Exclusive Content:

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Unlocking Green Gold for Rural Communities Through the Bamboo New Economy

Rural Sarawak communities hold the key to bamboo prosperity, your land, knowledge, and labour can generate sustainable income, preserve cultural heritage, and protect our forests. Join the green economy revolution today; your village's future starts with one bamboo shoot.

STOLport Bebuling Rancakkan Ekonomi Betong

Projek pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) di Bebuling, Spaoh yang telah dimulakan pada tahun 2021 dan dijangka siap menjelang September 2023 bakal menjadi sebuah fasiliti yang mampu mengembangkan sektor bakul makanan (food basket) di Bahagian Betong.

Dengan kos sekitar RM108 juta, ia akan memudahkan lagi proses pengeksportan hasil makanan ke pasaran luar termasuk Singapura, sekali gus akan mengubah status Spaoh sebagai hab pertanian dan pelancongan Sarawak.

Replika Bangunan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) di Bebuling, Spaoh

Sudah pasti ramai di kalangan penjaja di Spaoh dan kawasan sekitar berharap kewujudan STOLport itu nanti mampu menjadi medium bagi memasarkan hasil titik peluh mereka ke pasaran yang lebih luas sekali gus akan mendorong mereka mengusahakan projek pertanian berskala besar.

Hasil tani di Bahagian Betong terutamanya Spaoh mendapat permintaan yang tinggi kerana ia ditanam secara semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia bahkan dikenali sebagai daerah pengeluar produk pertanian berkualiti tinggi dan segar.

Spaoh/Betong dikenali sebagai daerah pengeluar produk pertanian berkualiti tinggi dan segar

Projek lapangan terbang ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar produk makanan utama menjelang tahun 2030.

Melalui STOLport ini nanti, produk-produk dari Bahagian Betong akan dapat dipasarkan ke seluruh Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia dengan cepat dan berkesan.

Walau bagaimanapun, STOLport ini hanya sesuai untuk pesawat jenis Twin Otter dan buat masa ini, pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja cerucuk (piling) sepanjang 22 ribu poin.

Pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja cerucuk (piling) di tapak projek

Setiap satu poin memerlukan sekurang-kurangnya tiga (3) batang pile sepanjang 19-meter sebatang dan pihak kontraktor mengambil masa lebih setahun untuk melakukan kerja-kerja cerucuk tersebut.

Panjang STOLport adalah 742-meter dan ia dijangka siap pada 2024 walaupun Kerajaan sudah memaklumkan bahawa ia akan siap dalam 2023 kerana proses pembinaannya sangat bergantung kepada keadaan cuaca, tenaga kerja, dan pengangkutan yang membawa bahan-bahan pembinaan ini.

STOLport ini dibina untuk memudahkan produk-produk pertanian dari Taman Agro dan dari rumah panjang serta kampung-kampung dipasarkan terus ke tempat-tempat tertentu.

Replika Bangunan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) di Bebuling, Spaoh

Difahamkan, pembinaan lapangan terbang di Bebuling, Spaoh ini bukan hanya akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo tetapi juga untuk penumpang namun buat masa ini, pihak mereka belum menerima ‘hitam putih’ dari pihak sepatutnya.

Pada masa ini, kerja-kerja cerucuk di tapak pembinaan sedang giat dilaksanakan dan pihak kontraktor akan memastikan setiap kawasan sudah bersedia untuk memulakan kerja-kerja pembinaan.

Pembinaan STOLport Bebuling ini adalah satu usaha yang amat penting kerana ia akan memudahkan hasil-hasil pertanian dan produk-produk makanan dari Betong, Spaoh dan kawasan-kawasan sekitarnya dihantar ataupun dipasarkan ke seluruh negara dan ke negara-negara jiran.

Salah satu sebab juga kenapa STOLport ini wajar dibina di Bebuling, Spaoh adalah kerana produk makanan dan hasil-hasil pertanian banyak dihasilkan di kawasan ini namun, untuk memasarkan ke luar negeri Sarawak, ia memerlukan pengangkutan yang lebih efektif seperti kapal terbang kargo.

Difahamkan bahawa, Kerajaan juga telah mewujudkan dua taman agro iaitu di Daerah Kecil Debak dan di Bebuling menggunakan teknologi dan penanaman moden khusus untuk buah-buahan dan sayuran.

Spaoh/Betong dikenali sebagai daerah pengeluar produk pertanian berkualiti tinggi dan segar

Taman Agro ini akan menjadi tempat pengeluar hasil makanan dan sudah tentu ia perlu dipasarkan bukan sahaja di Bahagian Betong atau seluruh Sarawak, malah akan dieksport ke negara-negara jiran dengan menggunakan kapal terbang kargo melalui STOLport itu nanti.

Hasil jualan barang tani merupakan antara sumber ekonomi penduduk di Betong dan dengan adanya STOLport itu nanti, ia sudah tentu akan membantu petani malah penjual barang tani untuk menjana lebih pendapatan dan memperkenalkan hasil tani mereka ke kawasan luar.

Kewujudan STOLport itu juga akan dapat meningkatkan perhubungan udara dan menjadi pusat agropolitan utama di Sarawak terutama sekali di sekitar kawasan Bukit Sadok dengan tujuan untuk mengeksport hasil pertanian.

Justeru, kewujudan STOLport di Bebuling, Spaoh ini sudah pastinya akan menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan khususnya di Bahagian Betong.

Selain itu, ia juga akan merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut kerana pembinaannya sangat dekat dengan tempat pelancongan termasuklah Rumah Anjung Layar Sari, Skrang River Safari, Taman Panorama Benak, Sri Aman, Kubu Alice Sri Aman, Batang Ai, Lubok Antu dan sebagainya.

Latest

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Masyarakat luar bandar digalakkan merebut peluang teknologi hijau seperti solar, pertanian pintar dan kredit karbon. Inisiatif ini membuka pendapatan baharu, kemahiran moden dan kehidupan lebih sejahtera. Jangan lepaskan kesempatan menjadi agen perubahan kelestarian demi masa depan generasi cerah akan datang.
spot_imgspot_img

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here