Exclusive Content:

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Sarawak’s Inclusive Growth Lifts Every Community Toward Dignity

Sarawak is moving beyond GDP to measure poverty multidimensionally, tailoring urban and rural solutions. By integrating federal and state resources, expanding social protection, and upgrading infrastructure, the state aims to convert macroeconomic wealth into shared, dignified prosperity for all Sarawakians.

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Teknologi Retort Perluaskan Pilihan dan Pasaran Produk KedeyIjam

Semangat dan keinginan yang tinggi Encik  Ismail Hanizam Bin Safri iaitu Pengasas  kedeyIjam untuk  mengetahui keupayaan teknologi Retort dan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah lebihan makanan telah membawa kepada penghasilan produk makanan secara retort.

Pada mulanya, Encik Ismail Hanizam ataupun lebih dikenali Ijam di kalangan rakan rapatnya  mencari penyelesaian bagaimana untuk mengatasi lebihan dan pembaziran makanan dengan mengasingkan makanan dengan pembungkusan menarik di samping memastikan makanan tahan lebih lama.

Teknologi Retort ini mungkin sesuatu yang baru bagi kita di Sarawak tetapi penghasilan produk makanan ini menurut Ijam semakin mendapat tempat dan popular seiring dengan perubahan gaya hidup dan trend pembelian dalam talian

Ijam menjelasnya dengan bahasa mudah, teknologi retort ini adalah proses nyah kuman pada suhu yang sangat tinggi. Sebagai contoh, retort memerlukan 121 suhu panas dengan tekanan 15 bar yang dimampatkan. Di sinilah proses pensterilan akan berlaku, tanpa bahan pengawet untuk proses membunuh kuman.

Tindakannya menghasilkan produk retort ini juga didorong oleh perubahan trend membeli makanan kini, mendapatkan produk dalam talian kini menjadi lebih mudah dan tidak perlu datang jauh ke Sarawak untuk mendapatkan produk itu. 

Penyediaannya amat mudah dengan memasukkan dua (2) bungkusan kecil ke dalam bungkusan utama, masukkan air dan serbuk pemanas air. Setelah 2 ke 3 minit, sudah boleh diangkat dan disediakan

Dari situ timbulnya idea untuk menghasilkan makanan kegemaran dan mengenyangkan bagi rakyat Malaysia iaitu Nasi Basmathi dengan enam (6) produk berserta lauk iaitu Kari Ayam,  Kari Daging, Rendang Ayam, Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan, Daging Masak Hitam Gula Apong.

Banyak penyelidikan dilakukannya sendiri sebelum memulakan penghasilan makanan ini iaitu melihat kepada permintaan yang tinggi di kalangan mereka yang menjadikannya bekal dan stok makanan untuk aktiviti berkhemah, mendaki dan bagi rakyat Malaysia yang tinggal dan melanjutkan pengajian di luar negara yang merindui masakan Malaysia. Begitu juga kepada mereka pergi menunaikan haji ataupun umrah.

Jelas Ijam, kelebihan teknologi Retort ini ia terlalu mudah dan ringkas penyediaannya makanannya dengan hanya  membuka paket dan mengisi air di dalam paket yang mengandungi dua (2) lagi paket kecil (satu mengandungi nasi basmathi dan satu lagi mengandungi lauk). Kemudian masukkan serbuk pemanas yang akan bertindak memanaskan air dan bungkusan tersebut.

Bukan itu sahaja, kelebihan produknya berbanding produk lain ialah di dalamnya disediakan sekali dengan pinggan plastik serta sudu, garpu dan tisu. Serbuk pemanas juga boleh menjimatkan masa dengan tidak perlu untuk menyediakan gas ataupun unggul api untuk memasak sebab semuanya telah tersedia.

Ijam bersyukur kerana berjaya meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang baru-baru ini menyumbang beberapa 1,000 bungkusan makanan ini. Mangsa banjir tidak perlu memikirkan    di mana untuk mendapatkan tenaga elektrik untuk memasak nasi, memanaskan makanan menggunakan dapur gas dan sebagainya.

Encik Ismail Hanizam ataupun lebih dikenali Ijam yakin tentang potensi penghasilan produk makanan yang telah diceburinya sejak tahun lepas, selain memberikan pilihan makanan yang mudah disediakan dengan mengekalkan kualiti makanan pada tahap terbaik

Jelas Ijam, teknologi retort ini membolehkan makanan ini boleh disimpan selama satu (1) tahun (yang belum dibuka).

Perjalanan dan minatnya dalam bidang masakan ini bermula seawal tahun 2017 dengan hanya berjual roti canai di tepi jalan di Jalan Haji Taha, Kuching. 

Selama dua (2) tahun 2017 hingga 2019, berjual roti canai, dia memperluaskan perniagaan kecil-kecilan sehingga  memiliki dan mengusahakan kedai makan pada 26 Januari 2020.

Walaupun berdepan dengan Covid-19 ketika itu, tidak mematahkan semangatnya untuk menimba sebanyak ilmu dan mempelajari ilmu pembuatan roti dan kulinari di salah sebuah institusi pendidikan hospitaliti berhampiran kedainya.

Pada tahun 2023, dia telah membuka kedai roti dan telah pun memiliki  kilang di Demak dan pada bulan Februari 2024, dia mula memperluaskan produknya iaitu penghasilan makanan secara retort dengan enam (6) paket produk makanan berserta dengan nasi basmathi di samping ada juga menjual lauk sahaja.

Selain makanan yang dihasilkannya, Ijam turut menyediakan perkhidmatan pembungkusan dengan  menggunakan teknologi retort dengan caj tertentu mengikut permintaan pelanggan, dengan pelanggan akan menghantar lauk yang perlu dibungkus dan disediakan mengikut teknologi retort.

Pengasas KedeyIjam ini, yang juga salah seorang Usahawan Sarawak ini ditemu bual semasa tinjauan RAKAN Sarawak ketika  Karnival Medan Niaga Satok 2025.

Latest

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan...

Memelihara Keindahan Warisan Keringkam

Keringkam ialah warisan seni sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Keindahan...

Newsletter

spot_img

Don't miss

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan...

Memelihara Keindahan Warisan Keringkam

Keringkam ialah warisan seni sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Keindahan...

Sarawak’s Inclusive Growth Lifts Every Community Toward Dignity

Sarawak is moving beyond GDP to measure poverty multidimensionally, tailoring urban and rural solutions. By integrating federal and state resources, expanding social protection, and upgrading infrastructure, the state aims to convert macroeconomic wealth into shared, dignified prosperity for all Sarawakians.
spot_imgspot_img

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang mendiami kawasan tanah tinggi utara Sarawak, khususnya di Limbang dan Lawas. Hidangan ringkas ini diperbuat daripada...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan penting bagi penduduk luar bandar Sarawak, terutama di Bahagian Kapit. Sebelum siapnya jalan yang menghubungkan Sibu,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here