Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Projek Pembangunan Penuhi Keperluan Penduduk Spaoh

Daerah Kecil Spaoh seluas 529.12 km persegi, terletak di Bahagian Betong dan mempunyai empat (4) kawasan di bawah pentadbirannya iaitu;

  1. Pekan Spaoh dan kampung-kampung yang berhampiran meliputi Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Hulu, Nanga Bangkit dan Kampung Kebun Cina
  2. Kampung Paku Hulu
  3. Kampung Paku Hilir
  4. Kawasan Hilir Perairan Sungai Saribas yang meliputi Kampung Balingan (di hulu Sungai Saribas), Kampung Bungin, Kampung Sebemban, Seruai, Kampung Tanjung Assam, Terusan, Kampung Serembang, Kampung Manggut, Kampung Buda, Kampung Supa dan Kampung Medang (di hilir Sungai Saribas).

Jumlah penduduk di Daerah Kecil Spaoh ialah seramai 19,614 orang yang terdiri daripada kaum Melayu (13,990 orang), Kaum Iban (5,125 orang) dan Kaum Cina (499 orang).

Majoriti penduduk di kawasan ini bekerja sebagai petani manakala selebihnya pula bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan berniaga.

Baru-baru ini, RAKAN Sarawak telah mengadakan tinjauan ke Daerah Kecil Spaoh dan mendapati kawasan ini semakin pesat membangun hasil daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Waterfront Spaoh

Semasa tinjauan tersebut, RAKAN Sarawak sempat menemu ramah penghulu dan beberapa orang tuai rumah untuk mendapatkan pandangan mereka tentang pembangunan yang telah disaksikan dalam tempoh lebih lima tahun ke belakang.

Kesemua mereka mengakui bahawa, perubahan serta kemajuan yang paling ketara dapat dilihat di Daerah Kecil Spaoh terutama di kawasan rumah panjang mereka ialah keadaan jalan raya yang bagus (berturap) serta rumah panjang yang dibekalkan dengan bekalan air dan bekalan elektrik 24 jam.

Keadaan pekan Spaoh selepas tengah hari

Penghulu Legam berpandangan, sekiranya tiada projek pembangunan dibawa ke Daerah Kecil Spaoh, sudah pasti taraf hidup serta tahap ekonomi penduduk sangat mundur.

Penghulu Legam

Hal ini kerana, untuk meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk peningkatan dalam pendapatan, taraf pekerjaan dan pendidikan ia sangat bergantung kepada infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pada zaman ini, kemudahan internet sangat penting kerana kebanyakan penduduk tidak kira kakitangan kerajaan, swasta, pelajar malah golongan suri rumah turut memerlukan internet untuk berhubung antara satu sama lain serta menjalankan urusan perniagaan.

Oleh itu, beliau bersyukur kerana Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif memperluaskan jaringan internet di kawasan-kawasan rumah panjang dan hampir semua rumah panjang kini mempunyai akses internet walaupun liputannya masih tidak stabil.

TR Enteri anak Lengkoi dari Rh Samu, telah mula menyaksikan pembangunan di Spaoh sejak kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan pertanian seperti Skim Tanaman Getah dan Sawit dimana skim tanaman getah di kawasan-kawasan rumah panjang.

TR Enteri anak Lengkoi

Banyak kemajuan dapat dilihat di Spaoh terutama di kawasan rumah panjang mereka kerana Kerajaan Sarawak dan wakil rakyat komited melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jika dibandingkan lebih lima tahun lalu, rumah panjang mereka dilihat agak ketinggalan berbanding dengan rumah panjang yang lain.

Namun pada hari ini, rumah panjang mereka bukan saja dibekalkan dengan bekalan elektrik dan air, malah turut dihubungkan dengan internet yang telah memudahkan urusan mereka setiap hari.

TR Judin Girik ak Enggau dari Rh Udau memaklumkan bahawa rumah panjang mereka tiada sebarang isu setakat ini, kerana terus mendapat perhatian daripada kerajaan dan wakil rakyat di kawasan mereka bahkan kerap menerima bantuan daripada kerajaan.

