semasa pandemik COVID-19.

Perpustakaan Desa Kampung Ulu Maludam (PDKUM) pula telah memenangi Anugerah Perpustakaan Sebagai Aset Penting Masyarakat.

PDKUM merupakan aset masyarakat yang sebenar di mana ianya bukan saja mendapat pelbagai bantuan tetapi merupakan pusat ilmu.

Buat masa ini, PDKUM menjadi pusat ilmu ketua kampung persekitaran untuk mendapatkan pelbagai bantuan seperti penyediaan dokumen dan penganjuran aktiviti terutama aktiviti digital.

Dengan kesedaran dan peluang ini, PDKUM telah mengadakan kelas secara tersusun untuk semua ketua-ketua kampung.

Anugerah Individu Cemerlang pula telahdimenangi oleh Penolong Pustakawan, Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam, Puan Saadiah Maliki.

Prinsip beliau iaitu “menjadi yang terbaik dalam apa sahaja akan menarik lebih banyak kejayaan, dan apabila menjadi yang terbaik, ramai yang ingin tahu, kenal, lihat, bantu dan belajar dengan kita sehingga membuka lebih banyak pintu dan peluang kepada kita” telah melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.

Anugerah Khas Panel Hakim pula dimenangi oleh Pembantu Operasi, Perpustakaan Desa Long Lama (PDLL), Encik Supian Hisyamuddin.

En Supian Hisyamuddin telah bertugas di PDLL semenjak tahun 2003 dan selama 19 tahun perkhidmatan, beliau telah menabur bakti kepada lebih kurang 1,000 orang penduduk.

Beliau bukan hanya memahami keperluan komuniti Long Lama tetapi juga memahami kepentingan tugas beliau dalam kalangan ahli komuniti.

Tugas dan apa sahaja yang telah dicapai dan dilaksanakan adalah lebih besar dari bidang dan skop kerja beliau sebagai Pembantu Operasi.

Sehingga Jun 2021, Sarawak mempunyai 267 unit perpustakaan awam, 55 perpustakaan Bahagian dan Daerah, tujuh (7) perpustakaan mudah alih, 167 perpustakaan desa termasuk 38 perpustakaan desa yang ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Data keahlian di Pustaka Negeri Sarawak ialah 124,854 (setakat Oktober 2022).

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here