Exclusive Content:

Menggerakkan Ekonomi Usahawan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus berusaha memperkasakan usahawan kecil dan koperasi di negeri melalui pelbagai inisiatif, termasuk Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan pembangunan tamu desa.

Eko Pelancongan Desa Lestari: Menjaga Alam Sambil Menjana Ekonomi

Eko pelancongan desa lestari di Sarawak memperkenalkan pendekatan pelancongan yang mampan dan mesra alam, bertujuan melindungi alam sekitar sambil menjana ekonomi tempatan. Dengan penglibatan teknologi hijau, pendidikan awam, dan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, Sarawak berpotensi menjadi destinasi eko pelancongan terkenal tanpa menjejaskan ekosistem dan warisan tempatan.

Eko Pelancongan Pemangkin Pembangunan Ekonomi Luar Bandar

Melalui pelancongan berasaskan komuniti dan inap desa, penduduk tempatan memperkenalkan keunikan budaya mereka dan mempromosikan kelestarian alam. Dengan sokongan kerajaan dan penglibatan masyarakat, sektor eko pelancongan ini berpotensi untuk memberikan impak positif kepada Sarawak.

KKDW Beri Tumpuan Terhadap Pelaksanaan Projek ‘Touch Point’

KKDW Sarawak Beri Tumpuan Kepada Pelaksanaan Projek ‘Touch Point’

Dalam memastikan masyarakat luar bandar memperoleh manfaat menyeluruh yang meliputi prasarana, ekonomi, perumahan dan pendidikan, KKDW terus memberi fokus kepada pelaksanaan projek ‘touch points’ yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang segera.

Menurut Pengarah KKDW Sarawak, Encik Mohd Shafiq Anas bin Abdullah ketika ditemu bual RAKAN Sarawak, empat projek touch point yang diberi keutamaan ialah Jalan Perhubungan Desa (JPD), Program Kemudahan Sosial (PAMS), Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air Luar Bandar.

Pengarah KKDW Sarawak, Encik Mohd Shafiq Anas bin Abdullah ketika ditemu bual

Bagi empat projek yang utama ini, ianya dilaksanakan oleh kebanyakan agensi-agensi pelaksana Kerajaan Sarawak yang dilantik seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Kementerian Utiliti Sarawak untuk projek bekalan elektrik seperti lampu solar dan sebagainya.

Projek-projek besar yang bernilai RM1 juta dan ke atas biasanya dilaksanakan sendiri oleh ibu pejabat KKDW dengan melantik agensi pelaksana daripada agensi-agensi teknikal negeri kecuali projek-projek yang bernilai RM1 juta dan ke bawah akan dilaksanakan oleh pejabat KKDW Sarawak.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar

Beliau juga memaklumkan bahawa, pejabat KKDW Sarawak adalah antara agensi yang menerima peruntukan kedua terbesar di peringkat kementerian khasnya untuk prasarana.

Semasa pejabat KKDW Sarawak baru diwujudkan lebih 10 tahun yang lepas, peruntukan yang diberi hanya dalam RM20 ke RM30 juta dan kebanyakan projek-projek pembangunan dilaksanakan sendiri oleh pejabat KKDW dengan kerjasama Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.

Melihat kepada impak daripada projek yang dilaksanakan ini begitu besar, pihak Kementerian menyedari adanya keperluan untuk memberikan peruntukan besar kepada pejabat KKDW Sarawak.

Pada tahun lepas, KKDW Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM130 juta untuk melaksanakan projek-projek JPD dan PAMS, manakala untuk tahun ini, KKDW Sarawak masih menerima peruntukan dalam lingkungan RM100 juta.

Projek Jalan Ladang Pertanian daripada batu kelikir atau jalan batu

Biasanya peruntukan yang diberikan setiap tahun sentiasa meningkat kerana program-program touch point ini memberi impak yang sangat cepat kepada rakyat khususnya dari segi menyediakan jalan yang menghubungkan kampung-kampung dan juga pembinaan jalan ladang pertanian.

KKDW Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek JPD, PAMS dan Jalan Ladang Pertanian yang biasanya mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk siap.

Untuk makluman, projek JPD telah dilaksanakan oleh KKDW sejak tahun 1981 bertujuan untuk menyediakan jalan-jalan perhubungan yang menyambungkan antara sesebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung tertentu dengan jalan raya utama.

Projek ini disasarkan untuk memberikan keselesaan perhubungan dan jaringan jalan kepada masyarakat luar bandar dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti, taraf hidup serta indeks akses perhubungan kepada mereka.

Projek PAMS pula mula dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) bermula 2002 bertujuan untuk melengkapkan prasarana sosial di kawasan luar bandar supaya seimbang dengan pertumbuhan kemudahan sosial di kawasan bandar.

Kemudahan sosial merupakan kemudahan awam yang disediakan untuk kegunaan masyarakat yang dikongsi bersama dan menjadi tumpuan komuniti setempat dan sekitarnya.

Kemudahan ini disediakan dalam bentuk kemudahan tempat, bangunan atau prasarana yang akan digunakan bagi menjalankan fungsi sosial seterusnya dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan maju.

