Exclusive Content:

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

“All Press is Good Press”: Mitos Berbahaya Dalam Kesihatan Mental

Dalam era media yang serba pantas dan kompetitif, ungkapan semua liputan media adalah liputan yang baik (all press is good press)  sering dijadikan pegangan tidak rasmi dalam dunia komunikasi.

Ia membawa maksud bahawa setiap bentuk liputan, sama ada positif atau negatif, tetap memberi manfaat kerana mampu menarik perhatian dan meningkatkan publisiti.

Dalam konteks pemasaran atau hiburan, pendekatan ini mungkin ada kebenarannya namun, apabila ia diaplikasikan kepada isu yang melibatkan kesihatan mental, kepercayaan ini menjadi satu mitos yang berbahaya dan perlu ditolak sepenuhnya.

Realiti semasa menunjukkan bahawa isu kesihatan mental bukan lagi sesuatu perkara yang boleh diambil ringan.

Hakikatnya, kesihatan mental bukan sekadar topik untuk dijadikan bahan sensasi. Ia melibatkan realiti kehidupan manusia yang kompleks, rapuh dan sering kali tidak kelihatan.

World Health Organization melaporkan bahawa lebih 720,000 kematian akibat bunuh diri berlaku setiap tahun di seluruh dunia, satu angka yang mencerminkan krisis global yang serius.

Di Malaysia, situasi juga membimbangkan apabila kadar kemurungan menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini menandakan bahawa semakin ramai individu sedang bergelut secara senyap dengan tekanan emosi yang berat.

Dalam konteks ini, media memainkan peranan penting dalam membentuk bagaimana masyarakat memahami isu kesihatan mental.

Malangnya, keghairahan mengejar perhatian sering mengatasi tanggungjawab etika, lalu membuka ruang kepada sensasionalisme.

Sensasionalisme dalam pelaporan kesihatan mental merujuk kepada kecenderungan media untuk membesar-besarkan sesuatu isu dengan gaya dramatik, mengejutkan dan kadangkala tidak sensitif.

Tajuk berita yang berlebihan, penggunaan bahasa yang menghakimi, serta pendedahan terperinci tentang insiden bunuh diri merupakan antara bentuk yang sering digunakan.

Walaupun pendekatan ini mampu menarik klik dan tontonan, ia sebenarnya membawa implikasi yang jauh lebih serius terhadap penonton.

Dalam banyak keadaan, kandungan seperti ini tidak sekadar menyampaikan maklumat, tetapi turut mempengaruhi emosi, pemikiran dan persepsi mereka yang menontonnya.

Salah satu kesan paling membimbangkan ialah fenomena Werther Effect, iaitu kecenderungan individu untuk meniru tingkah laku bunuh diri selepas terdedah kepada liputan media yang meluas dan terperinci.

Apabila sesuatu insiden dilaporkan secara dramatik, lengkap dengan kaedah dan latar belakang, ia boleh bertindak sebagai pencetus kepada individu yang sudah berada dalam keadaan mental yang rapuh.

Kandungan media yang tidak ditapis dan sensasi boleh mempengaruhi emosi penonton serta mencetuskan Werther Effect dalam kalangan individu rentan

Hal ini juga secara tidak langsung berkait rapat dengan statistik penggunaan media sosial yang menunjukkan golongan muda sebagai pengguna paling aktif, sekali gus menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada pelbagai bentuk kandungan tanpa tapisan.

Dalam keadaan emosi yang masih berkembang dan keupayaan menilai maklumat yang belum matang sepenuhnya, mereka cenderung untuk meniru apa yang dilihat, terutamanya apabila kandungan tersebut dipaparkan secara berulang, dramatik, atau seolah-olah dinormalisasikan.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, sebanyak 4.6 peratus rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas, bersamaan kira-kira satu juta individu, dilaporkan mengalami kemurungan.

Lebih merisaukan, jumlah ini telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh antara tahun 2019 hingga 2023 dan dalam kalangan mereka, hampir separuh pernah mempunyai pemikiran untuk mencederakan diri sendiri atau merasakan bahawa mati adalah pilihan yang lebih baik.

Walaupun percubaan bunuh diri melibatkan pelbagai peringkat umur, kajian menunjukkan bahawa golongan muda merupakan kumpulan yang paling terkesan.

Dengan akses yang semakin mudah kepada media, sama ada dalam talian mahupun luar talian, generasi muda lebih terdedah kepada kandungan berkaitan bunuh diri.

Pendedahan ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, termasuk gambar tidak ditapis individu yang meninggal dunia, tajuk utama sensasi melibatkan cubaan bunuh diri selebriti dan pelbagai lagi kandungan yang berpotensi mempengaruhi tingkah laku mereka.

