Aerikel disesuaikan daripada Pesta Irau Aco, “Perhimpunan Terbesar” Suku Kaum Lun Bawang
Sejajar dengan pengiktirafan kerajaan Sarawak terhadap Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang ini, pihak Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) telah diberi amanah untuk menjadi penganjur acara ini.
Pesta yang diadakan di Lawas ini bagi meraikan penduduk asli Lun Bawang yang kaya dengan seni, budaya dan warisan.
Secara tradisinya merupakan perayaan musim menuai padi yang di sambut setiap 1 Jun, tetapi kini ia mempamerkan pelbagai budaya Lun Bawang termasuk muzik ngiup suling (persembahan alat muzik buluh) dan tarian serta kraf tangan tradisional tradisi Lun Bawang di samping Ruran Ulung (pertandingan ratu cantik).
Baca lanjut di Pesta Irau Aco, “Perhimpunan Terbesar” Suku Kaum Lun Bawang