TR Judin Girik ak Enggau

Setiap tahun, wakil rakyat akan memberi bantuan sebanyak RM3 ribu kepada setiap pintu rumah (terdapat 14 pintu) untuk meperbaiki kerosakan-kerosakan di rumah panjang mereka.

Beliau memberitahu bahawa penduduk di rumah panjang mereka turut terlibat dengan projek-projek tanaman kelapa sawit dan getah yang diberikan oleh kerajaan.

Menurut beliau, inisiatif ini amat penting kerana ia adalah satu-satunya cara untuk membantu penduduk rumah panjang meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

TR Bernard ak Mathew dari Rh Engkerbai Anyut, Paku, memberitahu RAKAN Sarawak bahawa penduduk rumah panjang mereka sedang memohon skim tanaman getah daripada Jabatan Pertanian kerana pokok-pokok getah mereka sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan susu getah yang banyak.

TR Bernard ak Mathew

Bagi beliau, penduduk rumah panjang mereka memilih untuk mengusahakan tanaman getah kerana kesesuaian tanah mereka, malah penduduk boleh menjana pendapatan dengan menorah getah.

Selain getah, penduduk rumah panjang mereka turut mengusahakan tanaman sawit secara persendirian dan di bawah projek Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

TR Kevin Bundak dari Rh Tanjung Baru memberitahu, rata-rata penduduk yang terdiri daripada 14 pintu, terlibat dengan skim tanaman getah daripada RISDA.

TR Kevin Bundak

Jelas beliau, melalui skim ini, ia sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan ekonomi penduduk rumah panjang serta menjana pendapatan mereka walaupun harga getah kurang stabil ketika ini.

Dalam pada itu, penduduk rumah panjang mereka masih mengharapkan projek-projek pertanian yang lain seperti penternakan lembu dan ikan keli daripada Jabatan Pertanian kerana ia mampu menjana pendapatan yang tinggi buat mereka.

Seperti Rh Udau, rumah panjang mereka juga turut menerima bantuan RM3 ribu setiap tahun bagi setiap isi rumah untuk memperbaiki kerosakan di rumah panjang.

Pada pandangan beliau, jika dilihat lebih 10 tahun lalu, Spaoh dilihat sudah hampir ‘malap’ namun kini sudah kembali ‘bersinar’ sejak kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan di sini.

TR Philomena Kupa ak Lemada dari Rh Ng Paun pula berkata, Daerah Kecil Spaoh telah berubah wajah apabila adanya jalan raya yang baik, bangunan-bangunan baharu, projek-projek pertanian dan sebagainya dilaksanakan di daerah kecil ini.

TR Philomena Kupa ak Lemada

Kebanyakan penduduk di rumah panjang mereka masih bergantung kepada hasil-hasil komoditi seperti lada, getah dan sawit.

Namun begitu, biro wanita pula banyak dibimbing oleh kerajaan dari segi memberi latihan menjahit, menyulam, memasak, membuat kuih muih dan sebagainya.

Program-program sebegini telah mendapat respons yang sangat menggalakkan daripada penduduk rumah panjang mereka dan kini, ramai di kalangan wanita dari rumah panjang mereka sudah pandai menjahit, menenun, menyulam dan sebagainya bahkan membuat kuih muih untuk dijual.

Isu di rumah panjang mereka kini hanya masalah liputan internet yang tidak stabil, justeru beliau berharap kerajaan dapat menaik taraf kemudahan internet di rumah panjang mereka.

Bagi beliau, liputan internet ini sangat penting bukan saja buat pelajar sekolah dan golongan bekerja, tetapi ia merupakan faktor yang boleh mendorong golongan belia yang merantau kerap balik ke rumah panjang agar kawasan rumah panjang mereka tidak sunyi.

Keadaan pekan Spaoh selepas tengah hari

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here