Seterusnya ialah Projek Jalan Ladang Pertanian yang merupakan sub skop projek JPD, turut dilaksanakan untuk tujuan mengangkut hasil ekonomi pertanian di kawasan luar bandar.

Ringkasan bilangan projek JPD dan PAMS bagi tahun 2024 yang telah diluluskan
Ringkasan kelulusan projek JPD dan PAMS bagi tahun 2024

Melihat keadaan di Sarawak dari segi geografinya, ianya berselerakan disebabkan kawasan-kawasan penempatan di negeri ini sangat luas dan kebanyakan masyarakat di negeri ini khususnya di luar bandar menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian ataupun menjadi pekebun atau peladang.

Jika sebelum ini, petani-petani mengalami kesukaran untuk mengangkut hasil-hasil pertanian mereka disebabkan tiada akses jalan, namun dengan adanya jalan ladang pertanian ini telah membolehkan petani-petani membawa hasil-hasil pertanian mereka dengan mudah untuk dijual dan sebagainya.

Walaupun hanya jalan batu kelikir atau jalan batu sahaja dibina untuk jalan ladang pertanian ini, ia masih memberi manfaat besar kepada penduduk.

Sekurang-kurangnya, mereka sudah dapat membawa masuk kenderaan mereka ke kebun masing-masing, malah hasil pertanian mereka juga boleh dibawa terus daripada kebun kepada pemborong atau ke tempat lain untuk dijual.

Dengan itu, sudah pasti pendapatan petani-petani akan bertambah, malah mereka juga akan terdorong untuk mengembangkan projek pertanian masing-masing.

Didapati lebih ramai lagi penduduk yang mula membangunkan tanah-tanah mereka setelah adanya jalan ladang pertanian dengan mengusahakan pelbagai jenis tanaman untuk menjana pendapatan mereka. Pada tahun ini setakat bulan Mei 2024, Pejabat KKDW Sarawak telah memilih untuk tujuan pelaksanaan sebanyak 178 projek di mana 131 adalah projek JPD, 34 projek Jalan Ladang Pertanian dan 13 Program PAMS bernilai RM60, 535, 000.

Latest

Projek Infrastruktur IRSDA Beri Manfaat Kepada Penduduk Samarahan

Penubuhan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) merupakan pendekatan baharu Kerajaan Sarawak untuk memacu dan merancakkan lagi pembangunan di Bahagian Samarahan.

JKMS : Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Perhatian dan Perlindungan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMS) terus komited untuk memberi tumpuan terhadap kumpulan sasar yang amat memerlukan perhatian dan perlindungan di negeri ini. Kumpulan sasar yang JKMS telah kenal pasti ialah Kanak-Kanak; Warga Emas; Orang Kurang Upaya (OKU); Keluarga; Gelandangan; Mangsa Bencana; Mangsa Keganasan Rumah Tangga; Pesalah Muda; Komuniti Rentan; dan Mangsa Pemerdagangan Orang.

JKMS : Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Perhatian dan Perlindungan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMS) mendaya upayakan masyarakat dan mengamalkan kesamarataan melalui perkhidmatan kebajikan yang lestari bagi memastikan setiap individu mendapat sokongan yang diperlukan tanpa mengira latar belakang.

Toleransi Digital Sebagai Pemangkin Perpaduan di Era Digital

Dalam era digital yang semakin canggih, teknologi menjadi pemangkin penting untuk memperkukuh perpaduan, terutamanya dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Sarawak. Toleransi digital memberikan keupayaan kepada kita untuk perbezaan pendapat, budaya, dan gaya hidup dalam ruang siber sebagai elemen kritikal untuk membina hubungan harmoni.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Daerah Mukah Merealisasikan Pembangunan Mampan

Mukah yang dulunya hanya dikenal sebagai sebidang tanah rumbia yang kaya dengan pelbagai hasil tanaman kini sudah bertukar wajah menjadi sebuah ‘Kota Bestari’.
spot_imgspot_img

Projek Infrastruktur IRSDA Beri Manfaat Kepada Penduduk Samarahan

Penubuhan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) merupakan pendekatan baharu Kerajaan Sarawak untuk memacu dan merancakkan lagi pembangunan di Bahagian Samarahan.

JKMS : Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Perhatian dan Perlindungan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMS) terus komited untuk memberi tumpuan terhadap kumpulan sasar yang amat memerlukan perhatian dan perlindungan di negeri ini. Kumpulan sasar yang JKMS telah kenal pasti ialah Kanak-Kanak; Warga Emas; Orang Kurang Upaya (OKU); Keluarga; Gelandangan; Mangsa Bencana; Mangsa Keganasan Rumah Tangga; Pesalah Muda; Komuniti Rentan; dan Mangsa Pemerdagangan Orang.

JKMS : Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Perhatian dan Perlindungan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMS) mendaya upayakan masyarakat dan mengamalkan kesamarataan melalui perkhidmatan kebajikan yang lestari bagi memastikan setiap individu mendapat sokongan yang diperlukan tanpa mengira latar belakang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here