Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Impak Pendidikan Komuniti Kepada Masyarakat Luar bandar

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam dalam erti kata, pemberian pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan.

Pendidikan boleh berlaku dalam situasi formal atau tidak formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan formatif terhadap cara seseorang berfikir, merasakan, atau bertindak dapat dianggap sebagai pendidikan.

Sehubungan itu, pendidikan komuniti dikenali sebagai pendidikan berasaskan pembelajaran dan pembangunan komuniti untuk menggalakkan pembelajaran dan kerja pembangunan sosial dengan menggunakan pelbagai kaedah formal dan tidak formal sama ada melalui dialog, seminar dan bengkel.

Pendidikan komuniti merangkumi semua pekerjaan dan pendekatan yang berkaitan dengan menjalankan program pendidikan dan pembangunan dalam komuniti tempatan, bukannya dalam institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.

Secara dasarnya, pendidikan komuniti banyak menumpukan kepada pembangunan kemahiran yang membolehkan pembelajaran autonomi seperti membaca, menulis, ekspresi lisan dan penaakulan logik matematik.

Antara contoh pendidikan komuniti ialah Program Inklusiviti Digital yang bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya di kawasan luar bandar berkenaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT).

Beberapa program inklusiviti digital yang telah memberi impak besar kepada komuniti luar bandar ialah program PANDei (People Accessible, Network, for Digital Empowerment Inclusivity) yang dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak.

Program Service Leraning Program yang diadakan di Kpg Sebelu, Sebuyau pada 10 November 2018
Program Service Leraning Program yang diadakan di Kpg Sebelu, Sebuyau pada 10 November 2018

Melalui program tersebut, komuniti luar bandar telah didedahkan dengan penggunaan teknologi digital dan internet agar mereka dapat memasarkan hasil-hasil pertanian, membayar bil elektrik, air, serta membeli belah menggunakan platform digital.

Contoh kedua ialah Program Service Learning (SL) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Program ini adalah aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman pelajar bekerjasama dengan masyarakat setempat melalui perkhidmatan kemasyarakatan yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

Program PANDeI yang diadakan di Lawas pada 11 November 2018
Program PANDeI yang diadakan di Lawas pada 11 November 2018

Pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari dalam program akademik di universiti kepada persekitaran dunia sebenar dan kemudiannya membuat refleksi pengalaman perkhidmatan tersebut apabila kembali ke sesi pembelajaran dan universiti.

Projek tersebut bertujuan bagi menyelesaikan isu-isu tempatan dan keperluan-keperluan komuniti di kawasan tersebut seperti;

  1. Membantu dalam pembangunan kemahiran dan bakat (talent) dalam bidang IT
  2. Membantu dalam pembangunan golongan generasi muda (youth)
  3. Membantu untuk mempromosikan produk-produk tempatan di kampung
  4. Meningkatkan visibiliti kampung di kalangan masyarakat luar
  5. Membantu dalam pengurusan sistem di kampung dan sekolah

Contoh pendidikan komuniti seterusnya ialah Program Randau Digital yang dianjurkan oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak.

Randau Digital merupakan sebuah program pendidikan komuniti untuk masyarakat luar bandar yang terdiri daripada golongan pelajar, lepasan sekolah, belia, usahawan dan para petani.

Program PANDei yang diadakan di Kampung Bunan Gega, Serian pada 19 Julai 2018
Pragram PANDeI yang diadakan di Kampung Salak pada 17 Julai 2018

Program ini bertujuan untuk melengkapkan komuniti dengan kemahiran menggunakan teknologi digital agar mereka dapat bergerak seiring dengan arus pembangunan semasa yang menjurus kepada ekonomi digital serta menjadikan mereka “komuniti pintar” seiring dengan masyarakat di bandar.

Komuniti pintar adalah sebuah komuniti dengan visi masa depan yang melibatkan penggunaan ICT dengan cara yang baharu dan inovatif untuk memperkasakan penduduk serta pendapatan masyarakat.

Ke arah usaha ini, pemimpin akar umbi turut memainkan peranan penting untuk melengkapi usaha Kerajaan Sarawak dan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan Sarawak dapat merealisasikan ekonomi digital.

Antara objektif program Randau Digital ialah;

  1. Untuk menjana kesedaran dalam kalangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terhadap kepentingan dan faedah ekonomi digital bagi mendapatkan sokongan mereka untuk menjayakan agenda pembangunan ini.
  2. Untuk menggalakkan masyarakat setempat mewujudkan inisiatif dan aktiviti DE mereka sendiri yang akan meningkatkan minat dan penyertaan di peringkat akar umbi.
  3. Untuk memupuk dan menghasilkan “role model” dalam bidang DE (individu atau JKKK atau kumpulan) yang akan dianugerahkan dengan anugerah khas pada masa akan datang.

Secara dasarnya, kita lihat bahawa pendidikan komuniti ini melibatkan pelbagai golongan termasuk pelajar, belia, ibu bapa, gura usahawan, petani dan organisasi semula jadi dalam operasi unit pendidikan di teras, di kawasan, wilayah atau di peringkat multinasional, dalam pengurusan pendidikan. Oleh itu, pendidikan komuniti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada orang ramai setakat ia membolehkan pertumbuhan mereka, tetapi ia juga membentuk proses yang memihak kepada seluruh komuniti berdasarkan perhatian individunya dan penggunaan kapasitinya untuk faedah sosial.

Latest

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.
spot_imgspot_img

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here