Dalam konteks ini, pendedahan berterusan kepada kandungan sensasi bukan sahaja membentuk persepsi, tetapi juga boleh mencetuskan tindak balas emosi yang mendalam.

Apabila tragedi dipaparkan tanpa konteks atau empati, ia berisiko menanam idea yang salah dalam minda penonton muda, seolah-olah tindakan tersebut adalah satu bentuk penyelesaian kepada tekanan yang dihadapi.

Lebih membimbangkan, algoritma media sosial yang mengutamakan kandungan berimpak tinggi akan terus memaparkan bahan serupa, sekali gus mewujudkan kitaran pendedahan yang sukar dihentikan.

Dalam jangka panjang, situasi ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan emosi golongan muda, malah boleh meningkatkan risiko mereka terjebak dalam tingkah laku yang berbahaya.

Dalam situasi ini, media secara tidak langsung berperanan sebagai pemangkin kepada tindakan yang berbahaya, walaupun tanpa niat sedemikian.

Lebih daripada itu, sensasionalisme juga memberi kesan mendalam kepada penonton dari segi emosi dan psikologi.

Bagi individu yang sedang bergelut dengan kemurungan atau trauma, pendedahan kepada kandungan yang dramatik dan tidak ditapis boleh mencetuskan kembali emosi negatif, meningkatkan keresahan dan dalam kes tertentu, menguatkan pemikiran untuk mencederakan diri.

Kandungan seperti ini tidak wujud dalam vakum; ia berinteraksi dengan pengalaman peribadi penonton, menjadikannya lebih berbahaya daripada sekadar “berita”.

Dalam masa yang sama, liputan sensasi turut membentuk persepsi masyarakat secara keseluruhan.

Apabila media secara konsisten menggambarkan individu yang mengalami masalah kesihatan mental sebagai lemah, tidak stabil, atau berbahaya, ia secara tidak langsung memperkukuh stigma sosial.

Penonton yang tidak mempunyai pemahaman mendalam tentang isu ini akan cenderung mempercayai naratif tersebut, lalu mewujudkan jurang empati dalam masyarakat.

Akibatnya, individu yang memerlukan bantuan menjadi takut untuk tampil ke hadapan kerana bimbang dilabel atau dipandang serong.

Keadaan ini menjadi lebih kompleks dalam era media sosial, di mana kandungan sensasi mudah menjadi tular tanpa kawalan.

Algoritma platform digital cenderung mengangkat kandungan yang mencetuskan reaksi emosi tinggi, tanpa mengambil kira sama ada kandungan tersebut beretika atau tidak.

Apabila pengguna berkongsi berita sensasi tanpa memahami implikasinya, mereka secara tidak langsung menyumbang kepada penyebaran naratif yang boleh memudaratkan orang lain.

Dalam konteks ini, kesan kepada penonton bukan sahaja berlaku secara individu, tetapi juga secara kolektif, membentuk budaya yang kurang sensitif terhadap isu kesihatan mental.

Mitos “all press is good press” jelas tidak relevan apabila dilihat melalui lensa ini dan perlu ditolak.

Perhatian semata-mata bukanlah satu bentuk kejayaan jika ia dicapai dengan mengorbankan kesejahteraan orang lain.

Mengejar publisiti semata-mata tanpa empati menjadikan “All Press is Good Press” satu pendekatan yang berbahaya dan tidak berperikemanusiaan

Dalam isu kesihatan mental, cara sesuatu cerita disampaikan adalah jauh lebih penting daripada jumlah perhatian yang diterima.

Liputan yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja gagal membantu, malah boleh memburukkan keadaan dengan mencetuskan salah faham, stigma dan risiko tingkah laku berbahaya.

Oleh itu, pendekatan yang lebih beretika dan berempati perlu menjadi asas dalam pelaporan kesihatan mental.

Media mempunyai kuasa besar untuk mendidik masyarakat, mengurangkan stigma dan menggalakkan individu mendapatkan bantuan namun, kuasa ini hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika digunakan dengan tanggungjawab.

Kesimpulannya, kepercayaan bahawa semua liputan adalah baik perlu dibongkar dan ditolak, terutamanya dalam isu yang melibatkan kesihatan mental kerana dalam dunia yang semakin sarat dengan tekanan, apa yang diperlukan bukanlah lebih banyak sensasi, tetapi lebih banyak empati, kefahaman dan kebertanggungjawaban.

Rujukan :

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF). (2025). Garis Panduan untuk Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri. https://contentforum.my/wp-content/uploads/2025/07/Garis-Panduan-Kandungan-Bunuh-Diri.pdf

Institut Kesihatan Umum. (2024). Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan – Penemuan Utama. https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/penemuan-utama-nhms-2023.pdf

World Health Organization. (2023). Preventing suicide: a resource for media professionals professional. https://www.who.int/publications/i/item/9789240076846

Latest

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.
spot_imgspot_img

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here