Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Program Turun Padang Dekati Komuniti Tani

Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) memainkan peranan penting dalam membuat anjakan serta melaksanakan dasar program bagi mencetuskan transformasi dalam bidang pertanian di Sarawak.

Petani-petani di kawasan luar bandar perlu dibekalkan dengan pengetahuan mendalam tentang projek pertanian yang diusahakan agar lebih gigih, berdisiplin dan tekun dalam melaksanakan projek.

Justeru, langkah membangunkan sektor pertanian secara komprehensif berupaya membantu Sarawak mencapai agenda antaranya termasuklah meningkatkan pendapatan luar bandar serta merapatkan jurang pendapatan dan kekayaan antara negeri di Malaysia.

Sumber daripada MANRED memaklumkan bahawa sektor pertanian terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dengan melaksana dan mendukung pelbagai program yang berteraskan tumpuan utama bagi melahirkan lebih banyak kumpulan sasar yang produktif dan berdaya maju.

Misalnya pada tahun lepas, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM9.93 juta untuk melaksanakan program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP).

Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) untuk mendekati komuniti tani

MANRED dalam kenyataannya memberitahu bahawa kementeriannya telah menyasarkan untuk melaksanakan 428 kursus di bawah AgriCOP pada tahun lepas namun, hanya 377 (88%) kursus berjaya dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada kira-kira 35,000 peserta.

Pada dasarnya, tujuan program AgriCOP ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan kerajaan mendekati komuniti tani agar dapat menyampaikan maklumat terkini berkenaan dasar, strategi dan program sektor pertanian khasnya berkaitan teknologi baru dan bidang tumpuan kerajaan.

Antara topik yang selalu ditekankan ialah pertanian pintar, teknik tanaman pelbagai tanaman berasaskan tanaman seperti durian, nanas dan kopi, akuakultur dan pembangunan produk asas tani.

Nilai pengeluaran daripada program akuakultur di bawah RMK11 adalah sebanyak RM28.95 juta melibatkan 531 orang peserta

Selain AgriCOP, Program Pengembangan Pertanian juga adalah antara projek berimpak tinggi yang diperkenalkan sebagai mekanisme untuk membantu pengusaha pertanian baik berskala kecil mahupun sederhana.

MANRED telah melaksanakan 143 kursus latihan yang merangkumi topik seperti tanaman makanan, perikanan dan pemprosesan produk hiliran dengan memberi manfaat kepada lebih 5,000 peserta.

MANDRED juga turut mengadakan Program Ceramah Kesedaran Penyakit Rabies di semua Bahagian dan Daerah di seluruh Sarawak sejak tahun 2017 serta Program Ceramah Kesedaran Penyakit African Swine Fever (ASF) yang mula dilaksanakan di Bahagian Limbang pada Mac 2021.

Komuniti tani didedahkan dengan dasar, strategi dan program sektor pertanian khasnya berkaitan teknologi baru dan bidang tumpuan kerajaan

MANRED juga kerap mengadakan sesi dialog bersama komuniti luar bandar kerana pemilik tanah NCR harus memahami proses usahasama dengan agensi Kerajaan Sarawak dalam memajukan tanah NCR selain untuk memudahkan usaha mereka membangunkan tanah itu secara terancang.

Terdapat dua sesi dialog diadakan iaitu yang pertama, Dialog Umum untuk memberi penerangan tentang tatacara, prosedur dan proses pembangunan tanah NCR serta penerangan mengenai pelbagai program atau projek yang disediakan dan dipromosikan oleh kerajaan untuk pembangunan tanah NCR.

Kedua ialah Dialog Lapangan iaitu susulan daripada dialog umum untuk mendapatkan verifikasi dari pemilik tanah sendiri berkenaan permohonan membangunkan tanah NCR selain untuk memastikan tiada muslihat atau tipu helah di sebalik permohonan yang telah dihantar kepada MANRED.

Selain itu, MANRED turut melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antaranya Program Pembelian Balik Lambakan Hasil Tani semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM1.5 juta kepada 28 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk membeli lebihan hasil pertanian dari para petani agar mereka tidak hilang punca pendapatan sepanjang tempoh PKP.

Sehingga kini, sebanyak 449 metrik tan hasil tani telah dibeli dari lebih kurang 500 orang petani dan dari jumlah tersebut, sebanyak 231 metrik tan (51.4%) telah dijual ke pasar manakala selebihnya telah didermakan kepada pihak yang memerlukan.

Dalam usaha membantu kementerian untuk terus memajukan sektor pertanian ini, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) turut melaksanakan tanggungjawab dengan menjalankan pelbagai program CSR seperti Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) iaitu bantuan untuk meningkatkan pendapatan golongan bersasar.

Selain itu, SALCRA turut terlibat dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti pembinaan dewan komuniti, jalan masuk ke kampung, jambatan dan projek bekalan air kampung (bekalan air paip graviti).

Antara lain ialah program bantuan pinjaman pendidikan bagi anak-anak peserta yang layak dan kemudahan bangunan seperti klinik dan tabika serta pembinaan rumah ibadat seperti surau dan gereja kecil.

Dengan menerima bimbingan, sokongan, pelbagai insentif, petani yang mengikuti program-program turun padang yang dijalankan oleh MANRED dapat meningkatkan sumber pengetahuan sekali gus akan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here