Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Industri Kraftangan di Wilayah Utara Sarawak

Membangun Dengan Rancak

Produk-produk kraftangan tradisional Sarawak merupakan antara penyumbang pendapatan terbesar dalam industri kraf negara.

Lebih daripada itu, industri kraf di negeri ini menyemarakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.

Di wilayah utara Sarawak yang meliputi Bahagian Miri, Limbang dan Daerah Lawas, pembangunan dan aktiviti kraftangan tradisional tidak kurang rancaknya.

Ketiga-tiga daerah ini terkenal dengan hasil kraftangan daripada masyarakat Orang Ulu yang terdiri daripada etnik Kenyah, Kayan, Lun Bawang dan sebagainya.

Produk-produk kraftangan tradisional dihasilkan daripada sumber hutan, tanah serta bahan besi dan logam.

Masyarakat wilayah utara Sarawak memang terkenal dengan keunikan dan ketelitian menghasilkan kraftangan tradisional

Keunikan kraftangan masyarakat ini terletak pada cara pembuatan yang hampir kesemuanya ialah buatan tangan, unik daripada segi rupa bentuk, corak, warna, ketelitian serta kegunaannya bagi setiap etnik.

Sebagai contoh, beg manik yang dihasilkan oleh masyarakat Kenyah dan Kayan diperbuat daripada manik, kayu dan rotan.

Beg untuk mengangkat bayi etnik Kenyah yang diperbuat daripada manik

Beg ini digunakan untuk mengangkat bayi dan digalas di belakang bagi memudahkan golongan ibu melakukan kerja harian di rumah dan bercucuk tanam.

Masyarakat Kenyah dan Kayan memang terkenal dengan kehalusan dan ketelitian menghasilkan produk anyaman manik dan rotan yang unik.

Di tengah bandar raya Miri terdapat Pusat Kraftangan Miri yang menjadi tarikan terbaharu pelancongan di wilayah utara negeri.

Pusat Kraftangan Miri

Pembinaan pusat tersebut yang telah diubah suai dari bangunan asal juga merupakan sebahagian usaha kerajaan memulihara kepelbagaian warisan budaya etnik Sarawak selain berfungsi sebagai pusat sehenti mempromosi dan memasarkan produk kraftangan.

Pusat Kraftangan Miri menempatkan sebanyak 13 buah gerai yang menjual pelbagai produk kraf tangan yang pasti menarik perhatian pelancong asing sesuai dengan kedudukan Miri sebagai pintu masuk utama wilayah utara Sarawak.

Pusat berkenaan memberi ruang secukupnya kepada pengusaha-pengusaha kraftangan di sekitar Miri menghasilkan karya seni tradisional dan berniaga dengan lebih selesa.

Suasana bahagian dalam ruang Pusat Kraftangan Miri

Manakala di Bahagian Limbang pula terkenal dengan industri pembuatan parang daripada masyarakat Melayu yang berpotensi besar untuk dimajukan ke peringkat global.

Parang Limbang mempunyai keunikan tersendiri daripada segi ukirannya dan sering dijadikan sebagai cenderamata sehingga dikenali di luar negara.

Malah, parang Limbang bukan hanya cukup istimewa dalam kalangan masyarakat utara Sarawak, bahkan juga begitu mendapat tempat di hati peminat dari seluruh negara.

Koleksi parang tradisional Limbang

Inilah yang membuatkan parang tradisional Limbang masih popular hingga ke hari ini.

Reka bentuk parang Limbang terdiri daripada ulu, sarung dan bilah parang. Bahagian hulu biasanya diperbuat daripada kayu pilihan yang dihias dan diukir dengan pelbagai corak.

Mata parang yang lurus dan tajam, sarung serta ulu diukir dengan begitu teliti dan memerlukan kreativiti yang tinggi daripada pengukirnya.

