Exclusive Content:

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat tentang Vandalisme di Sarawak

Isu vandalisme di Sarawak perlu dilihat dengan memberi tumpuan kepada tahap kesedaran komuniti, punca sosial, serta inisiatif penyelesaian berasaskan bukti dan kolaborasi pelbagai pihak.

Bajet Persekutuan 2026 Perkukuh Akses Melalui Mobiliti Perkhidmatan

Tidak dinafikan, keberkesanan perkhidmatan bergerak tidak hanya bergantung kepada jumlah peruntukan atau bilangan kenderaan, tetapi kepada keupayaan untuk mengumpul data lapangan, menilai hasil jangka panjang, melatih petugas yang empati serta melibatkan komuniti secara aktif.

Projek Jalan Perhubungan Desa di Sarawak

165 Projek JPD Sarawak Diluluskan Bagi Tahun 2024

Sebanyak 165 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) Sarawak telah diluluskan bagi tahun 2024 dengan peruntukan berjumlah RM53,735,000.00.

Secara dasarnya, projek JPD telah dilaksanakan sejak 1981 oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau lebih dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLB) sebelum ini.

Tujuan projek JPD ini adalah untuk menyediakan jalan-jalan perhubungan yang menyambungkan antara sesebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung tertentu dengan jalan raya utama.

Antara objektif projek JPD ialah untuk memperluaskan jaringan jalan perhubungan di antara kampung- kampung di luar bandar dengan lokasi-lokasi kemudahan awam dan tumpuan penduduk setempat dan kawasan sekitar;

Mempergiat aktiviti ekonomi dan sosial melalui akses dan jaringan jalan perhubungan yang lebih menyeluruh; dan

Mempertingkatkan taraf jalan perhubungan masyarakat luar bandar dengan kualiti jalan yang lebih baik dan selesa.

Komponen JPD meliputi jalan, pembentungan, jambatan dan jalan tuju, longkang, bahu jalan, perabot jalan seperti papan tanda dan peralatan keselamatan pengguna jalan seperti bonggol (road bump), pengadang sisi jalan (guard rail) dan lintasan pejalan kaki.

Skop JPD terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu Bina Baharu, Naik Taraf dan Baik Pulih meliputi:

  1. Bina baharu jalan, pembentungan, longkang dan jambatan. 
  2. Pembinaan pembentungan, longkang dan jambatan haruslah bersekali dengan pembinaan jalan mengikut spesifikasi JPD yang ditetapkan;
  3. Naik taraf jalan atau melebarkan jalan (termasuk jambatan) sedia ada; dan
  4. Baik pulih pembaikan jalan, bahu jalan, perabot jalan sedia ada dan menurap semula permukaan jalan.

Difahamkan, projek JPD yang telah didaftarkan di bawah MARRIS adalah menjadi tanggungjawab MARRIS dan tidak boleh diselenggarakan oleh KKDW.

Projek Jalan Ladang Pertanian (JLP) merupakan sub skop daripada projek JPD yang turut dilaksanakan oleh KKDW untuk tujuan mengangkut hasil ekonomi pertanian di kawasan luar bandar.

Berkenaan dengan permohonan projek JPD ini, Pengarah Pejabat KKDW Sarawak, Encik Mohd Syafiq Anas bin Abdullah memberitahu, biasanya penduduk membuat permohonan projek menerusi Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN dan ahli parlimen di kawasan masing-masing.

Pengarah Pejabat KKDW Sarawak, Encik Mohd Syafiq Anas bin Abdullah

Setelah permohonan dihantar ke pejabat KKDW, pasukan teknikal yang terdiri daripada jurutera akan membuat penelitian untuk memastikan sama ada permohonan itu memenuhi kriteria, skop dan sebagainya sebelum permohonan tersebut dikemukakan kepada Ibu Pejabat bagi tujuan kelulusan.

Sekiranya projek itu sesuai atau memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, barulah pejabat KKDW Sarawak akan mempertimbangkan permohonan tersebut untuk urusan perlaksanaan, jelas beliau Ketika ditemu bual oleh RAKAN Sarawak.

Tambah beliau, selepas permohonan projek diluluskan, pejabat KKDW Sarawak akan melantik agensi pelaksana untuk melaksanakan projek yang sudah diluluskan itu.

Beliau menegaskan bahawa, permohonan setiap projek haruslah dari akar umbi dan seboleh-bolehnya, pejabat KKDW tidak mahu ada unsur politik terhadap setiap permohonan kerana permohonan haruslah daripada orang kampung dan manfaatnya juga haruslah kepada penduduk kampung.

(Keadaan sebelum) Naik taraf JLP di Kampung Lubok Pasu, Limbang

Apabila mereka mendapat manfaat atau faedah daripada projek tersebut, ia mendefinisikan bahawa pejabat KKDW telah dapat menyampaikan perkhidmatan yang baik serta mengguna pakai peruntukan dengan sebaik-baiknya untuk tujuan pembangunan tersebut.

Sebagai contohnya, projek JLP adalah untuk memberi impak secara menyeluruh ke atas pembangunan sosioekonomi kawasan luar bandar dengan menyediakan kemudahan jalan perhubungan desa yang asas bagi jalan ladang pertanian.

Pembinaannya sering dikaitkan dengan aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

(Keadaan Selepas) Naik taraf JLP di Kampung Long Sepangah, Limbang

Justeru, pelaksanaan JLP ini bertujuan agar kemudahan jalan bagi keperluan golongan pekebun kecil persendirian dan tidak terancang di sektor perladangan dan komoditi dipertingkatkan.

Dengan itu, jalan kampung sedia ada turut meliputi jalan ke kebun persendirian, jalan ladang, jalan yang menjadi laluan utama kenderaan berat dan jalan ladang yang digunakan oleh pekebun kecil dan orang ramai di kampung berhampiran. Untuk projek JLP, sekurang-kurangnya permohonan harus lebih daripada satu orang kerana ia tidak boleh dimohon secara individu.

Latest

Pembudayaan Integriti Memakmurkan Negara

Integriti dan tadbir urus tidak boleh dipisahkan kerana tadbir urus tanpa integriti akan melahirkan sistem yang kelihatan teratur tetapi rapuh.

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Ekonomi Kitaran Mengurangkan Sisa Menambah Nilai

Pendekatan ekonomi kitaran di Sarawak berpotensi mengurangkan sisa, menambah nilai bahan, dan memperkukuh pembangunan hijau.

Program Pemadanan Perniagaan Laluan Kejayaan Usahawan Desa Sarawak

Program pemadanan perniagaan di Sarawak menghubungkan usahawan desa dengan pasaran, pembiayaan dan bimbingan strategik, membina rantaian nilai inklusif serta memperkasa ekonomi luar bandar secara mampan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

PKS Nadi Ekonomi Sarawak

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan nadi penting ekonomi Sarawak, merangkumi lebih 97% daripada jumlah keseluruhan syarikat berdaftar dan menyumbang secara signifikan kepada peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi negeri.
spot_imgspot_img

Pembudayaan Integriti Memakmurkan Negara

Integriti dan tadbir urus tidak boleh dipisahkan kerana tadbir urus tanpa integriti akan melahirkan sistem yang kelihatan teratur tetapi rapuh.

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Ekonomi Kitaran Mengurangkan Sisa Menambah Nilai

Pendekatan ekonomi kitaran di Sarawak berpotensi mengurangkan sisa, menambah nilai bahan, dan memperkukuh pembangunan hijau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here