Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Inovasi Pacu Pembangunan Inklusif Negeri Sarawak Menjelang 2030

Baru-baru ini (Julai 2021), Kerajaan Sarawak telah melancarkan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) untuk melonjak dan melestarikan pertumbuhan sosioekonomi dan pembangunan bagi tempoh masa 10 tahun akan datang.

PCDS 2030 didorong oleh data dan inovasi untuk membolehkan rakyat di negeri ini menikmati kemakmuran ekonomi dan sosial secara inklusif selain melestarikan alam sekitar.

Tujuh pemboleh ubah yang akan menyokong enam sektor ekonomi utama untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan

Di bawah PCDS 2030, enam (6) sektor ekonomi utama menjadi pemacu pertumbuhan iaitu Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial.

Sehubungan itu, Inovasi adalah salah satu pemboleh ubah yang akan menyokong enam sektor tersebut untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan yang menarik sekali gus akan meningkatkan nilai dan kualiti pelaburan di Sarawak.

Perkara ini dinyatakan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran PCDS 2030 pada 22 Julai 2021.

Menurut beliau, kelestarian alam sekitar merupakan bahagian yang tidak akan pernah terpisah daripada inisiatif pembangunan kerana Sarawak begitu komited memastikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk generasi semasa dan akan datang.

Kelestarian alam sekitar tidak akan pernah terpisah daripada inisiatif pembangunan Sarawak

Sebagai usaha melangkah ke hadapan, Kerajaan Sarawak akan berinovasi menggunakan data bagi meningkatkan produktiviti, mengembangkan produk bernilai tinggi, meningkatkan keselamatan pekerja dan aset serta meningkatkan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Untuk itu, Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan penggunaan data dan digital bagi menjana hasil dengan mewujudkan liputan rangkaian telekomunikasi dan infrastruktur di seluruh negeri.

Sebelum ini, Ketua Menteri pernah memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan mempertingkatkan kapasiti data di pusat data dan inovasi Sarawak bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di semua sektor ekonomi domestik dan keperluan global.

Kapasiti yang ditingkatkan akan disokong oleh keperluan perkhidmatan digital yang semakin meningkat seperti ID Digital, Dompet Digital, Data Besar, Realiti Maya, Blockchain, Fintech, Augmented Reality dan Artificial Intelligence.

Inovasi mendorong kepada pembangunan inklusif dan kemakmuran ekonomi negeri Sarawak

Difahamkan juga, pusat data dan inovasi tersebut akan lestari kepada persekitaran kerana ia menggunakan tenaga boleh diperbaharui (renewal energy).

Seperti yang kita tahu, perlombongan antara sektor yang penting dan menyumbang kepada pendapatan kerajaan kerana Sarawak mempunyai banyak mineral dan sumber semula jadi seperti minyak, gas, arang batu, pasir silika, batu kapur dan lain-lain sebagai sumber pendapatan baharu.

Justeru, sektor perlombongan khususnya sektor minyak dan gas akan menggunakan pusat data dan inovasi tersebut bagi meningkatkan perancangan dan penggunaan sumbernya sebagai ganti kaedah konvensional.

Sudah pasti, kaedah Ini akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan malah, amalan baik global dapat diterapkan oleh sektor perlombongan lain.

Berbalik kepada ucapan Ketua Menteri, beliau berkata, dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di negeri ini, inovasi akan menumpukan kepada pengembangan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta aplikasi komersial dan tenaga boleh diperbaharui.

Pembangunan ekosistem inovasi seperti Taman Perindustrian Bio, Digital 5G Test Bed, Makmal Terbuka, Pelabuhan Bio-Hub dan Ekosistem Digital Sarawak mampu menarik lebih banyak sektor swasta melabur dalam industri penyelidikan dan pembangunan di Sarawak.

Misalnya Taman Perindustrian Bio yang menempatkan industri biodiversiti dan pertanian akan menarik lebih ramai pelabur luar bagi menghasilkan produk berasaskan bio secara komersial.

Hal ini kerana Sarawak begitu kaya dengan biodiversiti yang boleh dimanfaatkan dan dibangunkan hingga menghasilkan produk yang mampu dikomersialkan ke pasaran global.  

Sebagai usaha untuk membangunkan industri biomas pula, kerajaan menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) turut menjalin kerjasama dengan Regal Lands Sdn Bhd (Regal) untuk projek pembangunan Pelabuhan Hab Bio dan ekosistemnya di Sarawak.

Kerjasama antara SEDC dan Regal Lands Sdn Bhd ini akan membolehkan kedua-dua pihak untuk meneroka dan membentuk perkongsian yang bermanfaat demi kepentingan bersama terutama dalam pembangunan industri biomas di Sarawak.

Dalam pada itu, Ekosistem Digital Sarawak serta organisasi rangkaian meluas infrastruktur seluruh negeri turut menyokong pembangunan inovasi di negeri ini.

Ekosistem digital ini kebanyakannya daripada sektor awam dan swasta termasuk universiti dan pasukan pembangunan dan penyelidikan, pemain industri, ruang kerjasama, pemecut tempatan dan global serta pelabur.

Di bawah ekosistem digital, Hab Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) telah dibangunkan untuk menyediakan usahawan dan usahawan tekno menjadi jurulatih dan mentor, meningkatkan kemahiran dan mengasah semula kemahiran menggunakan landasan digital dan peralatan terkini.

HAB Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) telah berjaya menghubungkan komuniti tempatan sekali gus memperluaskan ekosistem keusahawanan di negeri ini.

Kemudahan hab dan manfaatnya ialah termasuk ruang kerjasama, kemudahan Internet berkelajuan tinggi, bilik perbincangan, perkongsian pengetahuan dan program pembangunan keupayaan khususnya akses kepada Rangkaian Ekosistem Perkampungan Digital Sarawak.

Kemudahan yang disediakan oleh hab-hab digital yang ada termasuklah menyediakan keadaan selesa kepada komuniti usahawan dan aktiviti dijalankan sekali gus melahirkan beberapa usahawan digital dan baharu dengan jayanya.

Sarawak juga giat memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di setiap sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melahirkan tenaga kerja pakar dalam pembangunan ekonomi digital di negeri ini.

Kerajaan Sarawak akan memperluaskan makmal STEM yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di 12 Bahagian di negeri ini.

Selain itu Kerajaan Sarawak turut menubuhkan Makmal Terbuka yang berperanan untuk menerokai dan melakukan penyelidikan ke atas inisiatif-inisiatif digital baharu bagi menyokong pembangunan ekonomi digital Sarawak.

Kesemua yang dijelaskan di atas iaitu Taman Perindustrian Bio Sarawak, Makmal Terbuka, Pelabuhan Hab Bio dan Ekosistem Digital merupakan inisiatif pemangkin dalam inovasi yang mendorong kepada pembangunan inklusif dan kemakmuran ekonomi negeri Sarawak.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here