Exclusive Content:

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

RMKe-13 Memartabat Ekonomi

Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMKe-13) dirangka sebagai kesinambungan terhadap kemahuan yang sungguh-sungguh Kerajaan Malaysia dalam memartabat ekonomi negara supaya berdaya saing, mampan dan disegani di peringkat global.

Keselamatan Siber Keutamaan Strategik Bagi Sarawak

Keselamatan siber kini menjadi keutamaan strategik bagi Sarawak seiring proses digitalisasi perkhidmatan awam, ekonomi digital dan peningkatan penggunaan perkhidmatan dalam talian oleh masyarakat.

Ekopelancongan Serian Mendidik dan Memakmurkan Komuniti

Aktiviti berasaskan akuakultur, pertanian dan agropelancongan semakin terbukti sebagai pemacu transformasi ekonomi luar bandar, seperti yang sedang berlaku di Bahagian Serian.

Di sini, projek penternakan ikan empurau dan agropelancongan oleh Syarikat Borneo Empurau Farm and Resort Sdn. Bhd. (BEFR) bukan sahaja memperkenalkan Serian ke peta pelancongan Sarawak, malah menjadikannya simbol kejayaan ekopelancongan tempatan yang membanggakan.

BEFR yang terletak kira-kira 53-kilometer dari bandar raya Kuching merupakan pusat akuakultur ikan empurau serta resort eko-agro yang telah dibangunkan pada 7 Mei 2015.

BEFR diusahakan di atas tanah seluas 65 ekar sebagai pusat akuakultur yang bertujuan bagi meningkatkan bekalan empurau liar yang semakin berkurangan di Sarawak.

BEFR, terletak kira-kira 53 kilometer dari Kuching, ialah pusat akuakultur ikan empurau dan resort eko-agro yang dibangunkan pada tahun 2015 di Tarat, Serian

Lebih daripada sekadar destinasi percutian, BEFR mencerminkan keseimbangan antara kemajuan dan kelestarian, serta keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Di sinilah pelancongan bertemu dengan tanggungjawab sosial, mencipta nilai bersama yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Ekopelancongan, secara asasnya, ialah bentuk pelancongan yang menumpukan kepada pemeliharaan alam semula jadi, penghargaan terhadap budaya tempatan, serta manfaat langsung kepada komuniti sekitar.

Dalam konteks Sarawak yang kaya biodiversiti dan berbilang etnik, konsep ini bukan sekadar tarikan pelancongan, tetapi satu strategi pembangunan mampan yang menyatukan pendidikan, ekonomi, dan warisan dalam satu pengalaman bermakna.

BEFR percaya bahawa pelancongan lestari tidak hanya membawa manfaat kepada pelawat, tetapi juga mengangkat taraf hidup masyarakat setempat.

Melalui penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti ekopelancongan, pusat ini membuka peluang ekonomi baharu, memupuk usahawan desa, serta memelihara warisan budaya agar terus hidup dan dihargai.

Pendekatan ini berpaksikan konsep pembangunan mampan yang mengimbangi kemajuan ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

BEFR mengutamakan sumber tempatan, memupuk kolaborasi dengan komuniti sekitar, serta menjadikan pelancongan bertanggungjawab sebagai teras operasinya demi mewujudkan nilai bersama (shared value) yang berpanjangan.

Dasar yang diguna pakai meliputi usaha mengurangkan jejak karbon, mengurus sumber semula jadi secara bijak, memelihara tradisi tempatan agar terus dihargai, serta memberi peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk sekitar.

Semua ini bukan hanya catatan dasar di atas kertas, sebaliknya ia dizahirkan melalui aktiviti dan kemudahan yang tersedia di sini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, BEFR telah berjaya membangunkan operasi pembiakan ikan empurau berskala besar, iaitu spesies berharga dan sinonim dengan sungai-sungai Sarawak.

Dengan lebih 50,000 ikan dewasa dan pusat penetasan yang mampu menghasilkan 120,000 anak empurau setiap tahun, BEFR turut menyediakan kemudahan makmal penyelidikan, kolam induk, dan fasiliti latihan kepada bakal penternak.

Inisiatif ini bukan sahaja berperanan dalam memelihara spesies ikan tempatan, tetapi turut merancakkan ekonomi luar bandar melalui program penternakan kontrak dan latihan komuniti.

Dalam masa yang sama, suasana di BEFR sentiasa hidup dan dinamik dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pengunjung serta penduduk setempat.

Penginapan yang disediakan di BEFR menawarkan kepelbagaian pengalaman kepada pengunjung, sesuai dengan cita rasa dan keperluan masing-masing.

