Exclusive Content:

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat tentang Vandalisme di Sarawak

Isu vandalisme di Sarawak perlu dilihat dengan memberi tumpuan kepada tahap kesedaran komuniti, punca sosial, serta inisiatif penyelesaian berasaskan bukti dan kolaborasi pelbagai pihak.

Bajet Persekutuan 2026 Perkukuh Akses Melalui Mobiliti Perkhidmatan

Tidak dinafikan, keberkesanan perkhidmatan bergerak tidak hanya bergantung kepada jumlah peruntukan atau bilangan kenderaan, tetapi kepada keupayaan untuk mengumpul data lapangan, menilai hasil jangka panjang, melatih petugas yang empati serta melibatkan komuniti secara aktif.

Makanan Warisan Mercu Kebanggaan Daerah Gedong

Kita sedia maklum bahawa, Gedong adalah salah satu daerah di Sarawak yang kaya dengan warisan kebudayaan di mana ianya dapat dilihat dari aspek dialeknya, makanan warisannya, budaya dan peralatan warisannya, permainan rakyatnya serta seni budaya, cerita rakyat dan sebagainya.

‘Khazanah’ bernilai yang terdapat di Daerah Gedong ini wajar dipelihara justeru, adalah menjadi satu tanggungjawab semua pihak khususnya masyarakat Gedong sendiri untuk mengangkat warisan kebudayaan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan zaman.

Rangkaian Khidmat Awam Sarawak (RAKAN Sarawak) telah mengadakan program Podcast di Daerah Gedong sebagai satu medium untuk membolehkan masyarakat Gedong berkongsi cerita-cerita menarik yang terdapat di kawasan mereka.

Podcast bertemakan #Cerita Kampungku Sayang yang diadakan baru-baru ini telah membawa topik yang sangat menarik iaitu ‘Makanan Warisan” yang merupakan salah satu sumber pelancongan kulinari dan sebagai tarikan sesebuah penempatan yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Puan Sofia binti Serah semasa sesi podcast

Sehubungan itu, episod podcast yang ketiga ini telah menampilkan Puan Sofia binti Serah yang berkongsi tentang salah satu makanan warisan yang belum dikenali ramai termasuklah dalam kalangan masyarakat Gedong sendiri iaitu “Bebola Otak Udang”.

Puan Sofia yang kini mengusahakan kedai makan di Anjung Usahawan Gedong tidak melepaskan peluang untuk menceritakan teknik-teknik dalam penyediaan makanan warisan dalam kalangan masyarakat Gedong.

Puan Sofia gigih menyiapkan resepi bebola otak udang
Kepala udang dipotong dan dicincang bersama dengan nasi untuk dijadikan bebola otak udang

Menurut beliau, terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam penyediaan makanan warisan dalam kalangan masyarakat Gedong seperti menyalai, mengukus, menggoreng dan mengawet.

Selain itu, masyarakat di Gedong juga biasa menggunakan teknik merebus dalam penyediaan makanan seperti bebola otak udang.

Menurut beliau, kepakaran membuat bebola otak udang telah diwarisi daripada ibu beliau namun, sehingga kini bebola otak udang yang dihasilkan tidak pernah dikomersialkan kerana ia hanya untuk hidangan seisi keluarga sahaja.

Berkongsi tentang cara beliau menghasilkan bebola otak udang, langkah yang pertama ialah, udang tersebut harus dibersihkan terlebih dahulu, kemudian kepala udang akan dipotong dan dicincang bersama dengan nasi.

Apabila otak udang berserta isi udang telah dicampurkan dengan nasi dan penambah perisa seperti garam dan ajinomoto, ia akan sedikit melekit, kemudian baharulah ia akan dibentuk bulat-bulat seperti bola dengan menggunakan sudu.

Pada masa yang sama, kita perlu memasak air panas di dalam kuali dengan memasukkan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, serai, cili kering, kunyit, dan asam gelugor sebelum merebus bebola otak udang tersebut.

Demikianlah serba sedikit perkongsian daripada Puan Sofia tentang menu bebola otak udang yang sudah pastinya akan membuatkan ramai pembaca tidak sabar untuk mencubanya.

Puan Fatimah binti Aban semasa sesi podcast sedang berlangsung

Seterusnya ialah episod keempat mengenai kuih-muih yang terkenal dalam kalangan masyarakat Gedong dengan menampilkan dua orang panelis iaitu Puan Fatimah binti Aban dan Puan Nur Faizzah binti Aban.

Puan Fatimah dan Puan Faizzah antara peniaga kuih muih yang terkenal di Gedong kerana mereka menjual pelbagai jenis kuih muih sama ada kuih tradisional mahupun kuih zaman moden.

Puan Nur Faizzah binti Aban semasa sesi podcast sedang berlangsung

Selain kuih muih, mereka juga turut membuat kek lapis, nasi lemak serta menjalankan perniagaan bunga bouqet secara kecil-kecilan.