Parang tradisional Limbang yang dijual di Pasar Tamu Jumaat, Limbang

Fungsi parang turut mempengaruhi bentuk matanya, misalnya parang untuk menebas agak ringan, panjang dan nipis berbanding dengan parang pemotong daging yang lebih tajam, lebar, tebal dan berat.

Parang Limbang yang dihasilkan untuk hiasan atau cenderamata dijual pada harga antara RM200 ke atas bergantung pada kualiti dan hiasannya.

Berdasarkan potensi hasil seni parang Limbang yang boleh dibangunkan lagi, Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) bercadang untuk mewujudkan pusat pembuatan parang yang akan diserahkan kepada agensi-agensi berkaitan untuk diuruskan kelak.

Manakala daripada segi pendapatan pula, menurut Kraftangan Malaysia, nilai jualan parang tradisional Limbang yang diusahakan oleh seramai 11 orang pengusaha tempatan mencatat jualan berjumlah RM203,850 setakat Februari 2021.

Di Lawas, daerah ini yang terletak dalam Bahagian Limbang terkenal dengan produk kraftangan manik seramik daripada etnik Lun Bawang.

Pusat Kraftangan Manik Seramik Kampung Long Tuma, Lawas merupakan satu-satunya pusat yang menghasilkan manik seramik di Sarawak.

Pusat Kraftangan Manik Seramik Kampung Long Tuma, Lawas

Manik seramik etnik Lun Bawang diperbuat daripada tanah liat yang digali dari dasar Sungai Pa’Lawas ketika air surut oleh sekumpulan kecil wanita.

Keunikan manik seramik Lun Bawang terletak pada olahan penghasilannya, penggunaan bahan, reka corak motif dan proses menghasilkannya.

Motif-motif tradisional digambarkan pada permukaan manik yang mencerminkan identiti dan kebudayaan etnik Lun Bawang serta merupakan lambang estetika yang indah dan tinggi.

Koleksi manik seramik etnik Lun Bawang yang telah siap dihasilkan

Pasaran manik seramik Lun Bawang telah pun menembusi pasaran antarabangsa seperti di China dan menjadi tarikan pelancong dari pelbagai negara luar.

Menurut pengusaha pusat berkenaan, Puan Patricia Busak, penghasilan manik seramik bukan sahaja menjana pendapatan komuniti, bahkan juga memberi makna yang besar kepada para pekerja yang terdiri daripada 10 orang termasuk empat orang pengusaha dan enam orang pekerja sambilan yang mahu meneruskan tradisi penghasilan manik seramik etnik Lun Bawang.

Dua orang pekerja tekun menghasilkan produk kraftangan daripada manik seramik Lun Bawang

Pusat tersebut mampu menghasilkan 8,000 ke 10,000 biji manik sebulan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM4,000.

Pada Mac lalu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi membina bangunan tambahan dan peralatan di pusat tersebut.

Selain itu, Pusat Kraftangan Manik Seramik Kampung Long Tuma turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri antaranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC), Sarawak Craft Council serta Jabatan Pertanian Sarawak.

MOTAC menerusi Kraftangan Malaysia antara pihak yang banyak melaksanakan program pembangunan industri kraf Malaysia.

Bagi membantu pengusaha kraf berdepan ekonomi yang mencabar berikutan penularan COVID-19 yang melanda kini, program bantuan dilaksanakan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) di bawah teras pertama Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), iaitu memperkasakan rakyat.

Sementara Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) yang dilaksanakan di bawah inisiatif Pembangunan Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran ialah usaha bagi membangun dan memperkasa komuniti kraf untuk terlibat secara langsung dalam industri kraf bagi menjana pendapatan utama mahupun sampingan.

Untuk rekod, nilai jualan kraftangan di Sarawak menurut Kraftangan Malaysia setakat Februari 2021 dicatatkan sebanyak RM1.88 juta dengan bilangan pengusaha kraf aneka produk seramai 1,064 orang.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here