Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan penting bagi penduduk luar bandar Sarawak, terutama di Bahagian Kapit.
Sebelum siapnya jalan yang menghubungkan Sibu, Kanowit, Song dan Kapit, pengangkutan sungai ialah satu-satunya mod pengangkutan untuk membawa penumpang dan barangan ke bahagian berkenaan.
Terminal Penumpang Kapit yang dulunya sibuk kini lengang dan sepi daripada kesibukan aktiviti harian yang bergantung pada laluan sungai.
Kini, banyak pengusaha perkhidmatan bot ekspres telah mengurangkan operasi kerana laluan perjalanan hanya disesuaikan dengan keperluan semasa dan permintaan penduduk.



