Exclusive Content:

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Pada suatu ketika dahulu, bermain dianggap sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak dimana ia adalah sesuatu yang akan ditinggalkan apabila seseorang memasuki alam dewasa dan memikul tanggungjawab hidup.

Namun, dalam dunia yang semakin dibelenggu tekanan, kebimbangan dan keletihan emosi, para saintis saraf, pakar psikologi dan pengamal kesihatan mental mula melihat bermain dari sudut yang jauh berbeza.

Apa yang selama ini dianggap remeh sebenarnya mungkin merupakan salah satu mekanisme semula jadi paling penting untuk membantu manusia pulih, menyesuaikan diri dan terus bertahan.

Ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerbitkan laporan terkini pada tahun 2025, dunia dikejutkan dengan angka yang menunjukkan lebih satu bilion manusia kini hidup dengan gangguan kesihatan mental.

Gangguan kebimbangan dan kemurungan menjadi antara penyumbang utama kepada kehilangan produktiviti dan kecacatan jangka panjang di seluruh dunia.

WHO turut menganggarkan bahawa kebimbangan dan kemurungan sahaja menyebabkan kerugian ekonomi global mencecah kira-kira USD1 trilion setiap tahun akibat kehilangan produktiviti kerja dan kesan sosial yang berkaitan.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada berdepan cabaran kesihatan mental yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.

Menurut data yang dihimpunkan oleh WHO bersama rakan strategik kesihatan negara, sebanyak 27% remaja Malaysia dilaporkan mengalami kemurungan pada tahun 2022, manakala 13% lagi mengakui pernah mempunyai pemikiran untuk membunuh diri.

Trend ini menunjukkan kemerosotan kesihatan mental golongan muda yang semakin membimbangkan dalam tempoh sedekad kebelakangan ini.

Di Sarawak, isu kesihatan mental semakin mendapat perhatian berikutan peningkatan keperluan terhadap sokongan psikologi dan emosi dalam masyarakat.

Walaupun data terperinci di peringkat negeri masih terhad berbanding statistik kebangsaan, pengamal kesihatan dan penyelidik mengakui bahawa permintaan terhadap perkhidmatan kaunseling serta intervensi komuniti terus meningkat sejak pascapandemik

Dalam keadaan ini, persoalan yang semakin mendapat perhatian ialah sama ada penyelesaian kepada krisis kesihatan mental semestinya bergantung kepada ubat-ubatan, atau adakah terdapat pendekatan lain yang lebih dekat dengan fitrah manusia.

Jawapan kepada persoalan itu membawa kita kepada satu konsep yang kelihatan mudah tetapi mempunyai asas saintifik yang kukuh, iaitu “bermain”.

Luangkan masa untuk bermain, kerana minda yang sihat juga memerlukan ruang untuk bergembira

Dalam buku Play: How It Shapes the Brain, Opens the Imagination, and Invigorates the Soul, pakar psikiatri dan pengasas National Institute for Play, Dr. Stuart Brown, menghimpunkan puluhan tahun penyelidikan tentang peranan bermain dalam kehidupan manusia.

Penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa bermain bukan sekadar hiburan, sebaliknya penting dalam membentuk perkembangan otak, merangsang imaginasi dan menyegarkan jiwa.

Beliau berhujah bahawa bermain adalah keperluan biologi yang sama pentingnya dengan tidur dan pemakanan.

Kajian yang dikumpulkan beliau menunjukkan bahawa aktiviti bermain merangsang perkembangan otak, meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah, memperkukuh hubungan sosial dan membantu seseorang mengurus tekanan dengan lebih baik.

Apa yang menarik, neurosains moden mendapati bahawa ketika seseorang bermain, sama ada melalui seni, muzik, permainan kreatif, aktiviti luar atau penerokaan idea baharu, beberapa bahagian otak yang berkaitan dengan ganjaran, pembelajaran dan emosi menjadi lebih aktif.

Seni, muzik, permainan dan aktiviti komuniti bukan sekadar hobi, sebaliknya ia adalah antara kunci kesejahteraan minda

Keadaan ini membantu mengurangkan tindak balas tekanan kronik yang sering dikaitkan dengan kebimbangan dan kemurungan.

Dalam erti kata lain, bermain membantu otak “berlatih” menjadi lebih fleksibel ketika berhadapan cabaran hidup, dan kesan ini bukan sekadar terbatas pada teori makmal, sebaliknya terbukti dalam pengalaman sebenar manusia.