Mereka sebenarnya telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak lebih lima tahun yang lalu apabila mereka bekerja sebagai kerani di syarikat perladangan.

Pengalaman-pengalaman mereka semasa berniaga di kawasan ladang telah banyak mengajar mereka selok-belok berkenaan perniagaan selain dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti mereka sehingga akhirnya mereka telah mulai menikmati hasil yang lumayan pada hari ini.

Bercerita mengenai kuih muih, mereka tidak menafikan bahawa terdapat bermacam-macam jenis kuih-muih tradisional dan moden di Gedong bahkan ada diantara kuih muih tersebut akan dihidangkan mengikut majlis-majlis tertentu yang diadakan.

Contohnya jika majlis perkahwinan, kuih muih yang selalu dihidangkan ialah kuih jala, kuih cap ataupun lebih dikenali dengan nama kuih cina.

Antara kuih tradisi yang terkenal di Daerah Gedong ialah kuih Basong

Menurut mereka, antara kuih tradisi yang terkenal di Gedong ialah kuih Basong yang diperbuat daripada tepung beras, santan, gula apong, daun pisang dan lidi daun kelapa.

Untuk membuat kuih basong, santan akan dimasak terlebih dahulu sehingga mendidih kerana ia akan dimasukkan ke dalam adunan tepung beras dan gula apung yang sedang diayak sehingga sebati.

Puan Fatimah binti Aban menunjukkan jenis tepung yang digunakan untuk membuat kuih basong

Kemudian, daun pisang berbentuk kon yang disemat dengan lidi perlu disediakan kerana adunan tersebut akan dimasukkan ke dalamnya untuk dikukus menggunakan periuk kukus selama lebih kurang 15 minit.

Selain kuih basong, antara kuih-muih tradisi lain yang juga terkenal di Gedong ialah kuih nakas, tongkol, kuih tangkir dan sebagainya.

Gula apong akan diletakkan pada adunan tepung yang telah diletakkan santan
Puan Nur Faizzah binti Aban memasukkan adunan ke dalam daun pisang berbentuk kon sebelum direbus

Turut diceritakan ialah, kisah dulu-dulu di mana ketika akan diadakan kenduri seperti majlis perkahwinan, penduduk kampung akan berebong (gotong royong) untuk membuat kuih muih.

Menurut mereka, daripada cerita orang tua-tua dulu, ketika menjelangnya majlis perkahwinan, penduduk kampung akan berkumpul untuk berebong selama dua hingga tiga (3) hari untuk membuat kuih-muih.

Ada juga sesetengah keluarga akan berebong selama enam (6) hingga tujuh (7) hari kerana tepung yang digunakan pada masa itu tidak sama seperti tepung yang digunakan pada masa ini.

Pada zaman dulu, mereka menggunakan tepung yang diperbuat daripada beras yang perlu ditumbuk untuk menghasilkan tepung bagi membuat kuih-muih seperti kuih bingka, kuih cap, kuih benderam (penyaram) dan sebagainya.

Semasa adanya kematian pula, biasnya orang akan membuat kuih nakas, kuih apam namun pada zaman sekarang, apa saja kuih muih boleh dibuat.

Pada hari ketiga, biasanya orang akan membuat kuih apam dan kuih daripada nasi yang digunakan untuk membuat tapai, kemudian ia akan dicampurkan dengan tepung beras.

Demikianlah secara ringkasnya cerita kuih muih yang sempat dikongsikan oleh Puan Fatimah dan Puan Faizza di podcast episod yang keempat ini.

Semoga masyarakat di Gedong akan terus bersepakat dalam menjaga warisan makanan ini agar generasi seterusnya dapat menikmati hidangan kuih muih yang mampu menjadi mercu kebanggaan Daerah Gedong.

Latest

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

Youth Empowerment

Saloma, Wanita Bidayuh Peneraju Pelancongan Lestari

Saloma’s Villagestay bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, tetapi sebuah model keusahawanan lestari yang menggabungkan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Ia adalah kisah tentang seorang wanita yang berani pulang ke akar, mengangkat komuniti sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa apabila wanita memimpin dengan hati dan nilai, perubahan yang tercipta bukan sahaja menguntungkan, tetapi membina masa depan yang lebih bermakna.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

Youth Empowerment

Saloma, Wanita Bidayuh Peneraju Pelancongan Lestari

Saloma’s Villagestay bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, tetapi sebuah model keusahawanan lestari yang menggabungkan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Ia adalah kisah tentang seorang wanita yang berani pulang ke akar, mengangkat komuniti sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa apabila wanita memimpin dengan hati dan nilai, perubahan yang tercipta bukan sahaja menguntungkan, tetapi membina masa depan yang lebih bermakna.

IKMa pada Usia 70 Tahun: Asas Gerakan Koperasi Malaysia dan Pemangkin Kemakmuran Komuniti Sarawak

Tahun ini menandakan satu peristiwa penting dalam landskap sosioekonomi Malaysia: ulang tahun ke-70 Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
spot_imgspot_img

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here