Exclusive Content:

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Hidroponik Sebagai Sokongan Ekonomi Sementara Menunggu Getah

Sarawak Agrofest 2025 yang berlangsung di Bintulu bermula dari 22 hingga 31 Ogos sekali lagi menjadi platform penting untuk mengetengahkan inovasi dan potensi sektor pertanian negeri.

Antara peserta yang menarik perhatian adalah Awang Lemarizan, 55 tahun, seorang pekebun kecil dari Bintulu yang berjaya membuktikan bahawa teknologi hidroponik mampu menjadi sumber pendapatan alternatif yang stabil bagi pekebun kecil getah.

Pertanian moden semakin mendapat tempat dalam kalangan pekebun kecil di Sarawak, khususnya apabila pendekatan baharu mampu menjadi penyelesaian praktikal kepada cabaran pendapatan yang tidak menentu.

Antara contoh nyata ialah usaha Awang Lemarizan yang berjaya memanfaatkan sokongan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menceburi bidang hidroponik.

Awang merupakan seorang pekebun kecil di bawah RISDA yang memiliki 20 ekar tanah getah di kawasan Kemena, Jepak dan Batu 17.

Encik Awang Lemarizan semasa ditemu bual RAKAN Sarawak sempena Sarawak Agrofest 2025 di Bintulu

Seperti kebanyakan pekebun lain, beliau berdepan cabaran menunggu tempoh matang pokok getah yang memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun sebelum boleh ditoreh.

Tempoh panjang ini lazimnya menjejaskan kelangsungan hidup pekebun kecil kerana ketiadaan pendapatan tetap.

Namun, sokongan RISDA membuka ruang baharu dengan memperkenalkan projek sampingan yang mampu menjana pendapatan jangka pendek.

Melalui program ini, Awang memilih untuk mengusahakan tanaman secara hidroponik dengan kos untuk satu set sistem hidroponik mencecah RM6,000, tetapi peralatan asas telah disediakan melalui bantuan RISDA.

Dengan itu, beliau tidak lagi hanya menunggu hasil daripada pokok getah, sebaliknya mula membina sumber pendapatan baharu yang lebih stabil.

Sejak dua tahun lalu, Awang telah mengusahakan tiga set hidroponik melibatkan tiga penama, iaitu dirinya sendiri, isteri dan anak.

Pendapatan purata yang diperoleh daripada setiap set mencecah RM1,000 sebulan, sekali gus menjadikan projek ini sebagai sumber kewangan tetap yang seolah-olah menyerupai gaji bulanan.

Dari perspektif pekebun kecil, angka tersebut amat bermakna kerana dapat menampung perbelanjaan keluarga sepanjang menunggu hasil getah.

SMZY Enterprise yang diasaskan oleh Awang Lemarizan, peserta kebun kecil di bawah bimbingan RISDA telah membuktikan bahawa usaha gigih mampu mengubah bantuan menjadi kejayaan

Sayur-sayuran yang ditanam meliputi sawi manis, sawi pahit, kailan dan Chinese cabbage, namun salad menjadi pilihan utama pasaran kerana nilai jualannya lebih baik walaupun memerlukan penjagaan yang lebih teliti

Sebaliknya, sawi yang mudah ditanam serta boleh dituai dalam tempoh hanya 30 hari menjadikan kitaran tanaman ini efisien, sekali gus memperkukuh hidroponik sebagai model pertanian moden yang praktikal, cepat dan berdaya saing.

Selain memanfaatkan bantuan RISDA, Awang juga bergantung pada sokongan komuniti apabila beliau mengusahakan projek hidroponik dalam bentuk kerjasama, di mana stok hasil tanaman yang tidak mencukupi akan dilengkapkan dengan bekalan daripada rakan-rakan lain.

Hasil tersebut kemudiannya dipasarkan bersama-sama, secara langsung telah mewujudkan satu ekosistem pertanian yang saling menguntungkan.

Usaha ini bukan sahaja menjana pendapatan peribadi, malah membantu komuniti pekebun kecil lain di sekitar Bintulu.

Pasaran sayur hidroponik yang semakin berkembang bermula dengan hasil tanamannya hanya dijual di pasar tempatan

Kini, permintaan datang daripada pelbagai pihak termasuk peniaga makanan seperti pengusaha burger yang menggunakan salad segar sebagai bahan utama.

Kejayaan ini membuktikan bahawa hasil pertanian moden bukan sahaja berdaya pasaran, tetapi juga mampu memenuhi permintaan harian pengguna bandar.

Dalam aspek teknikal, hidroponik sering dianggap rumit oleh sesetengah pihak namun, pengalaman Awang menunjukkan bahawa kunci kejayaan terletak pada pengetahuan asas, khususnya dalam mengawal pH air dan baja.

Dengan penjagaan yang konsisten, tanaman hidroponik tidak memerlukan racun, lebih bersih, dan selamat dimakan.

Beliau turut melihat potensi untuk mempertingkatkan lagi sistem yang ada dengan penggunaan teknologi automasi digital yang mampu mengawal semua aspek tanaman secara sistematik.

Penerapan teknologi ini bakal menjadi langkah seterusnya dalam menjadikan pertanian moden lebih efisien dan menarik minat golongan muda.

Hal ini selaras dengan matlamat RISDA yang bukan sahaja membangunkan sektor getah, tetapi turut memberi peluang kepada pekebun kecil untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

Lebih penting lagi, pengalaman Awang membuktikan bahawa pertanian tidak boleh lagi dilihat sebagai aktiviti sampingan atau kerja tradisional yang kurang berdaya saing.

Pertanian moden adalah satu bentuk perniagaan yang mampu memberi pulangan setara, malah kadang-kadang lebih baik daripada gaji bulanan pekerjaan lain.

Dengan kesungguhan dan pengurusan yang betul, bidang ini mampu memberikan kepuasan dan jaminan ekonomi yang stabil.

Usaha Awang Lemarizan juga memberi inspirasi kepada generasi muda dan pekebun kecil lain di mana dengan melibatkan isteri dan anak dalam projek hidroponik, beliau menjadikannya sebagai model perniagaan keluarga yang boleh diwarisi dan dikembangkan.

Lebih ramai yang mengetahui tentang manfaat program RISDA akan membuka peluang lebih luas untuk memanfaatkan tanah yang terbiar, sekali gus mengelakkan ia daripada dibiarkan tanpa hasil.

Sesungguhnya, Sarawak Agrofest 2025 di Bintulu menjadi platform penting untuk memperlihatkan bagaimana pekebun kecil seperti Awang mampu melangkah ke hadapan melalui inovasi pertanian.

Festival ini bukan sekadar pameran, tetapi ruang perkongsian inspirasi yang memperlihatkan penyelesaian praktikal kepada cabaran ekonomi komuniti luar bandar.

Kisah ini menonjolkan satu pengajaran utama di mana dengan adanya sokongan kerajaan, kemahuan untuk belajar, serta kerjasama komuniti, sektor pertanian mampu menjadi jalan keluar daripada kitaran ketidaktentuan pendapatan.

Hidroponik, dalam konteks ini, bukan sahaja penyelesaian sementara, tetapi juga model perniagaan moden yang membuka ruang baharu untuk masa depan pertanian di Sarawak.

Latest

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.
spot_imgspot_img

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here