Exclusive Content:

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

RMKe-13 Memartabat Ekonomi

Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMKe-13) dirangka sebagai kesinambungan terhadap kemahuan yang sungguh-sungguh Kerajaan Malaysia dalam memartabat ekonomi negara supaya berdaya saing, mampan dan disegani di peringkat global.

Keselamatan Siber Keutamaan Strategik Bagi Sarawak

Keselamatan siber kini menjadi keutamaan strategik bagi Sarawak seiring proses digitalisasi perkhidmatan awam, ekonomi digital dan peningkatan penggunaan perkhidmatan dalam talian oleh masyarakat.

Budayakan Sukan Ke Arah Menjadikan Malaysia Negara Bersukan

Menjadikan Malaysia Negara Bersukan

Rakyat Malaysia perlu menjadikan sukan sebagai budaya hidup mereka kerana ia membawa banyak kebaikan dari pelbagai sudut dan salah satunya ialah, ia akan mengurangkan bilangan rakyat yang mengalami tekanan hidup dan berlebihan berat badan.

Selain itu, negara juga tidak akan berdepan dengan masalah untuk mencari golongan pelapis bagi atlet sedia ada, malah ramai di kalangan rakyat di negara ini akan berpeluang mendapat pekerjaan dalam bidang sukan seperti jurulatih dan perubatan sukan.

Kerana itu sejak dulu lagi, sukan dilihat sebagai satu elemen yang sangat penting dalam membina masyarakat yang sihat dan berdaya saing.

Tidak dinafikan, usaha menjadikan sukan sebagai budaya dalam kalangan rakyat di negara kita memerlukan komitmen jangka panjang dari semua pihak.

Dengan memupuk kesedaran bahawa sukan bukan hanya untuk atlet profesional, tetapi juga untuk rakyat dari pelbagai lapisan, kita mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersukan.

DSK bertujuan untuk menggalakkan penganjuran program dan aktiviti sukan akar umbi di peringkat komuniti

Secara dasarnya, merakyat dan membudayakan sukan ini perlu diperkasakan sejak di bangku sekolah dengan memperkenalkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan kepada pelajar kerana ia mampu menanam minat dalam diri mereka sejak kecil.

Justeru, Kerajaan dan institusi pendidikan perlu bekerjasama untuk menyediakan kemudahan sukan yang mencukupi dan mengadakan pelbagai program pembangunan bakat.

Selain di peringkat sekolah, penglibatan komuniti juga penting melalui penganjuran acara sukan di peringkat komuniti seperti sukaneka, larian amal, atau kejohanan kecil dimana ia akan dapat menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan masyarakat.

Kemudahan awam seperti taman rekreasi dan pusat sukan juga harus dipertingkatkan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengaksesnya.

Pada tahun lepas, Kerajaan menerusi KBS telah memperkenalkan DSK bertujuan untuk merakyatkan dan membudayakan sukan ke arah menjadikan Malaysia negara bersukan serta menyokong gaya hidup cergas dan sihat.

Dana bantuan daripada KBS ini juga bertujuan bagi menggalakkan penganjuran program dan aktiviti sukan akar umbi di peringkat komuniti negeri, daerah, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), kampung, taman perumahan dan seumpamanya.

DSK ini disediakan bagi penganjuran program sukan komuniti oleh persatuan dan kelab yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di bawah KBS.

Pemberian bantuan DSK ini adalah secara bayaran penuh selepas program atau aktiviti iaitu dengan kaedah tuntutan bayaran balik (reimbursement) mengikut jadual kadar yang ditetapkan.

Permohonan DSK yang akan dipertimbangkan adalah;

  • Melibatkan 103 jenis sukan seperti mana dinyatakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576);
  • Dengan penyertaan pelbagai kaum dan etnik;
  • Berbentuk riadah dan berteraskan perpaduan;
  • Kejohanan, pertandingan, program kursus kemahiran sukan, program latihan dan pembangunan sukan atau yang seumpamanya di peringkat akar umbi.

Manakala, permohonan yang tidak dipertimbangkan ialah;

  • Permohonan daripada pihak syarikat;
  • Permohonan daripada organisasi politik;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan;
  • Permohonan bagi penganjuran yang sedang berlangsung atau telah tamat;
  • Penganjuran aktiviti sukan yang menyalahi undang-undang dan dilarang oleh kerajaan; dan
  • Penganjuran aktiviti sukan yang bertentangan dengan dasar Kerajaan dan menyentuh sensitiviti berunsurkan politik, agama, kaum, budaya, adat tradisi yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat, komuniti atau masyarakat tertentu serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Grafik menunjukkan skop permohonan DSK

Antara objektif DSK diperkenalkan ialah untuk;

  1. Meningkatkan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) seperti yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12);
  2. Melaksanakan aspek pembudayaan sukan kepada semua peringkat tanpa meminggirkan kelompok masyarakat tertentu;
  3. Menjana sinergi multi sektor melalui koordinasi program dan intervensi sosial berimpak tinggi bersama pemegang taruh di pelbagai peringkat;
  4. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan belia, sukan dan awam sedia ada di komuniti setempat; dan
  5. Mengupayakan peranan rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan sukan untuk semua di peringkat komuniti setempat dan mencapai sasaran pembangunan sukan negara secara bersama.

Pemberian bantuan DSK adalah maksimum sehingga RM20,000.00 dan penganjur dibenarkan memohon maksimum satu (1) program sahaja.

Jika program yang dimohon adalah program bersiri, hanya dua (2) siri sahaja yang akan dipertimbangkan bagi permohonan tersebut.

DSK yang dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) turut diperluaskan kepada kelab dan persatuan di sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk melaksanakan agenda nasional Malaysia sihat dalam kalangan pelajar.

Kerana itu, sejak permohonan dibuka, agensi, kelab dan persatuan sukan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) digesa memohon peruntukan ini untuk penganjuran aktiviti sukan dalam usaha mencungkil bakat serta meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kita.

Semua agensi, kelab serta NGO yang berminat diseru untuk terus giat dalam aktiviti sukan untuk komuniti kerana ia merupakan satu usaha murni yang perlu dipupuk dan diteruskan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, cerdas serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Dengan usaha bersama, kita mampu mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan, di mana sukan bukan sahaja satu aktiviti fizikal, tetapi juga sebahagian daripada gaya hidup yang membudaya dalam kehidupan seharian.

Latest

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

Teknologi Retort Perluaskan Pilihan dan Pasaran Produk KedeyIjam

Tidak ramai yang mengetahui mengenai teknologi retort, yang dahulunya terhad kepada misi kententeraan dan ekspedisi dimulakan tentera Amerika sekitar tahun 1960. Hanya sekitar tahun 1968, Jepun menjadi negara pelopor memperkenalkan makanan retort pertama kepada orang awam. Perkara ini turut memberikan idea kepada Usahawan Sarawak, Encik Ismail Hanizam Bin Safri iaitu Pengasas kedeyIjam untuk mengetahui keupayaan teknologi Retort dan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah lebihan makanan telah membawa kepada penghasilan produk makanan secara retort.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Jalan Penyelesaian di Tengah Tekanan Kos Sara Hidup

Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat merupakan satu usaha yang tidak hanya menawarkan bantuan, tetapi menyediakan mekanisme jangka panjang untuk membolehkan rakyat berdiri atas kaki sendiri.
spot_imgspot_img

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here