Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Keringkam Jana Pendapatan Tinggi

Keringkam Jana Pendapatan Tinggi

Keringkam atau Selayah adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional yang dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak.

Keringkam menjadi pelengkap busana tradisional masyarakat Melayu Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, pertunangan dan makan malam bersesuaian dengan corak yang nampak begitu elegan.

Pada era 60-an, keringkam hanyalah dipakai oleh golongan bangsawan ketika berada di majlis-majlis rasmi bersama kain songket, namun kini sesiapa sahaja boleh menggayakannya.

Kehalusan sulaman keringkam yang menggunakan benang emas dan perak dilihat agak kurang meluas pemakaiannya, namun fesyen berselendang itu tetap menjadi pilihan wanita yang ingin tampil dengan gaya eksklusif.

Selain daripada tudung dan selendang, keringkam juga boleh disulam pada baju kebaya

Keringkam biasanya dijahit dengan menggunakan benang emas atau perak menggunakan motif sulaman bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti seperti kain kasarobia.

Benang untuk menjahit keringkam diperbuat daripada kepingan logam lembut yang disadur dengan emas atau perak menjadikan sulaman selendang keringkam di atas kain kasarobia kelihatan unik sekali gus telah mengangkat warisan seni budaya Melayu Sarawak agar tidak tenggelam ditelan zaman.

Jenis keringkam dibezakan dengan saiznya di mana yang bersaiz pendek digelar selayah iaitu sejenis tudung berbentuk segi empat manakala yang bersaiz panjang dikenali sebagai selendang yang digunakan untuk menutup keseluruhan kepala dan di bahagian belakang wanita.

Tudung keringkam tradisional pendek berukuran 54cm x 95cm dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau sintetik manakala reka bentuk dan sulamannya yang halus menonjolkan hasil seni dengan sedikit sentuhan kemewahan.

Puan Hajjah Salbiah bt Haji Muhi antara penyulam keringkam terkenal di Sarawak

Bahagian tepi selendang pula menggunakan corak kacang-kacang, palak lalat, lada tumpah dan susun bata.

Corak yang menjadi kegemaran ialah sulaman pucuk rebung, segi tiga, tali air, gunung beranak, bulan sabit, bunga ros, bunga orkid, pacar jepun, kenanga dan tampuk pedada.

Keringkam merupakan lambang kepada keindahan busana tradisional wanita Melayu Sarawak yang mempunyai nilai sentimental sehingga hampir setiap keluarga Melayu di Sarawak ada menyimpannya sebagai salah satu warisan keluarga yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Namun, dengan harganya yang amat mahal sehingga mencecah ribuan ringgit sehelai mungkin menjadikan pemakaiannya hanya untuk orang tertentu sahaja atau sesiapa sahaja yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar demi memiliki seni anyaman yang indah ini.

Peralatan-peralatan yang digunakan untuk menyulam keringkam

Bersesuaian dengan harganya, pembuatan selendang keringkam ini juga bukannya calang-calang orang yang boleh melakukannya kerana ia memerlukan ketekunan, kesabaran dan daya kreativiti tinggi untuk hasil berkualiti.

Tradisi menjahit tudung keringkam ini dilihat semakin ditelan zaman disebabkan generasi yang lebih tua yang pakar dalam seni keringkam kini sangat sedikit bilangannya.

Tambahan pula, kerja penghasilan keringkam ini sangat memerlukan ketekunan dan fokus tinggi kerana ia sangat rumit dan atas sebab ini juga, kerjaya sebagai penyulam keringkam ini kurang diminati oleh golongan muda.

Tidak dinafikan, agak sukar untuk mendapatkan produk ini di pasaran terbuka kerana proses penyulaman ini memakan masa yang cukup lama dan kebiasaannya tempahan dibuat terus daripada individu-individu yang mengusahakannya secara kecil-kecilan di rumah.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Rubiah Wang semasa berucap merasmikan penutupan Program Wacana Ilmu-Wanita Inspirasiku (WINS) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak di Mydin Vista Tunku pada Jun lepas turut menekankan bahawa keringkam berpotensi besar untuk menjadi perniagaan yang menguntungkan.

Tambah beliau, penglibatan usahawan dalam industri keringkam juga boleh mengekalkan seni dan keindahan warisan budaya tradisional masyarakat Melayu Sarawak.

Pada pandangan beliau, seni keringkam boleh digunakan sebagai satu aspek kemahiran di mana tujuannya bukan sahaja untuk memelihara warisan tetapi juga untuk melahirkan usahawan yang berjaya.

Hal ini kerana, selendang atau tudung keringkam boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada motif dan rekaan sulamannya.

Sulaman keringkam boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderahati

Justeru, beliau mendorong serta menggalakkan usahawan dalam industri tekstil dan pakaian di negeri ini untuk mengembangkan industri mereka dengan mengkomersialkan sulaman keringkam kerana ia mempunyai potensi yang besar untuk menjana pendapatan yang tinggi buat mereka.

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here