Pilihan bermula daripada Rumah Moden bernilai RM500 semalam dengan seni bina minimalis dan suasana tenang, kepada Bilik Klasik bernilai RM350 semalam yang memadukan keselesaan moden dengan sentuhan tradisional, sehinggalah Rumah Panjang bernilai RM400 semalam yang memberikan pengalaman autentik budaya peribumi Sarawak.

Bagi pengunjung yang datang berkeluarga, Taman Tema Air Mini (Mini Water Theme Park) menjadi tarikan riang, sementara Taman Haiwan (Animal Park) memperkenalkan pelbagai spesies, dari burung eksotik, mamalia, ikan koi, reptilia hingga unggas tempatan.

Selain itu, BEFR turut memperkenalkan konsep pertanian moden berasaskan teknologi hijau, di mana pelawat berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana sistem Teknik Filem Nutrien (NFT) menggabungkan akuakultur dan pertanian dalam satu kitaran lestari tanpa pembaziran sumber.

Sementara, Pertanian Vertikal mengoptimumkan penggunaan ruang tanpa memerlukan tanah atau baja kimia, manakala kawasan Fertigasi pula menampilkan inovasi pengairan dan pembajaan yang efisien, sekali gus meningkatkan hasil tanaman serta mengurangkan penggunaan sumber.

Pertanian vertikal menggunakan kaedah akuaponik dengan menanam tumbuhan secara menegak di atas tangki ikan
Kaedah akuaponik menggunakan air dan sisa ikan sebagai sumber nutrien untuk menanam tanaman tanpa tanah

Semua ini bukan sekadar pameran, tetapi bukti bagaimana inovasi boleh memacu kelestarian dan menjadi model pembelajaran bagi masyarakat luar bandar.

BEFR pernah menerima kunjungan istimewa daripada Taska KEMAS Kampung Bawang, di mana suasana menjadi riuh rendah dengan gelak tawa kanak-kanak yang teruja menaiki buggy mengelilingi ladang dan taman haiwan.

Mereka terpegun melihat pelbagai binatang, mendengar taklimat tentang kitaran hidup ulat king-king (kumbang), dan belajar menanam sayur menggunakan teknik fertigasi.

Kanak-kanak dan ibu bapa mendengar taklimat tentang kitaran hidup ulat king-king, iaitu sejenis kumbang

Sesekali kedengaran tawa kecil penuh kagum apabila mereka melihat pokok tumbuh subur dengan sistem air automatik.

Bagi mereka, ia mungkin sekadar lawatan sekolah, tetapi di sinilah benih kesedaran tentang kelestarian dan kecintaan terhadap alam mula tumbuh.

Kisah di BEFR mencerminkan masa depan ekopelancongan Sarawak, pelancongan yang bukan hanya tentang lawatan, tetapi tentang pembelajaran, pemuliharaan dan perkongsian manfaat.

Di sini, pelawat pulang dengan lebih daripada sekadar gambar kerana mereka membawa pulang kefahaman tentang hubungan manusia dan alam, serta rasa hormat kepada budaya dan kehidupan desa.

Dari keriangan anak-anak Taska KEMAS yang tertawa di atas buggy hingga ke dedikasi petugas yang menjaga ikan empurau di kolam pembiakan, semuanya menggambarkan satu semangat yang sama bahawa kemajuan boleh dicapai tanpa mengorbankan kelestarian.

Serian kini bukan sahaja dikenali sebagai daerah pertanian yang subur, tetapi juga sebagai pusat ekopelancongan lestari yang mendidik generasi muda, memperkukuh komuniti, dan membina masa depan hijau untuk seluruh negeri Sarawak.

Latest

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

Teknologi Retort Perluaskan Pilihan dan Pasaran Produk KedeyIjam

Tidak ramai yang mengetahui mengenai teknologi retort, yang dahulunya terhad kepada misi kententeraan dan ekspedisi dimulakan tentera Amerika sekitar tahun 1960. Hanya sekitar tahun 1968, Jepun menjadi negara pelopor memperkenalkan makanan retort pertama kepada orang awam. Perkara ini turut memberikan idea kepada Usahawan Sarawak, Encik Ismail Hanizam Bin Safri iaitu Pengasas kedeyIjam untuk mengetahui keupayaan teknologi Retort dan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah lebihan makanan telah membawa kepada penghasilan produk makanan secara retort.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Jalan Penyelesaian di Tengah Tekanan Kos Sara Hidup

Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat merupakan satu usaha yang tidak hanya menawarkan bantuan, tetapi menyediakan mekanisme jangka panjang untuk membolehkan rakyat berdiri atas kaki sendiri.
spot_imgspot_img

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here