Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Di tengah-tengah budaya moden yang semakin menekankan produktiviti, ramai antara kita mula mengukur nilai sesuatu aktiviti berdasarkan pulangan yang boleh diperoleh daripadanya.

Seseorang yang melukis sering dinilai berdasarkan potensi jualan karyanya, manakala mereka yang menanam pokok bunga pula tidak terlepas daripada pertanyaan mengapa tidak menanam sesuatu yang lebih menguntungkan.

Jika seseorang menghabiskan waktu malam bermain alat muzik, membaca novel, menganyam manik atau mewarna buku terapi, akan muncul suara-suara yang mempersoalkan manfaatnya dari sudut ekonomi.

Tanpa disedari, masyarakat semakin terperangkap dalam satu mitos yang berbahaya terhadap kesejahteraan mental, iaitu kepercayaan bahawa setiap hobi mesti produktif atau menguntungkan.

Mitos ini kelihatan tidak berbahaya pada pandangan pertama namun, apabila diperhatikan dengan lebih mendalam, ia sebenarnya menggambarkan bagaimana manusia moden telah mula kehilangan ruang untuk bermain.

Aktiviti yang suatu ketika dahulu dilakukan semata-mata untuk keseronokan, ketenangan dan kepuasan diri kini sering dinilai melalui lensa keuntungan, pencapaian dan pulangan material.

Dalam keadaan dunia yang semakin pantas, tekanan hidup yang meningkat dan tuntutan kerja yang tidak pernah berakhir, kehilangan ruang untuk bermain mungkin menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada krisis kesihatan mental yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Infografik menonjolkan isu krisis kesihatan mental global dengan fokus kepada data NHMS 2023

Merujuk kepada National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, Malaysia juga tidak terkecuali apabila kadar kemurungan dalam kalangan orang dewasa meningkat kepada 4.6 peratus.

Manakala, masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja turut menunjukkan ‘trend’ yang membimbangkan.

Kajian sama turut mendapati sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami masalah tidur dan tekanan psikologi yang boleh menjejaskan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Di Sarawak, kebimbangan mengenai kesihatan mental juga semakin mendapat perhatian apabila pelbagai laporan dan kenyataan pihak berkepentingan menunjukkan peningkatan keperluan terhadap sokongan psikososial, khususnya dalam kalangan golongan muda.

Dalam suasana sebegini, persoalan yang perlu ditanya bukan lagi bagaimana untuk menjadi lebih produktif, tetapi bagaimana untuk menjadi lebih sihat secara emosi dan mental.

Menariknya, jawapan kepada persoalan itu mungkin berada pada sesuatu yang sangat mudah dan sering dipandang remeh, iaitu bermain.

Dalam bidang psikologi, bermain tidak semestinya merujuk kepada permainan kanak-kanak kerana secara dasarnya, ia merangkumi apa sahaja aktiviti yang dilakukan secara sukarela kerana seseorang itu menikmatinya.

Ia boleh hadir dalam bentuk berkebun, memancing, melukis, membuat kraf tangan, bermain permainan papan, menyanyi, menulis puisi, mengumpul setem, menganyam, mendaki bukit atau sekadar mewarna corak geometri pada buku terapi.

Aktiviti-aktiviti ini mempunyai satu persamaan penting kerana ia dilakukan bukan atas tuntutan kerja atau keuntungan, tetapi kerana ia memberikan rasa seronok, tenang dan bermakna.

Penyelidikan antarabangsa semakin menunjukkan bahawa hobi dan aktiviti rekreasi bukan sekadar pengisi masa lapang.

Kajian berskala besar yang melibatkan lebih 93,000 warga emas dari 16 negara mendapati bahawa hobi memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan hidup.

Mereka yang mempunyai hobi didapati lebih gembira, lebih berpuas hati dengan kehidupan dan kurang mengalami simptom kemurungan berbanding individu yang tidak mempunyai hobi.

Kajian tersebut melibatkan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan beberapa negara Eropah, sekali gus menunjukkan bahawa manfaat hobi terhadap kesejahteraan mental berlaku secara konsisten merentasi budaya dan negara.

Penemuan itu begitu signifikan sehingga para penyelidik mencadangkan penglibatan dalam hobi perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi kesihatan awam.

Dalam ulasan yang diterbitkan oleh jurnal Nature Medicine, para pakar menyatakan bahawa ketika dunia sedang berdepan krisis kesihatan mental, data sedia ada menyokong usaha mempromosikan penglibatan dalam hobi pada peringkat dasar dan komuniti.

Apa yang lebih menarik ialah manfaat tersebut tidak bergantung kepada sama ada hobi itu menghasilkan wang atau tidak.

