Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

SAWAS Pendekatan Terbaik Penuhi Keperluan Penduduk Luar Bandar

Bagi memastikan setiap rakyat sama ada di bandar mahupun di luar bandar dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat, JBALB terus komited melakukan penambahbaikan pengoperasian dan perkhidmatan kepada masyarakat melalui perancangan rapi projek-projek bekalan air.

Salah satu projek yang terus diberi tumpuan ialah Projek SAWAS, di mana ia telah diperkenalkan sebagai usaha untuk menangani masalah mendapatkan bekalan air bersih, malah telah direka khusus untuk mengubah landskap sistem bekalan air yang lebih holisitik, bersepadu dan menyeluruh.

Peta menunjukkan Projek SAWAS Fasa 1 secara keseluruhannya

Secara dasarnya, pelaksanaan sistem ini juga adalah untuk menampung permintaan penggunaan bekalan air yang semakin meningkat dari 2040 (Jangka Sederhana) sehingga 2070 (Jangka Panjang).

Projek SAWAS yang dilaksanakan di bawah Program Grid Bekalan Air dilihat sebagai satu pendekatan terbaik bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan luar bandar.

Merujuk Buletin JBALB Edisi 1 (Januari–Jun 2021), melalui projek SAWAS, JBALB sebagai agensi pelaksana akan menyalurkan bekalan air ke kawasan yang terpencil, tiada akses jalan raya, pedalaman dan belum menerima bekalan air yang bersih dan selamat.

Projek SAWAS selesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan luar bandar

Objektif utama projek SAWAS adalah untuk menyediakan bekalan air bersih dan selamat dengan menggunakan sistem bekalan air bersesuaian yang akan dikendalikan dan diselenggarakan oleh masyarakat tempatan.

Projek SAWAS adalah bersifat komuniti di mana tanggungjawab untuk pengendalian dan penyelenggaraan terletak pada komuniti tersebut namun, pihak JBALB akan sentiasa memantau keadaan loji tersebut dari semasa ke semasa.

Oleh kerana ia bersifat komuniti, pihak JBALB dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Kesedaran dan Pendidikan SAWAS.

Bangunan Loji Rawatan Air dan Tangki Aras Tinggi 0.2 ML (Projek SAWAS) di Kpg Tegelam, Simunjan

Tujuan program tersebut adalah untuk memastikan segala perancangan serta perkembangan projek-projek bekalan air dapat disampaikan secara berkesan selain memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai sistem SAWAS.

Matlamat program pendidikan dan kesedaran ini juga adalah untuk menjalin kerjasama yang erat diantara pihak JBALB dan komuniti yang menerima sistem SAWAS.

Program Pendidikan dan Kesedaran SAWAS di Rh Banta, Bintulu

Program ini turut menjadi platform bagi pihak JBALB dan komuniti setempat termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung berbincang untuk mengelakkan daripada timbulnya salah faham di kalangan penduduk setempat berkenaan sistem SAWAS.

Melalui program tersebut, komuniti setempat telah mendapat banyak manfaat kerana pihak JBALB turut menyediakan latihan teknikal kepada pengendali (operasi) dari kalangan komuniti yang dilantik untuk mengendalikan sistem SAWAS.

Air bersih yang terawat merupakan keperluan penting penduduk bukan sahaja di negeri ini bahkan untuk seluruh penduduk dunia.

Pandangan udara tangki aras Ttnggi (hing level tank) di Sadong Jaya

Justeru penyediaan kemudahan bekalan air bersih terawat itu amat dihargai dan disyukuri oleh penduduk, sekali gus salah satu daripada impian mereka telah dipenuhi oleh kerajaan Sarawak.

Bekalan air bersih terawat ini seiring dengan kemudahan yang ada di bandar serta akan saling melengkapi kemudahan asas lain termasuk bekalan elektrik dan yang akan dirancang pelaksanaannya iaitu jalan raya serta telekomunikasi.

Sesi Randau Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum mengenai Bekalan Air dan Elektrik di Balai Ringin

Untuk rekod, projek SAWAS dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dengan peruntukan bernilai RM49.8 Juta bagi Fasa 1 (siap pada 2018) dan RM134.6 Juta bagi Fasa 2.

Bagi fasa 2, pelaksanaan projek sebanyak 22 pakej dengan anggaran kos sebanyak RM134.6 juta melibatkan 53 kampung (1,548 isi rumah) telah dimulai pada tahun 2020 dan dijangka selesai pada tahun 2021-2022.

Projek SAWAS Fasa 2 dilaksanakan di 53 kampung dengan kos sebanyak RM134.6 juta

Setakat ini, 21 projek membabitkan kos RM38 juta sedang dalam proses pembinaan manakala 32 projek dengan kos sebanyak RM96 juta masih dalam pra-kontrak.

Bagi fasa 3 yang telah mula dilaksanakan pada 2021, ia melibatkan 1,000 perkampungan dengan anggaran kos sebanyak RM3 bilion.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here