Exclusive Content:

Empowering Local Initiative to Bridge the Human Acceptance Gap

While infrastructure gaps are being addressed, disparities in digital literacy, affordability, and cultural acceptance persist. By examining global models that prioritize community ownership and human-centred design from Asia, Europe, Africa, and Latin America sustainable digital inclusion in Sarawak requires a strategic pivot from a supply-driven infrastructure model to one that empowers communities as co-creators of their digital futures.

Sinar Kemajuan Untuk Semua Rakyat Sarawak

Sarawak kini mencapai rekod hasil tertinggi bagi memperkasakan pembangunan luar bandar. Melalui pelbagai inisiatif infrastruktur dan pendidikan, kekayaan ini bakal diterjemahkan kepada kesejahteraan menyeluruh agar setiap anak Sarawak menikmati kemakmuran hidup yang lebih adil serta berkualiti demi masa depan bersama.

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Keusahawanan Kitaran Daripada Kelapa

Dalam dunia yang semakin terancam oleh krisis iklim dan kemusnahan alam sekitar, satu bentuk ekonomi baharu sedang mendapat tempat dalam kalangan negara, pembuat dasar dan komuniti.

Ia dikenali sebagai keusahawanan kitaran, satu pendekatan yang membina perniagaan bukan atas dasar penggunaan dan pembuangan, tetapi atas asas memanjangkan hayat produk, mengurangkan sisa dan menghidupkan semula apa yang dianggap tidak berguna.

Dalam keusahawanan kitaran, nilai tidak hanya datang daripada menjual produk semata-mata, tetapi daripada kebijaksanaan menggunakan semula, membaik pulih, mengitar semula dan mencipta produk baharu daripada bahan yang lazimnya dibuang.

Pendekatan ini menolak model ekonomi linear berkonsepkan “ambil-guna-buang” yang selama ini menguasai sistem pasaran.

Sebaliknya, keusahawanan kitaran mencabar kita untuk melihat sumber di sekeliling sebagai sesuatu yang berpotensi berulang hayat, mencipta peluang ekonomi yang lestari dan inklusif.

Di banyak negara termasuk Malaysia, prinsip ini bukan lagi idea ‘lapuk’, tetapi telah diterapkan dalam dasar pembangunan negara, sejajar dengan usaha ke arah masa depan yang mampan.

Di Sarawak, tanda-tanda awal perkembangan ekonomi kitaran mula kelihatan, khususnya di kawasan perindustrian Samajaya, Samarahan.

Kawasan ini kini menjadi tumpuan pelabur teknologi hijau dengan kehadiran syarikat antarabangsa seperti LONGi, pengeluar wafer dan modul solar, serta Lotte Energy Materials yang menghasilkan elecfoil untuk bateri kenderaan elektrik.

Kehadiran mereka menegaskan peranan Samajaya sebagai sebahagian daripada rantaian nilai tenaga bersih dan industri rendah karbon (Malay Mail, Mintred).

Di kawasan tersebut, penggunaan teknologi hijau dan amalan pengurusan sisa yang sistematik membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk menceburi bidang tenaga bersih dan industri rendah karbon.

Usaha ini membuktikan Samajaya bukan sekadar pusat pelaburan asing berteknologi tinggi, tetapi juga tapak permulaan bagi ekonomi kitaran tempatan, membuka ruang inovasi kepada usahawan Sarawak dalam sektor hijau.

Namun di sebalik semua ini, wujud satu contoh yang unik dan menarik yang sedang berlaku di daerah Sebuyau, sebuah kawasan luar bandar yang kaya dengan dua hasil tani utama iaitu kelapa dan pisang.

Bagi penduduk Sebuyau, kelapa dan pisang bukan hanya sekadar tanaman sebaliknya ia adalah nadi kepada kehidupan dan sumber pendapatan yang telah diwarisi turun-temurun.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, tanaman ini diberi perhatian khas dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), selari dengan hasrat negeri untuk melonjakkan sektor pertanian ke tahap yang lebih mampan dan berdaya saing.

Walaupun daerah seperti Samarahan lebih dikenali dengan tanaman kontan seperti jagung dan sayur-sayuran, Sebuyau kekal sebagai pengeluar utama kelapa dan pisang, selain daerah Asajaya.

Namun, tidak semua yang berlaku di Sebuyau adalah berita baik apabila Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan, Encik Hamzah bin Abu Bakar ketika ditemu bual RAKAN Sarawak, menjelaskan bahawa banyak pokok kelapa di kawasan ini sudah terlalu tua dan tidak lagi produktif.

Malah keluasan kawasan tanaman juga semakin berkurang disebabkan tekanan kos, perubahan iklim, serta kekurangan tenaga kerja dalam kalangan generasi muda.

