Exclusive Content:

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.

Daun Nanas, Dari Jejak Tradisi Ke Inovasi Global

Di sebalik populariti buah nanas yang sering menjadi sajian meja makan, siapa sangka daunnya yang berduri itu mampu melahirkan produk bernilai tinggi hingga ke pasaran antarabangsa.

Inilah kisah Puan Khairah binti Abdul Khadir, 61 tahun, seorang usahawan dari Pontian, Johor, yang mewarisi kemahiran nenek moyangnya menghasilkan benang daripada serat daun nanas, lalu menghidupkan kembali warisan yang hampir lenyap.

Menurut Puan Khairah ketika ditemu bual RAKAN Sarawak sempena Sarawak Agrofest 2025, yang berlangsung di Bintulu pada 22 hingga 31 Ogos, beliau bersama adiknya merupakan generasi keempat dalam keluarga yang bergiat dalam perusahaan unik ini.

Puan Khairah binti Abdul Khadir menunjukkan benang yang dihasilkannya daripada serat daun nanas

Jika dahulu nenek moyangnya menghasilkan benang gentian kaca secara tradisional, tetapi pada hari ini beliau dan keluarganya berusaha menyesuaikan teknik itu dengan bimbingan Lembaga Nanas Malaysia, Johor.

Menurut beliau, hasrat utama mereka bukan sekadar berniaga, tetapi untuk memastikan warisan turun-temurun tidak luput ditelan zaman.

“Kami teruskan perusahaan nenek moyang kerana benang serat nanas ini ada nilai besar, malah Lembaga Nanas Malaysia, Johor juga sudah mengiktirafnya kerana potensinya yang boleh pergi jauh, hingga ke luar negara,” jelasnya.

Perjalanan menghasilkan benang daripada daun nanas bukanlah mudah, kerana ia bermula dengan memetik daun dari pokok yang telah berbuah di mana ia merupakan satu proses yang dianggap berisiko kerana durinya yang tajam mampu melukakan tubuh.

Serat daun nanas yang akan diproses menjadi benang

Daun itu dikerut selama dua hingga tiga hari sebelum diproses menjadi serat halus, namun daripada 400 helai daun yang dipetik, hanya sedikit benang dapat dihasilkan

Justeru, tidak hairanlah harga benang mentah mencecah antara RM800 hingga RM1,000 sekilogram, bergantung kepada kualitinya.

Menurut beliau, permintaan terbesar datang daripada tempahan kain tenunan, kraf tangan, sulaman serta produk hiasan eksklusif.

Selain benang mentah, produk lain yang kini mendapat perhatian termasuk beg anyaman, tikar, kertas, hiasan bingkai, rantai kunci dan sulaman jahit suji bilang (cross-stitch).

Menariknya, inovasi terkini membolehkan benang serat nanas digabungkan dengan fabrik lain seperti songket, kapas dan nilon bagi menghasilkan kain unik yang berkualiti tinggi.

Ketika memulakan perusahaan pada tahun 2007, usaha ini dianggap asing bahkan, benang daripada daun nanas kurang dipandang orang, malah pembeli awal hanya menempah tanpa diketahui kegunaannya, namun berkat kesabaran, produk itu kini mendapat permintaan berterusan.

Puan Khairah turut menekankan bahawa usahawan sepertinya tidak menghasilkan produk secara besar-besaran, sebaliknya mengikut tempahan pelanggan.

Namun, setiap kali menyertai ekspo seperti Sarawak Agrofest 2025 ini, beliau akan membawa produk dalam jumlah besar untuk dipamerkan dan dijual kepada pengunjung.

“Program seperti Agrofest ini sangat bagus kerana membuka ruang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk, memberi inspirasi kepada orang ramai dan mengangkat produk tempatan ke mata dunia,” katanya penuh semangat.

Benang daripada serat daun nanas mampu menghasilkan produk bernilai tinggi

Walaupun perusahaan ini hanya dijalankan secara sampingan, nilai ekonomi yang dijana tidak kecil kerana Puan Khairah menganggarkan pendapatan tahunan mereka boleh mencecah RM50,000, bergantung pada permintaan.

Tambah beliau, acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) serta Hari Nanas Malaysia yang diraikan pada 27 Jun setiap tahun sering membuka ruang tempahan khas bermula daripada hiasan pondok hingga ke atap berunsur serat nanas.

Lebih penting, perusahaan ini membuktikan bahawa daun nanas yang sering dianggap sisa buangan pertanian sebenarnya mampu menjadi sumber rezeki.

Dengan kreativiti, ia dapat ditukar menjadi produk bernilai tinggi sekali gus menyokong konsep ekonomi kitaran.

Namun, perjalanan Puan Khairah dan adiknya bukannya tanpa cabaran, kerana proses memetik daun yang memerlukan ketelitian, masa yang lama untuk menghasilkan sulaman, serta harga produk yang mahal menjadikan perusahaan ini masih terhad kepada segmen tertentu.

Bagi memastikan kelangsungannya, Puan Khairah berharap lebih ramai belia dapat didedahkan dengan kemahiran memproses serat nanas.

Setakat ini, tiada anak cucunya yang menyambung perusahaan ini, tetapi beliau percaya jika diberi pendedahan awal, generasi muda boleh melihat potensi besar dalam industri ini, sama ada sebagai pengeluar, pereka kraf atau pemasar digital.

Inisiatif Lembaga Nanas Malaysia dalam memberi bimbingan serta penganjuran kursus juga dilihat penting untuk melahirkan lebih ramai usahawan baharu.

Dengan sokongan komuniti dan pembeli, perusahaan seperti ini bukan sahaja menjana ekonomi, tetapi juga menjaga kelestarian warisan bangsa.

Kisah Puan Khairah menjadi contoh nyata bagaimana warisan keluarga dapat dihidupkan kembali dengan inovasi hingga menjadikan perusahaan serat nanas berpotensi sebagai industri bernilai tinggi yang mengangkat nama Malaysia ke pasaran global.

Di saat masyarakat semakin menuntut produk berasaskan lestari, serat nanas tampil sebagai alternatif unik kerana ia bersifat mesra alam, bernilai tinggi dan penuh cerita warisan.

Sarawak Agrofest 2025 sekali lagi membuktikan fungsinya bukan sekadar pameran pertanian, tetapi juga pentas mempertemukan usahawan, komuniti dan masyarakat umum.

Dari Bintulu ke Pontian, dan daripada ladang nanas ke pentas dunia, inilah perjalanan daun nanas yang menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

Latest

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.

TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua

Suatu masa dahulu, TVET sering menerima persepsi negatif seperti...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Mengekalkan Warisan Budaya Etnik di Bandar Tanpa Meminggirkan Masyarakat Luar Bandar

Penghijrahan belia etnik Sarawak ke bandar seperti Kuching dan Miri mewujudkan jurang warisan, menyebabkan tradisi kampung terancam. Usaha pemuliharaan budaya bandar perlu adil, mengiktiraf komuniti luar bandar sebagai punca ilmu, serta berkongsi habuan ekonomi agar kedua-dua dunia diperkasa secara seimbang.
spot_imgspot_img

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here