Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Biasiswa Pascasiswazah Inisiatif Lahir Lebih Ramai Jurutera Tempatan

Inisiatif Lahir Lebih Ramai Jurutera Tempatan

Kerajaan Sarawak terus memberi tumpuan kepada bidang kejuruteraan dalam usaha memacu Sarawak mencapai status maju menjelang 2030.

Inisiatif terbaharu dalam usaha tersebut adalah tawaran biasiswa pascasiswazah yang akan bermula pada tahun depan kepada anak tempatan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan.

Biasiswa berkenaan akan ditawarkan oleh Yayasan Sarawak dan dua (2) buah syarikat milik Kerajaan Sarawak, iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Sarawak Petchem Sdn Bhd.

Menurut Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Yayasan Sarawak akan menawarkan dua (2) jenis tajaan biasiswa pascasiswazah, iaitu ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa dan kejuruteraan satelit.

Syarikat PETROS akan menawarkan tajaan biasiswa kepada dua (2) orang pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan petrokimia manakala Sarawak Petchem Sdn Bhd pula akan menawarkan biasiswa kepada dua (2) orang pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia.

Walau bagaimanapun, tawaran biasiswa berkenaan hanya dikhususkan untuk program pengajian di peringkat ijazah Sarjana sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga memaklumkan, pelajar yang ditaja akan diberi jaminan untuk bekerja dengan syarikat yang menaja, seterusnya dapat menyumbang bakti di Sarawak selepas menamatkan pengajian.

Premier mengumumkan mengenai perkara tersebut ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Komputer Riba Percuma dan Penyampaian Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) ke-31 di Kuching pada 8 Ogos 2024.

Inisiatif terbaharu itu jelas menunjukkan satu lagi komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memartabat bidang kejuruteraan yang berkait rapat dengan aliran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Dalam acara-acara rasmi yang dihadiri Premier sebelum ini, beliau telah beberapa kali mengulangi hasrat Kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai jurutera dalam pelbagai bidang kejuruteraan termasuklah bidang petrokimia, teknologi, aeroangkasa mahupun reka bentuk cip ataupun semikonduktor.

Ketika merasmikan majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-27 pada November tahun lepas, beliau menyatakan hasrat untuk melahirkan seramai 500 pakar dalam bidang kejuruteraan, matematik, sains komputer serta kejuruteraan perisian bagi merealisasikan visi Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Jelas beliau, tenaga kerja yang terlatih dan profesional dalam bidang kejuruteraan akan menjadikan Sarawak memiliki sumber manusia yang berpotensi tinggi yang akan memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi dan pembangunan negeri yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Kejuruteraan ialah penggunaan prinsip matematik dan saintifik untuk menyelesaikan masalah. Tugas seorang jurutera adalah menyelidik, mencipta dan memperhalusi proses yang merentasi pelbagai bidang seperti perubatan, pengangkutan, elektronik dan banyak lagi.

Kebanyakan perkara di sekeliling manusia hari ini yang membantu dan memudahkan manusia menjalani kehidupan adalah hasil daripada kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan.

Dalam erti kata lain, kejuruteraan amat penting kepada pembangunan manusia. Sejak beribu-ribu tahun lalu, jurutera telah merevolusi dunia, mencipta landasan baharu, menentang fizik dan menghasilkan ciptaan perintis seperti kereta, perjalanan ke angkasa lepas, seni bina, antibiotik dan banyak lagi ciptaan dan inovasi.

Tumpuan jurutera pada inovasi adalah bukti kepada keupayaan mereka mencari penyelesaian kreatif terhadap masalah yang dihadapi manusia.

Oleh yang demikian, jurutera memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan manusia sejagat.

Jurutera mereka bentuk serta membina infrastruktur dan sistem yang menyokong kelangsungan hidup dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi.

Oleh sebab itulah, kejuruteraan mempunyai banyak kelebihan dan kepentingan terhadap kemajuan sesebuah masyarakat dan negara.

Selari dengan visi mencapai Sarawak maju yang didorong oleh data dan inovasi, maka inisiatif tawaran biasiswa pascasiswazah dalam bidang kejuruteraan adalah satu usaha penting yang diharap dapat melahirkan lebih ramai jurutera tempatan serta dapat merealisasikan visi tersebut.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here