Dalam masa yang sama, permintaan terhadap kelapa terus meningkat apabila Syarikat seperti Cocolin Industries Sdn. Bhd. dan Syarikat Agro memerlukan sehingga 600,000 biji kelapa tua sebulan, dan ini belum termasuk pengusaha kecil yang memproses santan segar secara langsung.

Kelapa membuka peluang besar membangunkan keusahawanan kitaran yang mampu mengubah landskap ekonomi luar bandar

Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian Samarahan mendapati sekurang-kurangnya sepuluh pengusaha pun memerlukan hampir 12 juta biji kelapa setahun, namun permintaan ini masih belum dapat dipenuhi secara konsisten.

Ironinya, meskipun permintaan terus meningkat, pengeluaran semakin merosot apabila banyak pokok tidak lagi mengeluarkan hasil, kos input pertanian seperti baja melonjak, dan kebun-kebun yang dahulunya subur kini dibiarkan terbiar.

Keadaan ini memaksa pengusaha dan pemborong mendapatkan bekalan dari kawasan lain seperti Maludam dan Kabong bagi menampung kekurangan.

Namun dalam kesukaran inilah sebenarnya wujud satu peluang besar yang mampu mengubah landskap ekonomi luar bandar iaitu peluang membangunkan keusahawanan kitaran berasaskan kelapa dan pisang.

Dalam pendekatan ini, kelapa tidak lagi dilihat sebagai buah semata-mata, sebaliknya setiap bahagiannya mempunyai nilai tersendiri.

Daripada airnya yang digunakan untuk minuman dan produk kesihatan, isinya untuk santan dan minyak kelapa dara, hingga ke  sabut dan tempurungnya yang dimanfaatkan untuk kraftangan, arang aktif, serta baja organik manakala daun dan batangnya pula boleh dijadikan bahan bakar atau anyaman.

Infografik menerangkan bahawa setiap bahagian kelapa membawa nilai (Sumber: https://www.facebook.com/UCTC.UPM?__tn__=-UC*F)
Sabut-sabut kelapa memberi peluang baharu dalam ekonomi kitaran luar bandar

Begitu juga dengan pisang, di mana buahnya boleh dijadikan kerepek, pisang salai atau puri bayi, manakala batang dan kulitnya boleh ditukar menjadi kertas, makanan ternakan atau kompos semula jadi.

Inilah intipati sebenar keusahawanan kitaran iaitu mencipta peluang daripada apa yang selama ini dianggap sisa.

Ia bukan sahaja membuka ruang kepada petani menjadi pemproses dan pengeluar produk nilai tambah, tetapi membina satu ekosistem ekonomi yang menyeluruh.

Petani tidak lagi sekadar penanam, tetapi boleh berkembang menjadi pembungkus, pengedar dan pencipta jenama tempatan.

Sudah ada pengusaha di Asajaya yang mampu menghantar satu kontena kelapa ke Semenanjung setiap minggu, membuktikan bahawa hasil tani luar bandar mempunyai pasaran yang luas jika diusahakan dengan strategi yang betul.

Usaha Jabatan Pertanian Sarawak untuk membangunkan 60 hektar tanaman kelapa di Tebelu dan memulihkan 70 hektar kebun lama adalah satu permulaan penting.

Usaha membangunkan 60 hektar tanaman kelapa baharu dan memulihkan 70 hektar kebun lama menjadi permulaan penting bagi masa depan pertanian di Tebelu, Sebuyau

Namun untuk memastikan kesinambungan, perlu diwujudkan koperasi petani, inkubator agropreneur, penggunaan teknologi pintar seperti dron dan automasi, serta latihan berterusan dalam pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran.

Langkah ini bukan sahaja akan menarik minat anak muda tempatan, tetapi akan mengangkat potensi sebenar yang tersembunyi di sebalik kelapa dan pisang iaitu dua hasil tani yang selama ini dipandang biasa.

Hari ini, sebiji kelapa yang dahulu dijual pada harga RM0.50 kini mencecah RM1.20 manakala pisang kapok dan pisang tanduk menjadi rebutan pembeli di Semenanjung.

Ini bukan sekadar peningkatan harga, tetapi isyarat jelas bahawa pertanian luar bandar boleh menjadi pemacu ekonomi jika dikendalikan secara lestari.

Jika model keusahawanan kitaran ini berjaya diperkukuh, Sebuyau bukan sahaja akan dikenali sebagai pengeluar hasil tani, tetapi sebagai contoh terbaik bagaimana satu komuniti mampu mencipta ekonomi berasaskan sumber yang dihidupkan semula.

Di sinilah keusahawanan kitaran mengambil tempat untuk menyambung hayat, menambah nilai dan membina masa depan tanpa sisa.

