Telah berdekad lamanya perkhidmatan feri menjadi nadi yang menghubungkan penduduk di kebanyakan kawasan pesisir pantai Sarawak.
Bagi yang berulang alik menaiki feri hampir setiap hari, tentunya banyak kenangan pahit dan manis terpahat dalam ingatan.
Namun, deruman enjin feri hampir pasti tidak akan kedengaran lagi apabila siapnya kesemua jambatan yang menghubungkan pesisir pantai dengan rangkaian jalan banang dan Lebuh Raya Pan Borneo sedikit masa lagi.



