Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

MINTRED dan SEDC Laksana USTEV Untuk Lahir Ramai Usahawan

Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) telah membantu lebih 83,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan mikro.

Inisiatif berkenaan turut melibatkan sektor tidak formal dalam pelbagai bidang melalui program latihan, pembangunan produk, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah atau geran dan kemudahan pendaftaran perniagaan.

Ramai golongan muda terutamanya lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan lepasan Institusi Latihan Vokasional atau Kemahiran telah memanfaatkan bantuan-bantuan tersebut dan menjadikan perniagaan sebagai kerjaya mereka.

Kerajaan Sarawak melalui MINTRED dengan Kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Komuniti (ECD) telah memperkenalkan program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) bagi membuka peluang kepada para graduan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.

Menerusi program USTEV, graduan IPT dan mereka yang memiliki sijil teknikal dan vokasional boleh mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk geran sehingga maksimum RM20,000 serta bantuan membeli peralatan mesin yang diperlukan seperti komputer dan sebagainya.

Kemahiran dalam bidang automotif mampu menjana pendapatan lumayan

Setakat ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan dana geran sebanyak RM23 juta bagi melaksanakan program USTEV dan program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK).

Pada tahun 2018, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan geran bantuan sebanyak RM212,812 untuk 10 orang penerima di bawah program USTEV sebagai bantuan pendaftaran perniagaan, inkubator dan modal kerja.

Pada tahun 2019, Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM2.4 juta kepada 205 usahawan di bawah program USTEV dan GERAK.

Seterusnya pada tahun 2020, bilangan penerima faedah menerusi program ini adalah seramai 39 orang dengan nilai bantuan sebanyak RM488, 000.

Baru-baru ini, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan tujuh inisiatif bantuan tambahan bernilai RM141.7 juta di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 5.0 (BKSS 5.0) bagi membantu PKS dalam menghadapi kesukaran dan cabaran daripada pandemik Covid-19.

Antara inisiatif tersebut ialah tambahan RM20 juta kepada RM3 juta yang sedia ada di bawah program GERAK dan USTEV.

Sejak dilaksanakan pada 2018 sehingga 31 Ogos 2020, seramai 107 orang telah menerima faedah di Bawah program USTEV dengan nilai bantuan sebanyak RM1,750,412.00.

Antara matlamat program ini diwujudkan ialah untuk memudah cara belia berkemahiran teknikal dan vokasional memula atau mengembangkan perniagaan mereka.

Kemahiran dalam bidang automotif mampu menjana pendapatan lumayan

Pada masa yang sama, kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan penyertaan belia berkemahiran teknikal dan vokasional dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Selain itu, kerajaan juga mahu memperkasa usahawan dalam sektor teknikal dan vokasional ke tahap yang lebih tinggi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui penubuhan perniagaan oleh peserta program USTEV.

Pada dasarnya, inisiatif baharu pembangunan usahawan adalah untuk menggalakkan penyertaan dalam ekonomi digital, mewujudkan peluang pekerjaan iaitu perniagaan sebagai pilihan kerjaya terutama kepada golongan belia dan pinjaman mudah untuk usahawan. Misalnya seperti yang diterangkan di atas, bantuan geran untuk graduan pengajian tinggi (GERAK) dan lepasan sekolah teknikal atau kemahiran (USTEV) untuk memula atau mengembangkan perniagaan selain menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang keusahawanan.

Graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang dandanan rambut mampu menjana pendapatan lumayan

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here