Sebaliknya, kesan positif berlaku kerana aktiviti tersebut memberi peluang kepada otak untuk berehat daripada tekanan harian, membina rasa pencapaian yang sihat, meningkatkan hubungan sosial dan merangsang kreativiti.

Ketika seseorang menumpukan perhatian kepada aktiviti yang digemarinya, otak memasuki keadaan yang sering digelar sebagai “flow”, iaitu keadaan di mana seseorang tenggelam sepenuhnya dalam aktiviti yang dilakukan sehingga tekanan dan kebimbangan menjadi kurang dominan.

Fenomena ini dapat dilihat dalam kebangkitan semula minat terhadap aktiviti-aktiviti yang suatu ketika dahulu dianggap kuno atau tidak relevan.

Di banyak negara, semakin ramai golongan muda mula meminati aktiviti seperti mengait, membuat tembikar, berkebun, memelihara tanaman hiasan dan memerhati burung.

Apa yang menarik, kebanyakan mereka tidak melakukannya untuk menjana pendapatan tetapi mereka melakukannya kerana aktiviti tersebut memberi ruang untuk bernafas dalam dunia yang sentiasa menuntut perhatian dan prestasi.

Sarawak sebenarnya mempunyai potensi besar dalam mengangkat konsep penyembuhan kreatif melalui kuasa bermain kerana negeri ini kaya dengan warisan budaya yang boleh berfungsi sebagai medium terapi semula jadi.

Aktiviti menganyam manik, mengukir, bermain alat muzik tradisional dan menghasilkan kraf tangan bukan sahaja membantu memelihara identiti budaya, malah berpotensi menjadi ruang pemulihan emosi yang berkesan.

Aktiviti menganyam manik bukan sekadar satu hobi, sebaliknya ia turut membuka ruang pemulihan emosi yang mendalam

Dalam banyak komuniti luar bandar, aktiviti sebegini sudah lama diamalkan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian tanpa perlu dilabel sebagai terapi.

Namun kini, sains moden mula mengesahkan apa yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh masyarakat.

Di samping itu, kekayaan alam semula jadi Sarawak juga menawarkan peluang yang besar untuk menyokong kesejahteraan mental.

Kajian-kajian antarabangsa menunjukkan bahawa aktiviti santai yang melibatkan interaksi dengan alam seperti berkebun, berjalan di kawasan hijau dan aktiviti rekreasi luar mempunyai hubungan positif dengan kesejahteraan psikologi.

Alam semula jadi membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan rasa keterhubungan sosial dan memberi peluang kepada minda untuk pulih daripada keletihan mental yang berpanjangan.

Hakikatnya, tidak semua perkara yang bernilai dalam hidup perlu menghasilkan wang kerana ada nilai yang jauh lebih besar, iaitu ketenangan yang diraih, hubungan yang diperkukuh dan harapan yang dipulihkan dalam diri seseorang.

Aktiviti santai bersama alam, seperti penternakan, menyokong kesejahteraan psikologi

Dalam masyarakat yang semakin tertekan oleh tuntutan produktiviti, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti bertanya sama ada sesuatu hobi itu boleh menjana keuntungan.

Sebaliknya, kita perlu mula bertanya sama ada hobi tersebut membantu seseorang itu menjadi lebih gembira, lebih tenang dan lebih sihat.

Kerana pada akhirnya, tujuan hidup bukan semata-mata untuk menghasilkan sesuatu.

Ada waktunya manusia juga perlu bermain.

Dan dalam dunia yang semakin sarat dengan tekanan, bermain mungkin bukan lagi satu kemewahan.

Ia mungkin merupakan satu bentuk penyembuhan yang sangat diperlukan.

Rujukan:

  1. Mak, H. W., Noguchi, T., Bone, J. K., Wels, J., Gao, Q., Kondo, K., Saito, T., & Fancourt, D. (2023). Hobby engagement and mental wellbeing among people aged 65 years and older in 16 countries. Nature Medicine, 29(9), 1–8. https://doi.org/10.1038/s41591-023-02506-1
  2. ‌Wang, R., Helbich, M., Yao, Y., Zhang, J., Liu, P., Yuan, Y., & Liu, Y. (2019). Urban greenery and mental wellbeing in adults: Cross-sectional mediation analyses on multiple pathways across different greenery measures. Environmental Research, 176, 108535. https://doi.org/10.1016/j.envres.2019.108535
  3. ‌Wang, R., Helbich, M., Yao, Y., Zhang, J., Liu, P., Yuan, Y., & Liu, Y. (2019). Urban greenery and mental wellbeing in adults: Cross-sectional mediation analyses on multiple pathways across different greenery measures. Environmental Research, 176, 108535. https://doi.org/10.1016/j.envres.2019.108535
  4. ‌https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/key-findings-nhms-2023.pdf

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here