Sumber rujukan:

  1. Sulok Tawie. (2023, October 12). Over RM14b invested in Sama Jaya High-Tech Park, says Sarawak premier. Malay Mail; Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/money/2023/10/12/over-rm14b-invested-in-sama-jaya-high-tech-park-says-sarawak-premier/95798
  2. News – Official Website of MINTRED. (2023). Sarawak.gov.my. https://mintred.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/121
  3. sarawakimpact. (2023, September 15). Tanaman Kelapa di Sebuyau |. Rakancommunity.com. https://sarawakimpact.rakancommunity.com/index.php/2023/09/16/tanaman-kelapa-di-sebuyau/

Latest

Pengurusan Kewangan Pintar untuk Belia Literasi Masa Depan

Kuasai pengurusan kewangan belia hari ini. Bijak menyimpan, elakkan hutang dan bina masa depan cerah. Setiap ringgit diurus dengan bijak adalah pelaburan penting untuk kejayaan. Jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama sekarang dan miliki kebebasan kewangan impian anda terjamin selamanya.

Blockchain dan Masa Depan Ekonomi Halal Sarawak

Blockchain berpotensi memacu ekonomi halal Sarawak melalui ketelusan rantaian bekalan, kebolehkesanan produk, dan integriti digital. Pelaksanaan berfasa, sokongan dasar, serta inovasi tempatan dapat meningkatkan daya saing, keyakinan pengguna, dan peluang pasaran global.

Pendidikan STEM sebagai Pemangkin Ekonomi Masa Hadapan

Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi, pelaburan dalam pendidikan STEM bukan sahaja penting untuk masa kini, malah merupakan langkah strategik bagi memastikan generasi akan datang mampu menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin dan berdaya saing.

Empowering Local Initiative to Bridge the Human Acceptance Gap

While infrastructure gaps are being addressed, disparities in digital literacy, affordability, and cultural acceptance persist. By examining global models that prioritize community ownership and human-centred design from Asia, Europe, Africa, and Latin America sustainable digital inclusion in Sarawak requires a strategic pivot from a supply-driven infrastructure model to one that empowers communities as co-creators of their digital futures.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pengurusan Kewangan Pintar untuk Belia Literasi Masa Depan

Kuasai pengurusan kewangan belia hari ini. Bijak menyimpan, elakkan hutang dan bina masa depan cerah. Setiap ringgit diurus dengan bijak adalah pelaburan penting untuk kejayaan. Jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama sekarang dan miliki kebebasan kewangan impian anda terjamin selamanya.

Blockchain dan Masa Depan Ekonomi Halal Sarawak

Blockchain berpotensi memacu ekonomi halal Sarawak melalui ketelusan rantaian bekalan, kebolehkesanan produk, dan integriti digital. Pelaksanaan berfasa, sokongan dasar, serta inovasi tempatan dapat meningkatkan daya saing, keyakinan pengguna, dan peluang pasaran global.

Pendidikan STEM sebagai Pemangkin Ekonomi Masa Hadapan

Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi, pelaburan dalam pendidikan STEM bukan sahaja penting untuk masa kini, malah merupakan langkah strategik bagi memastikan generasi akan datang mampu menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin dan berdaya saing.

Empowering Local Initiative to Bridge the Human Acceptance Gap

While infrastructure gaps are being addressed, disparities in digital literacy, affordability, and cultural acceptance persist. By examining global models that prioritize community ownership and human-centred design from Asia, Europe, Africa, and Latin America sustainable digital inclusion in Sarawak requires a strategic pivot from a supply-driven infrastructure model to one that empowers communities as co-creators of their digital futures.

Sinar Kemajuan Untuk Semua Rakyat Sarawak

Sarawak kini mencapai rekod hasil tertinggi bagi memperkasakan pembangunan luar bandar. Melalui pelbagai inisiatif infrastruktur dan pendidikan, kekayaan ini bakal diterjemahkan kepada kesejahteraan menyeluruh agar setiap anak Sarawak menikmati kemakmuran hidup yang lebih adil serta berkualiti demi masa depan bersama.
spot_imgspot_img

Pengurusan Kewangan Pintar untuk Belia Literasi Masa Depan

Kuasai pengurusan kewangan belia hari ini. Bijak menyimpan, elakkan hutang dan bina masa depan cerah. Setiap ringgit diurus dengan bijak adalah pelaburan penting untuk kejayaan. Jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama sekarang dan miliki kebebasan kewangan impian anda terjamin selamanya.

Blockchain dan Masa Depan Ekonomi Halal Sarawak

Blockchain berpotensi memacu ekonomi halal Sarawak melalui ketelusan rantaian bekalan, kebolehkesanan produk, dan integriti digital. Pelaksanaan berfasa, sokongan dasar, serta inovasi tempatan dapat meningkatkan daya saing, keyakinan pengguna, dan peluang pasaran global.

Pendidikan STEM sebagai Pemangkin Ekonomi Masa Hadapan

Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi, pelaburan dalam pendidikan STEM bukan sahaja penting untuk masa kini, malah merupakan langkah strategik bagi memastikan generasi akan datang mampu menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin dan berdaya saing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here