Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

RADDA Mencorak Masa Depan Komuniti dengan Pembangunan Mampan

Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) telah menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima (5) tahun, dengan 87 projek yang telah dibincangkan setakat ini.

Peruntukan ini akan digunakan secara bijak mengikut sektor yang bakal memberi impak besar kepada masyarakat setempat khususnya di empat (4) kawasan parlimen iaitu Tanjung Manis, Igan, Sarikei serta Mukah dan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng, Repok, Meradong, Pakan, Meluan, Dalat, Telian dan Balingian.

Pecahan nilai projek adalah seperti berikut:

  1. Sektor Infrastruktur: RM 926,600,000.00
  2. Sektor Pelancongan & Sosial: RM 397,315,000.00
  3. Sektor Pertanian: RM 13,500,000.00
  4. Sektor Usahawan: RM 126,990,000.00
  5. Sektor Utiliti: RM 61,500,000.00

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), YB Datuk Len Talif Salleh ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Datuk Len Talif Salleh ketika ditemu bual RAKAN Sarawak

Menurut beliau, antara langkah yang diambil RADDA untuk memastikan kejayaan projek-projek ini adalah melalui mesyuarat koordinasi yang melibatkan ahli jawatankuasa RADDA, ADUN terlibat, pihak kementerian, Residen bahagian Sarikei dan Mukah, agensi pelaksana, serta kakitangan yang terlibat.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan status projek dan memastikan semua pihak dapat memberikan persetujuan dan sokongan terhadap pelaksanaan projek yang berimpak tinggi kepada masyarakat.

Selain mesyuarat, RADDA turut terlibat dalam pameran yang diadakan di tapak pesta untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang misi, visi, objektif penubuhan RADDA, serta senarai projek yang akan dilaksanakan.

Pameran ini memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami usaha-usaha pembangunan yang dijalankan, yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Walaupun tiada projek yang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024, beberapa projek yang bakal dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang akan memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat di kawasan RADDA.

Antaranya ialah Projek SAWAS yang melibatkan tujuh (7) Rumah Panjang Btg. Lassa, Sibu bertujuan untuk memastikan penduduk luar bandar mendapat bekalan air bersih, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dengan adanya kemudahan ini, masyarakat tidak lagi perlu membazirkan masa dan tenaga mencari sumber air yang selamat, yang merupakan asas untuk mewujudkan komuniti yang sihat, produktif, dan sejahtera.

Kedua ialah Projek Terminal Perikanan Mukah Fasa 1 yang bakal mempertingkatkan infrastruktur bagi industri perikanan, memudahkan pengumpulan dan pemasaran hasil laut, serta meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan nelayan setempat.

Projek ini juga memberi impak besar kepada ekonomi tempatan dan memastikan bekalan makanan yang lebih selamat dan berkualiti.

Ketiga ialah Projek By Pass Road Selalang/Sare, Sarikei yang dijangka akan menggalakkan pertumbuhan pertanian komersial di kawasan Selalang/Sare dengan meningkatkan tahap ketersambungan dan infrastruktur.

Jalan yang lebih baik ini akan mengurangkan masa perjalanan, memudahkan pengangkutan, dan meningkatkan akses kepada peluang ekonomi untuk lebih 300 penduduk luar bandar.

Projek ini akan mengurangkan masa pengangkutan sebanyak separuh, memudahkan perjalanan yang lebih cepat dan efisien.

Ia juga akan menjadi laluan alternatif bagi pengembara yang datang dari Kuching, Sri Aman, Betong, dan Roban (Pan Borneo), membolehkan mereka sampai ke Sarikei melalui Jalan Utama Pesisir ke-2.

Selain itu, sekiranya Lebuhraya Pan Borneo tidak dapat dilalui akibat pembaikan atau masalah lain, laluan yang dicadangkan ini akan menjadi akses utama ke Sarikei, Bintangor, dan destinasi lain seperti Sibu, sekali gus memastikan perjalanan yang lebih lancar dan mengurangkan kebergantungan kepada Lebuhraya Pan Borneo.

Sebagai usaha memperkasakan modal insan di kawasan pembangunan RADDA, satu aspirasi jangka panjang telah dirangka, iaitu Aspirasi RADDA 2030.

Aspirasi RADDA 2030 ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang mampan di mana setiap individu menikmati kemakmuran tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Enam matlamat utama dalam aspirasi ini meliputi:

  1. Penyediaan tempat yang selamat, sihat, dan menarik untuk perniagaan serta kehidupan.
  2. Mewujudkan infrastruktur dan utiliti yang mampan.
  3. Memastikan akses yang saksama kepada perkhidmatan sosial dan peluang ekonomi.
  4. Mengurangkan jurang ketidaksamaan antara kawasan.
  5. Membina komuniti yang inklusif tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.
  6. Menyediakan pekerjaan yang memuaskan dalam ekonomi yang mampan.

Sehubungan itu, RADDA memberi tumpuan kepada lima sektor utama dalam usaha membangunkan dan memperkasakan modal insan di kawasan luar bandar, iaitu:

  1. Infrastruktur:

Peningkatan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, dan elektrik, untuk mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta meningkatkan akses kepada pendidikan, kesihatan, dan peluang ekonomi.

  • Utiliti:

Menyediakan bekalan air bersih kepada kawasan terpencil seperti melalui projek SAWAS, untuk memastikan tiada kawasan yang terpinggir dari keperluan asas ini.

  • Pertanian dan Food Basket:

Meningkatkan produktiviti pertanian dengan projek seperti pembinaan Pusat Pertanian Balingian, yang memberi sokongan kepada dasar pertanian negara dan meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar.

  • Usahawan:

Memperkasa sektor usahawan melalui projek seperti Anjung Usahawan Belawai dan Taman Perindustrian Ringan (Fasa 1), yang memberi peluang pekerjaan dan memperkukuhkan ekonomi setempat.

Lakaran artis: Cadangan Projek Anjung Usahawan Belawai
  • Pelancongan & Sosial:

Membangunkan projek seperti Pusat Kebajikan dan Kesejahteraan Daro, serta menambahbaik infrastruktur sosial dan kebudayaan seperti Tebingan Matu Fasa 2, yang menyumbang kepada pembangunan komuniti, pemeliharaan warisan, dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Lakaran artis: Cadangan naik taraf Esplanade Sarikei Waterfront

Melalui projek-projek ini, RADDA bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar, tetapi juga memastikan bahawa setiap pembangunan yang dilaksanakan membawa manfaat yang luas dan berterusan kepada komuniti setempat.

Lakaran artis: Cadangan naik taraf Taman Tanjung Pedada, Mukah kepada Tanjung Pedada Eco-Park Mukah

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here