Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Koperasi Sekolah Bantu Pelajar Raih Pengalaman Keusahawanan

Gerakan koperasi sekolah telah bermula di Malaysia pada tahun 1968.

Perkembangan Gerakan koperasi sekolah di Sarawak juga tidak kurang hebatnya.

Gerakan koperasi sekolah pertama di Sarawak bermula dengan pendaftaran Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad di Limbang pada tahun 1976.

Data daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 191 buah koperasi sekolah di Sarawak yang terdiri daripada 185,850 orang anggota dengan aset bernilai RM36.7 juta dan perolehan sebanyak RM26.9 juta.

Koperasi sekolah telah berkembang hingga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengiktiraf kegiatan koperasi sekolah sebagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah menengah kerajaan.

Galakan daripada KPM dalam penubuhan koperasi sekolah juga berupaya membentuk keperibadian dalam kalangan warga sekolah.

Penubuhan koperasi sekolah yang berlandaskan matlamat, jati diri dan perundangan koperasi.

Aktiviti koperasi sekolah dianggap unik daripada aktiviti kokurikulum yang lain. Antaranya, ia memberi pengalaman dan pendedahan kemahiran urus niaga.

Hal ini boleh dilihat melalui tujuan penubuhan koperasi sekolah yang disenaraikan oleh KPM dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) seperti berikut:

  • Memajukan kepentingan sosioekonomi anggota menurut prinsip koperasi;
  • Mengamalkan sikap dan amalan berjimat cermat;
  • Mengamalkan cara hidup masyarakat secara demokratik;
  • Mengamalkan prinsip berdikari;
  • Memberi pengalaman mentadbir, mengurus, membuat keputusan dan memimpin khususnya kepada pemimpin-pemimpin koperasi dalam kalangan pelajar;
  • Menyertai dan mengalami urusan perniagaan; dan
  • Memberi sokongan kepada sekolah segala usaha yang memberi faedah kepada pelajar.

Kebanyakan koperasi sekolah menjalankan aktiviti bersifat kepenggunaan.

Merujuk pada Fasal 8, Undang-undang Kecil Seragam Koperasi Sekolah, koperasi bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  • Menjual peralatan persekolahan serta lain-lain keperluan kepada anggota;
  • Mengadakan aktiviti kelas tambahan atau tuisyen atau kelas komputer untuk faedah kepada anggota;
  • Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih;
  • Menyertai usaha sama dan menjadi anggota kepada koperasi lain; dan
  • Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan mendapat kebenaran pengetua dan kelulusan mesyuarat agung.

Manakala aktiviti umum koperasi sekolah pula merangkumi aktiviti bercorak ekonomi dan aktiviti bercorak sosial seperti yang disenaraikan dalam Fasal 8 Undang-undang Koperasi.

Menjual alat tulis dan barangan keperluan sekolah yang lain – antara kegiatan perniagaan yang koperasi sekolah

Aktiviti ekonomi yang menjadi fokus kebanyakan koperasi sekolah melibatkan aktiviti berdasarkan jualan tunai seperti peralatan dan keperluan pelajar seperti buku tulis, buku rujukan dan alat tulis.

Makanan ringan dan minuman juga dijual di kedai koperasi sekolah.

Walau bagaimanapun, pemilihan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi sekolah bergantung pada modal, keperluan, jenis sekolah dan kerjasama anggota.

Pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi perlu sentiasa mencari kaedah meningkatkan penglibatan anggota terhadap aktiviti ekonomi koperasi.

Peranan pihak pentadbir penting dalam kejayaan koperasi kerana aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak akan berjaya sekiranya anggota yang terdiri daripada kalangan pelajar tidak menyokong aktiviti koperasi dengan sekurang-kurangnya bertindak sebagai pembeli di kedai koperasi.

Selain daripada aktiviti jualan, terdapat juga koperasi sekolah yang menjalankan perkhidmatan kantin, kelas komputer dan penyewaan tempat letak kereta.

Penglibatan pelajar dalam koperasi sekolah melalui bimbingan para guru dalam Gerakan koperasi sekolah akan memberikan pelajar pengalaman yang akan diguna pakai apabila mereka menganggotai koperasi lain setelah menamatkan persekolahan.

Selain itu, pengalaman berkoperasi di sekolah juga secara langsung dan tidak langsung mendidik para pelajar tentang asas-asas keusahawanan dan perniagaan.

Pengalaman berkoperasi di sekolah bantu pelajar meraih asas perniagaan dan keusahawanan

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here