Justeru, pendekatan yang menggabungkan kreativiti dan kesejahteraan mental kini semakin mendapat tempat di negara-negara maju.

Di Australia, kerajaan memperuntukkan dana yang besar untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental belia.

Pada masa yang sama, pelbagai program komuniti yang menggabungkan aktiviti seni, permainan dan interaksi sosial turut diperkasakan sebagai sebahagian daripada strategi pencegahan dan pengukuhan kesejahteraan mental.

Di United Kingdom, peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda telah mendorong pelbagai institusi memperkukuh usaha pencegahan di peringkat awal.

Sekolah, perpustakaan dan organisasi komuniti giat memperluaskan program seni, muzik serta aktiviti kreatif bagi membantu pelajar membina daya tahan emosi sebelum mereka memerlukan intervensi atau rawatan klinikal.

Pendekatan ini berasaskan pemahaman bahawa kesihatan mental tidak hanya dibina di klinik atau hospital, tetapi juga melalui pengalaman harian yang memberi makna, kegembiraan dan rasa kebersamaan.

Dalam era maklumat pantas dan media sosial, perpustakaan serta advokasi ilmu berperanan sebagai ruang selamat yang menghubungkan masyarakat dengan pengetahuan yang mampu mengubah kehidupan.

Buku seperti Play: How It Shapes the Brain, Opens the Imagination, and Invigorates the Soul membuka pemahaman bahawa bermain bukanlah aktiviti yang membuang masa, sebaliknya alat penting untuk membina kesihatan mental.

Podcast seperti The Creative Cure dan Mental Health Benefits of Creativity turut menampilkan pandangan pakar tentang peranan aktiviti kreatif dalam mengurangkan tekanan, meningkatkan kesejahteraan emosi dan mengukuhkan hubungan sosial.

Bagi Sarawak, penyelesaian ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia selari dengan budaya masyarakat tempatan.

Negeri ini kaya dengan warisan seni, muzik tradisional, tarian komuniti, permainan rakyat dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.

Semua unsur ini sebenarnya mengandungi elemen bermain yang telah diamalkan secara turun-temurun.

Dalam banyak komuniti, aktiviti berkumpulan bukan sahaja menjadi hiburan tetapi juga medium membina identiti, sokongan sosial dan rasa kebersamaan yang merupakan faktor pelindung penting terhadap masalah kesihatan mental.

Infografik menerangkan bahawa, bermain bukan sekadar hiburan, tetapi keperluan untuk kesejahteraan minda

Apabila seseorang melukis, menari, bermain alat muzik, berkebun, menghasilkan kraf tangan atau menyertai permainan komuniti, aktiviti tersebut mungkin kelihatan sederhana.

Namun dari perspektif neurosains, individu itu sedang melakukan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar mengisi masa lapang.

Mereka sedang memberi peluang kepada otak untuk berehat daripada tekanan, membina hubungan sosial yang bermakna dan mengaktifkan sistem semula jadi yang membantu manusia pulih daripada tekanan hidup.

Rujukan:

  1. World mental health today Latest data. (n.d.). https://iris.who.int/server/api/core/bitstreams/31714489-1345-4439-8b37-6cbdc52e15ca/content
  2. World Health Organization. (2022). Mental Disorders. World Health Organization. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/mental-disorders
  3. Malaysia. (2024). Who.int. https://www.who.int/about/accountability/results/who-results-report-2024-2025/country-profile/2024/malaysia
  4. Bogue, R. (2016, January 25). Book Review-Play: How it Shapes the Brain, Opens the Imagination, and Invigorates the Soul – Thor Projects. Thor Projects – Innovative Solutions for Technology and Business. https://thorprojects.com/2016/01/25/book-review-play-shapes-brain-opens-imagination-invigorates-soul/
  5. Home. (n.d.). National Institute for Play. https://nifplay.org/
  6. The Creative Cure – Mental Health for Creatives. (2024). Apple Podcasts. https://podcasts.apple.com/us/podcast/the-creative-cure-mental-health-for-creatives/id1692929937
  7. Mental Health Benefits of Creativity. (2023, September 5). Apple Podcasts. https://podcasts.apple.com/us/podcast/mental-health-benefits-of-creativity/id1640280016?i=1000626816087

Latest

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.
spot_imgspot_img

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan ikan dan udang segar. Setiap kepingan yang digigit membangkitkan aroma keaslian resipi yang diturunkan zaman-berzaman. Keropok Mukah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here